16 December 2025

Kenapa perempuan selalu overthinking?

December 16, 2025 0 Comments
Perempuan memang selalu dikaitkan dengan perkataan overthinking. Sikit-sikit fikir. Diam sikit, mula berteka-teki. Ayat pendek pun boleh jadi satu cerita panjang dalam kepala. Tapi persoalannya, kenapa perempuan jadi camtu? Adakah sebab emosi tak stabil atau memang tabiat semula jadi?

Sebenarnya, overthinking jadi bukannya takde sebab. Ia berkait rapat dengan cara otak dan emosi perempuan berfungsi. Otak perempuan cenderung memproses emosi dengan lebih mendalam dan terperinci. Bila berlaku sesuatu perkara, walaupun kecil, otak akan cuba mencari makna di sebaliknya. Nada suara berubah sikit, mesej dibalas lambat atau reaksi tak macam biasa, semua itu boleh mencetuskan persoalan dalam fikiran.

Selain itu, perempuan biasanya lebih mementingkan hubungan dan perasaan orang sekeliling. Mereka lebih peka terhadap perubahan sikap, bahasa badan dan emosi orang lain. 

Kenapa perempuan selalu overthinking?

Bukan sebab suka mencari masalah, tapi sebab naluri untuk menjaga hubungan. Dalam kepala mereka, “Kalau dia berubah, mesti ada sebab.” Dari situlah proses berfikir berulang-ulang bermula.

Faktor hormon juga memainkan peranan besar. Perubahan hormon, terutama ketika keletihan, stres atau fasa tertentu dalam kitaran bulanan, boleh membuatkan emosi jadi lagi sensitif. Bila emosi naik turun, fikiran pun jadi lebih aktif. Perkara yang biasanya tak difikirkan pun boleh tiba-tiba terasa berat dan mengganggu.

Satu lagi sebab utama kenapa perempuan mudah overthinking ialah sebab mereka jenis yang ambil berat dan bertanggungjawab. Mereka mahu pastikan semuanya berjalan lancar. Keluarga, pasangan, kerja dan perasaan orang lain. 

Bila terlalu peduli, mereka cenderung menyalahkan diri sendiri atau memikirkan pelbagai kemungkinan walaupun hakikatnya bukan salah mereka.

Dan yang paling penting, ramai perempuan pilih untuk pendam daripada meluahkan. Mereka simpan perasaan, tahan emosi dan cuba selesaikan semuanya sendiri. Bila perasaan tak diluah, otak akan terus bekerja tanpa henti, memikirkan apa yang patut dibuat, apa yang salah dan apa yang mungkin berlaku selepas ini.

Kesimpulannya, overthinking bukan tanda perempuan lemah atau drama. Ia adalah gabungan sifat peka, empati yang tinggi dan keinginan untuk menjaga keseimbangan emosi dalam hidup. 

Apa yang penting, perempuan perlu belajar untuk memberi ruang kepada diri sendiri, berani meluah dan sedar bahawa tak semua perkara perlu difikirkan terlalu dalam. Kadang-kadang, yang diperlukan hanyalah rehat, kejujuran pada diri sendiri dan keyakinan bahawa tak semua benda perlu dikawal.

9 December 2025

Ada kaitan ke goiter dan TIRADS?

December 09, 2025 0 Comments
Perkataan goiter mungkin biasa didengar oleh mereka yang alami masalah tiroid, namun tak ramai yang betul-betul faham apa kaitannya dengan bacaan TIRADS. 

Bila doktor cakap ada goiter, kemudian keluar pula keputusan ultrasound yang menyebut “TIRADS 2” atau “TIRADS 4”, ramai terus risau dan terbayang yang bukan-bukan. Sebenarnya, dua istilah ini adalah perkara yang berbeza ye. 

Goiter sebenarnya ialah keadaan di mana kelenjar tiroid menjadi lebih besar daripada biasa. Penyebabnya pula macam-macam. Ada yang sebab kekurangan iodin, ada akibat ketakseimbangan hormon, ada sebab keradangan dan ada juga sebab wujudnya nodul atau ketulan kecil dalam kelenjar tiroid itu sendiri. 

Goiter tak semestinya bahaya, tapi ia petanda bahawa tiroid kita perlukan perhatian. Di sinilah ramai mula keliru tentang TIRADS. 

TIRADS bukan penanda goiter dan bukan jugak “tahap penyakit tiroid”. TIRADS sebenarnya adalah sistem skor yang doktor gunakan untuk menilai sama ada nodul tiroid itu berisiko rendah atau tinggi untuk jadi kanser. 

Maksudnya, seseorang hanya akan dapat bacaan TIRADS kalau dalam goiter itu ada nodul. Kalau tiroid hanya membesar secara menyeluruh tanpa ketulan, selalunya takde sebab untuk memberikan skor TIRADS.

Cara paling mudah untuk memahami hubungan goiter, nodul dan TIRADS adalah dengan membayangkan goiter sebagai sebuah rumah. 

Ada kaitan ke goiter dan TIRADS?

Rumah itu membesar, tapi persoalannya ialah, adakah rumah itu ada tetamu yang mencurigakan? Nodul ialah tetamu itu. TIRADS pula ialah cara doktor menilai sama ada tetamu tadi “baik-baik saja” atau perlu diperiksa lebih lanjut. 

Semakin tinggi skor TIRADS, semakin tinggi risiko nodul itu perlu diuji dengan lebih mendalam, seperti melalui prosedur FNA (Fine Needle Aspiration).

Sebab itu, bila seseorang diberitahu mereka ada goiter dan nodul dinilai sebagai TIRADS 2 atau TIRADS 3, ia bukan bermaksud mereka ada kanser. Ia hanya bermaksud doktor sedang menilai ciri-ciri nodul tersebut, sama ada bentuknya, sempadannya, cara ia memantulkan ultrasound dan beberapa faktor lain. 

Ramai orang panik bila nampak angka, sedangkan hakikatnya kebanyakan nodul tiroid adalah jinak dan hanya perlu pemantauan berkala.

Namun begitu, apa pun keadaan tiroid, tanda-tanda awal memang tak boleh diabaikan. Sama ada leher nampak bengkak, suara jadi serak tanpa sebab jelas, rasa susah menelan, jantung berdebar atau tubuh cepat letih, semuanya patut diberi perhatian. 

Pemeriksaan tiroid bukan menyakitkan, hanya ultrasound tapi kesannya boleh membantu kita mencegah masalah lebih besar di kemudian hari.

Kesihatan tiroid mungkin nampak kecil kalau dibandingkan dengan organ lain, tapi kesannya pada tenaga, mood, metabolisme dan keseluruhan fungsi badan sangat besar. Awareness tentang goiter dan TIRADS sangat penting supaya masyarakat lebih faham, kurang takut dan lebih cepat bertindak bila ada tanda-tanda awal.

Dan paling penting, jangan biarkan istilah perubatan membuatkan kita panik. Yang penting ialah faham apa yang berlaku pada tubuh, tahu apa yang perlu dipantau dan buat pemeriksaan sebelum keadaan menjadi lebih rumit. Tiroid kecil saja saiznya, tapi penjagaannya jangan dibuat main.

30 petua kesihatan tradisional melayu: Minyak kayu putih.

December 09, 2025 2 Comments
Minyak kayu putih ni memang antara benda wajib ada dalam setiap rumah. Bau dia je dah cukup buat kita rasa lega. Bau pedas-pedas lembut gitu, terus teringat urutan mak masa kecil dulu bila selsema atau perut kembung.

Sebenarnya, minyak ni diperbuat daripada daun pokok kayu putih (nama saintifiknya Melaleuca cajuputi), dan dari dulu lagi orang guna untuk pelbagai kegunaan harian.

30 petua kesihatan tradisional melayu: Minyak kayu putih.

Antara kegunaan minyak kayu putih yang popular adalah:

1. Legakan kembung perut bayi. - Sapukan minyak kayu putih di perut dan tapak kaki bayi secara perlahan. Petua turun-temurun ni mak-mak dulu selalu buat lepas mandikan baby. Anak tidur lena, perut pun lega.

2. Hilangkan pening kepala. - Titiskan minyak kayu putih pada tisu dan hidu perlahan-lahan. Kalau sakit kepala sebab sejuk atau angin, cara ni sangat membantu!

3. Melegakan gigitan serangga. - Gigitan nyamuk, semut api atau serangga? Sapukan sikit minyak kayu putih, insyaAllah gatal berkurang, bengkak pun surut.

4. Panaskan badan lepas hujan. - Balik dari hujan, sapu minyak kayu putih kat dada dan belakang badan. Badan rasa suam, tak masuk angin.

5. Legakan sakit sendi ringan. - Sapu dan urut perlahan kat lutut, bahu atau lengan yang lenguh. Minyak kayu putih ada efek panas yang bantu lancarkan darah.

6. Lega selsema dan hidung tersumbat. - Titiskan atas tuala, tekapkan ke hidung atau dada. Nafas jadi lebih lega, tak rasa sempit.

7. Kurangkan sakit perut masuk angin. - Sapu di kawasan perut, urut ikut arah jam. Ini petua orang lama kalau perut rasa tak sedap.

8. Minyak ‘wajib’ dalam beg mak-mak. - Ke mana saja pergi, minyak kayu putih mesti ada. Untuk anak, suami, diri sendiri. Penyelamat sejati!

9. Melegakan senggugut ringan. - Sapu di kawasan bawah perut dan urut perlahan. Rasa hangat tu bantu kurangkan rasa sengal.

10. Redakan rasa mual atau loya. - Kalau loya masa mengandung, cuba hidu minyak kayu putih. Tenang sikit perut dan kepala.

11. Pulihkan angin pasang bayi. - Orang dulu selalu sapu minyak ni kat ari-ari baby lelaki. Tradisi ni masih ramai ikut sampai sekarang.

12. Elak masuk angin waktu malam. - Sebelum tidur, sapu sikit kat dada dan tapak kaki. Rasa lebih nyaman dan tidur lebih lena.

13. Pulihkan kaki kebas masa tidur. - Urut kawasan yang kebas dengan minyak kayu putih. Panas dia bantu aliran darah kembali lancar.

14. Peneman waktu travel jauh. - Dalam kereta atau flight, minyak ni bantu elak pening, loya dan kesejukan. Letak je dalam poket!

15. Kurangkan batuk berkahak. - Sapu pada dada dan belakang, terutama lepas mandi. Bau herba dia bantu cairkan kahak.

16. Tenangkan bayi menangis malam. - Kadang baby tak selesa sebab angin. Sapu sikit je minyak ni kat perut dan belakang badan dia.

17. Guna semasa berurut tradisional. - Ramai tukang urut Melayu suka guna minyak kayu putih sebab hangat dia sedap dan masuk ke dalam urat.

18. Halau angin dalam badan lepas bersalin. - Mak-mak pantang dulu guna minyak ni sapu seluruh badan. Angin keluar, badan rasa ringan.

19. Baik untuk demam selsema kanak-kanak. - Sapu kat tengkuk, dada dan tapak kaki. Jangan lupa stokin, biar hangat kekal.

20. Atasi mabuk perjalanan. - Anak pening naik kereta? Sapukan minyak kat perut, dada dan hidu sikit. Kurang loya dan muntah.

21. Bantu pulihkan sakit urat lepas bersukan. -Lenguh kaki atau lengan? Sapu minyak kayu putih dan urut perlahan.

22. Kurangkan hidung tersumbat bayi. - Letak sikit dekat tuala atau baju, jangan terus pada kulit bayi. Bau dia bantu buka rongga hidung.

23. Hangatkan tapak kaki yang sejuk. - Cuaca sejuk? Sapukan minyak dan pakai stokin. Panas dia tahan lama!

24. Tenangkan gigitan pacat masa hiking. - Kalau kena gigit pacat, sapu je minyak ni. Gatal dan bengkak cepat surut.

25. Teman setia tukang urut kampung. - Minyak kayu putih ni ‘hero’ masa mengurut, sama naik dengan tangan tukang urut tu.

26. Elak masuk angin bila malam berangin. -Sebelum tidur, sapu kat belakang badan. Takde dah sakit urat bila bangun esok pagi.

27. Bantu hilangkan penat kaki berdiri lama. - Cikgu, makcik rewang, atau siapa-siapa yang banyak berdiri. Urut kaki dengan minyak kayu putih lepas maghrib, nikmat!

