Hindari senyap bila bersama pasangan.

Kadang-kadang, bila kita bersama pasangan, kita rasa suasana senyap seperti tak ada apa-apa kata atau topik yang nak dicakapkan. Mesti masing-masing rasa bosan kan? Dan mulalah dalam hati fikir yang bukan-bukan. 

So, kat sini cikla nak share beberapa tips yang boleh kita buat untuk hindari senyap bila bersama pasangan. Jom tengok.

Aktiviti/permainan : Mungkin kita boleh ajak pasangan kita bermain contohnya permainan Scrabble atau Saidina. Ia bukan saja dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah tapi mampu mengeratkan hubungan sesama pasangan.

Buat lawak : Hahaha, kalau cara ni boleh guna pakai kot. Orang kata melawak boleh buat orang ketawa. Tapi jangan pula buat lawak bodoh atau lawak yang membuka aib masing-masing. Ingat tu. Nak melawak pun kena ada caranya.

Kenali pasangan : Ini masa terbaik untuk kenal isi hati pasangan kita. Guna masa yang ada untuk dapat tau segala tentangnya. Cubalah berkongsi masalah tak kira juga semua kesukaannya sebab inilah masa yang tepat.

Pendengar setia : Bila pasangan sedang bercakap mengenai sesuatu perkara, cuba dengan teliti. Jangan bersikap acuh tak acuh. Kalau dia mintak pendapat, cuba beri yang terbaik dan terangkan dengan jelas supaya dia paham. Tapi ingat, jangan menyampuk atau campur aduk dengan hal-hal yang tak berkaitan. Tengoklah, nanti dia mesti rasa bosan dengan kita. 

Emmmm, bila baca macam senang je kan? Tapi apa yang penting, kita mestilah sentiasa berusaha menggembirakan pasangan kita supaya dia akan rasa seronok dan selesa bila di samping kita. 

Noted to myself too. Ingatan berguna!

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (636) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews