Bila kita cerita pasal masalah tiroid, mesti ramai yang terus teringat hormon terlebih aktif atau berat badan turun mendadak. Tapi sebenarnya, ada satu lagi penyakit tiroid yang agak biasa berlaku terutama dalam kalangan wanita iaitu Hashimoto thyroiditis.
Nama dia mungkin kedengaran pelik kepada yang first time tau dan dengar pasal ni, tapi keadaan ini sebenarnya agak common.
Hashimoto thyroiditis tu apa sebenarnya?
Hashimoto ialah sejenis penyakit autoimun. Maksudnya, sistem imun badan yang sepatutnya melindungi kita tiba-tiba tersalah serang kelenjar tiroid sendiri.
Bila benda ni jadi dalam jangka masa panjang, kelenjar tiroid boleh jadi lemah dan tak mampu hasilkan hormon yang cukup. Akhirnyaaaa, pesakit akan mengalami Hypothyroidism iaitu keadaan di mana hormon tiroid rendah.
Apa simptomnya ye?
Masalahnya, simptom Hashimoto ni kadang-kadang nampak macam benda biasa je. Sebab tu ramai tak sedar mereka sebenarnya ada masalah tiroid. Antara simptom yang biasa berlaku:
- Cepat penat walaupun tak buat kerja berat.
- Selalu mengantuk.
- Berat badan makin naik.
- Tak tahan sejuk.
- Kulit jadi kering.
- Rambut gugur lebih dari biasa.
- Mood down atau susah nak fokus.
- Sembelit.
- Ada juga yang perasan leher mereka nampak bengkak sikit sebab kelenjar tiroid membesar.
Tapi, kenapa berat badan boleh naik pulak?
Bila hormon tiroid rendah, metabolisme badan akan jadi lebih slow. Maksudnya, badan akan membakar tenaga dengan lebih perlahan berbanding biasa. Sebab itu sesetengah pesakit mudah naik berat badan walaupun dorang makan tak banyak sangat. Selain tu, badan jugak boleh rasa lesu dan kurang bertenaga untuk aktif bergerak.
Macam mana doktor kesan penyakit ni?
Biasanya doktor akan buat ujian darah (thyroid function test, TFT) untuk tengok bacaan hormon tiroid seperti TSH dan FT4. Selain tu, doktor juga mungkin periksa antibody thyroid seperti anti-TPO untuk melihat sama ada wujud masalah autoimun.
Boleh dirawat ke?
Ya, boleh dirawat dan ramai pesakit dapat hidup seperti biasa bila hormon tiroid terkawal.
Kalau hormon tiroid dah rendah, doktor biasanya akan beri ubat hormon tiroid seperti Levothyroxine atau Thyroxine (sama je ubatnya tapi nama je lain) untuk membantu menggantikan hormon yang badan tak cukup hasilkan. Apa yang penting;
- Makan ubat ikut arahan doktor.
- Konsisten follow-up.
- Pantau bacaan hormon secara berkala.
Kesimpulannya, hashimoto thyroiditis bukan sekadar penat yang biasa korang alami tu atau berat korang naik sebab makan banyak. Ia adalah penyakit autoimun yang boleh menjejaskan fungsi tiroid secara slowly.
Kalau korang selalu rasa letih, berat badan naik tanpa sebab munsabah atau ada simptom berkaitan hormon tiroid, jangan abaikan tau. Pergi buat pemeriksaan awal sebab tindakan ni boleh membantu rawatan yang korang nak jalani kelak jadi lebih mudah dan terkawal.
Tags:
thyroid awareness
