Kadang-kadang kita rasa apa yang keluar dari mulut cuma gurauan biasa atau luahan marah sekejap, tapi bagi orang yang mendengar, kata-kata itu boleh tersimpan lama dalam hati.
Ramai orang ingat luka fizikal saja yang sakit.
Hakikatnya, luka disebabkan kata-kata juga boleh tinggalkan kesan yang mendalam. Ada orang nampak tenang di luar, tapi sebenarnya sedang cuba pulihkan hati yang terluka kerana hinaan, sindiran atau kata-kata kasar yang diterima.
Sebab itu, menjaga percakapan sangat penting dalam kehidupan seharian. Bila sedang marah, kita selalunya bercakap tanpa berfikir. Masa itu emosi menguasai diri dan apa saja boleh terkeluar dari mulut.
Selepas keadaan reda, mungkin kita boleh minta maaf, tapi bukan semua luka hati mudah sembuh. Ada kata-kata yang terus bermain dalam fikiran seseorang walaupun sudah bertahun berlalu.
Dalam hubungan keluarga, persahabatan atau pasangan, komunikasi yang baik boleh mengeratkan hubungan. Sebaliknya, percakapan yang menyakitkan boleh menjauhkan hati.
Kadang-kadang bukan sebab masalah besar pun, tetapi cara kita bercakap membuatkan orang rasa tidak dihargai.
Sebenarnya, bercakap dengan lembut bukan tanda lemah. Malah, orang yang mampu menjaga kata-kata ketika marah adalah orang yang kuat mengawal emosi. Tak salah untuk menegur atau meluahkan rasa tak puas hati, tapi pilihlah cara yang lebih baik supaya hati orang lain tak terluka.
Sebelum bercakap, cuba fikir sekejap. Kalau kita sendiri tak suka mendengar kata-kata itu, mungkin orang lain juga akan terasa sakit bila mendengarnya.
Lidah memang tak bertulang, tapi kesannya mampu meninggalkan luka yang tak nampak di mata.
Tags:
muhasabah diri

Setujuuuu. Malah seringnya luka Krn perkataan lebih susah nak sembuh drpd luka fisik.
ReplyDeleteSekarang ini saya belajar utk pakai prinsip, jika memang tak bisa mengeluarkan Kata2 baik, better diam