Sotong goreng lada sedap berapi, mudah dan padu!

Kalau korang suka lauk pedas beraroma, resepi Sotong Goreng Lada ni memang wajib cuba! Gabungan lada hitam dengan sotong buat rasa lebih umphh, pedas-pedas sedap, dan berbau wangi. Jom kita tengok cara nak buat!

Bahan-bahan:

Setengah kilo sotong – cuci bersih, potong ikut suka.  
sudu kecil lada hitam.
1 inci halia.
3 ulas bawang kecil.
1 ulas bawang putih.
Sedikit serbuk kunyit, garam dan gula.

Bahan tambahan:

1 biji bawang besar – hiris.
6 biji cili padi – boleh lebih kalau suka pedas kaw.
1 biji cili merah – hiris.
Sedikit daun bawang – hiris.
Air asam jawa dan pati ayam – untuk rasa lebih kick!

Sotong goreng lada sedap berapi, mudah dan padu!
Sotong goreng lada sedap berapi.
Cara:

1.Tumbuk lada hitam, halia, bawang kecil dan bawang putih sampai lumat. Gaulkan dengan sotong, tambah kunyit, garam dan gula. Biarkan kejap bagi sebati.
2. Tumis sotong dalam kuali, biarkan air sotong kering sendiri. Jangan letak air sebab sotong memang banyak air.
3. Bila air sotong dah hampir kering, masukkan air asam jawa dan pati ayam. Kacau rata dan masak sampai kuah jadi pekat.
4. Masukkan hirisan bawang besar, cili padi, cili merah dan daun bawang. Gaul sebati sampai bawang layu, kemudian tutup api.

Dah siap! Boleh hidang panas-panas dengan nasi putih. Perghh, confirm licin pinggan! Selamat mencuba! 

Kredit resepi dan gambar : Empunya Resepi.

4 comments:

  1. Ya Allah kak, nampak sedap sangaaaat ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Save dulu resepnya, nak buat lah nanti

    ReplyDelete
  2. semalam baru je ldy masak lauk sotong.. yumm yumm yummm

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews