10 perkara membatalkan syahadah.

Syahadah atau ucapan kepercayaan dan pengakuan adalah penyataan kepercayaan kepada keEsaan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai RasulNya. Ia merupakan salah satu daripada lima rukun islam.

Apabila seseorang yang bukan muslim menyatakannya dengan jelas dan ikhlas, dia secara rasmi dianggap mengisytiharkan diri sebagai muslim. 

Syahadah hendaklah dilafazkan dengan lidah dan ditasdiqkan iaitu membenarkan, menetapkan dan yakin di dalam hati.

Apa lafaz syahadah?

"Asyhadu alla ilaaha illallaah wa asyhadu anna muhammadan rasulullah." maksudnya "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."

10 perkara membatalkan syahadah.
10 perkara membatalkan syahadah. Sumber Google.

Apakah 10 perkara yang membatalkan syahadah?
  1. Menyekutukan Allah SWT.
  2. Berserah kepada makhluk (bergantung nasib kepada makhluk). Konsep sebenar hanya bergantung kepada Allah SWT sahaja.
  3. Mengkafirkan orang islam yang nyata islamnya dan tidak mengkufurkan orang kafir yang nyata kufurnya.
  4. Yakin dan percaya ideologi dibawa manusia lebih baik daripada sistem Islam.
  5. Mencela Nabi Muhammad SAW dan sunnahnya.
  6. Hukum Allah SWT menjadi sendaan dan gurauan.
  7. Menenung nasib dan bermain sihir.
  8. Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam.
  9. Beranggapan keluar dari Islam tidak apa-apa.
  10. Menolak sebahagian daripada Al-Quran dan menerima sebahagian daripada Al-Quran.

Pada zahirnya, syahadah dilihat ringkas, tapi implikasinya amat luas kerana ia menjadi paksi kepada kesempurnaan akidah seseorang Muslim, yang mana ia bergantung kepada sejauh mana dia dapat menyempurnakan rukun san syarat syahadah. 

Tapi, akidah yang sempurna boleh rosak bila rukun dan syaratnya dilanggar. Sama-samalah kita muhasabah diri dan sentiasa memperbaiki iman kita.

Waallahualam.
Sumber ilmu : Ruangan addin Harian Metro.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (37) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (454) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews