Advertisement

Perangai seorang yang pentingkan diri.

PERANGAI SEORANG YANG PENTINGKAN DIRI. Orang yang pentingkan diri seorang yang tak sensitif dan hormat terhadap perasaan orang lain. Orang kata ikut "kepala dia je". Orang macam ni bahaya! Bukan apa, semua benda yang dia buat semua ikut dia je. Tanpa memikirkan orang lain. Lagi teruk kalau orang tolong dia pun langsung tak reti nak hargai. Kalau cikla lah, orang macam ni jangan peduli langsung.....

Iyelah kan, mengadap orang macam ni memang sakit hati kan. Rasa macam tak nak kawan je dengan orang cam ni. Lagipun, ada baiknya kita jauhi orang camni sebab untuk elakkan pergaduhan dan selisih pendapat sebab golongan camni sentiasa rasa dirinya betul dan nak menang je...

Perangai seorang yang pentingkan diri.

Ok ok, jom la kita tengok camne lah peel orang pentingkan diri ni...

Tak pernah berterima kasih.
Mereka tak akan mengucapakan terima kasih atau menghargai bantuan sesiapa. Nak kata ego ke apa. Tapi, entahlah dah memang perangainya camni kot.

Perangai seorang yang pentingkan diri.
Perangai seorang yang pentingkan diri.Gambar hiasan.

Tak puas hati dengan kejayaan orang lain.
Haaaa, yang ni memang bahaya. Sentiasa tak puas hati. Pantang tengok orang berjaya dari dia, mulalah. Diri mereka sentiasa penuh dengan rasa benci dan hasad dengki.

Walaupun dia dah capai tahap yang terbaik, tapi masih lagi dengki dan tak puas hati. Kita kena jauhkan diri dari orang macam ni sebab memang bahaya sangat dan tak boleh dipercayai langsung kerana dia lebih suka tengok orang jatuh...

Eeeee, minta-minta dijauhkanlah dari orang camni. Takootttt....

Perangai seorang yang pentingkan diri.
Perangai seorang yang pentingkan diri. Gambar hiasan.

Tak percaya orang lain.
Ni biasa pada orang yang bekerja secara berkumpulan. Dia merasakan orang lain tak boleh nak hasilkan kerja sebaik dia dan selalu mempersoalkan kredibiliti dirinya.

Suka bangga diri.
Haaa, ini lagi satu masalah. Suka sangat bangga. Bangga sana, bangga sini. Pantang kalau dia berjaya but sesuatu, mulalah. Habis satu kampung dicanangnya. Silap-silap haribulan setahun pun tak abis cerita tu. Hahaaa.....

Merasa diri hebat.
Sikapnya yang tak nak kalah. Asyik nak lebih aje. Kalau orang lebih dia mulalah canang dia pun boleh buat lebih daripada tu. Tapi, hakikatnya dia hanya mereka-mereka cerita sebab tak nak kalah dengan sesiapa.

Perangai seorang yang pentingkan diri.
Perangai seorang yang pentingkan diri. Gambar hiasan

Suka marah-marah.
Tak pasal-pasal orang lain kena marah walaupun bukan kesalahan orang tersebut. Walaupun dia sedar akan sedar akan kebenarannya tapi sebab ego, dia marah gak dan sengaja besarkan masalah.

Salahkan orang lain.
Suka menyalahkan orang lain sebab nak tutup kesalahan sendiri. Memang tak patut kan. Orang macam ni dirinya sentiasa penuh dengan hasad dengki dan sentiasa nak menang. Mereka sanggup buat apa aje asalakan apa yang dia nak tercapai. Tapi jangan risau, perangai jahatnya akhirnya terbongkar gak. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh kedebukkkk ke tanah gak. Hahaha.....

Suka mencari salah orang.
Dengan kata lain suka menuduh tanpa bukti kukuh. Dah la tuduh orang, pastu buruk-burukkan pulak. Memang tak boleh terima orang camni. Rasa nak sekeh je, huhuuu....

Perangai seorang yang pentingkan diri.
Perangai seorang yang pentingkan diri. Gambar hiasan.

Suka dipuji.
Sanggup mencuri hasil kerja orang lain semata-mata nakkan pujian. Aduiiiii... apalah orang spesis cam ni kan.

Tidak bersikap terbuka.
Mereka tak akan terima kritikan atau teguran orang lain dengan baik kerana mereka merasakan mereka sentiasa betul. Mereka tak akan mudah terima pandangan orang lain kerana merasakan dirinya lebih pandai. 

Cikla percaya mesti ada orang camni kat dunia ni kan? Walau apapun, pandai-landailah mencari kawan dan seandainya orang sebegini ingin berubah, berilah peluang kerana mereka berhak mendapat peluang itu.

Janji mereka mahu berubah kepada yang lebih baik. Waallahualam.....

*noted to myself too!

Post a Comment

2 Comments

  1. memang letih kalau ada member selfish/pentingkan diri, akak lebih suka menjauhkan diri dari orang macam ni..selamat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan kak... lebih baik jauhkan diri.. letih nk mghadap org cmni kn...

      Delete