28. Penyelamat lepas main hujan masa kecil. -Dulu-dulu, main hujan dah biasa. Tapi lepas tu, mak mesti sapu minyak ni kat dada. Tak kena demam!

29. Hidung tersumbat waktu tidur malam. -Titiskan sikit kat sapu tangan dan letak sebelah bantal. Hidung lega, tidur pun lena.

Kesimpulannya, minyak kayu putih bukan sekadar minyak, ia pelengkap rumah orang Melayu. Dari baby sampai atuk nenek boleh guna. Tak hairanlah minyak kayu putih jugak jadi barang wajib dalam beg bila travel atau balik kampung. Simple, tapi banyak jasa.

8 December 2025

Penjagaan gigi penting untuk penggemar coklat, jangan sampai gigi rosak!

December 08, 2025 2 Comments
Kalau korang jenis yang memang tak boleh hidup tanpa coklat, setiap hari mesti nak kunyah sikit atau time stress terus capai coklat, haaa, perkongsian ni khas untuk korang! Hihi. Walaupun coklat tu sedap ya amat, manis, lembut, cair dalam mulut, tapi jujur kita kena akui, kalau tak jaga gigi betul-betul, boleh jadi musuh utama gigi kita juga.

Bila kita makan coklat, gula yang ada dalam coklat tu akan bercampur dengan bakteria dalam mulut. Campuran tu akan hasilkan asid yang boleh hakis lapisan enamel gigi. Lama-lama, muncullah masalah seperti gigi berlubang, bau mulut dan gusi bengkak. Macam risau je kan? Tapi jangan risau, penggemar coklat masih boleh kekal senyum manis asalkan tahu cara jaga gigi dengan betul.

Lepas makan coklat, perkara paling mudah dan penting, kumur mulut dengan air kosong. Jangan terus biarkan sisa manis tu melekat dalam mulut. Kalau boleh, gosok gigi lepas 30 minit makan coklat. Kenapa bukan terus? Sebab lepas makan, gigi kita masih lembut disebabkan asid. Jadi tunggu sekejap baru gosok, supaya enamel tak cepat haus.

Penjagaan gigi penting untuk penggemar coklat, jangan sampai gigi rosak!

Kalau korang jenis yang kerap makan coklat waktu kerja atau sambil tengok drama, bawalah berus gigi kecil atau floss dalam beg. Floss ni penting tau, sebab sisa coklat kadang melekat celah gigi, haaa kat situ lah bakteria suka berpesta. 

Selain tu, minum air kosong banyak pun sangat membantu. Air bantu cuci sisa gula dan kekalkan kelembapan dalam mulut. Kalau mulut kering, bakteria senang membiak. Haa, jadi lepas kunyah coklat, elakkan terus minum air manis lain ya. Cukup dengan air kosong dulu.

Dan satu lagi tips penting, pilih coklat yang lebih dark atau kurang gula. Dark chocolate sebenarnya lebih baik untuk gigi berbanding coklat susu biasa. Kandungan kokonya tinggi, gula pula rendah. Jadi kurang risiko gigi rosak, tapi tetap puas rasa coklat tu.

Akhir sekali, jangan skip jumpa doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun. Kadang kita rasa gigi sihat, tapi ada lubang kecil yang kita tak perasan pun. Bila doktor bersihkan plak dan periksa awal-awal, gigi pun kekal kuat dan bersinar.

Pendek kata, penggemar coklat masih boleh terus menikmati coklat kesayangan korang asalkan jaga rutin kebersihan mulut dengan konsisten. Nikmat manis coklat tetap boleh rasa, tanpa perlu risau gigi reput atau nafas berbau. Gitu. 

7 December 2025

30 petua guna aloe vera.

December 07, 2025 2 Comments
Aloe buaya ni, nampak je biasa-biasa tapi khasiat dia, luar biasa. Mak-mak zaman dulu siap tanam tepi rumah je. Kalau anak luka ke, terus petik sapu.

30 petua guna aloe vera.

1. Aloe vera untuk luka kecil. - Luka terguris pisau masa potong bawang? Belah daun lidah buaya, sapu gel tu je kat luka. Cepat kering, cepat sembuh. Petua nenek dulu-dulu.

2. Aloe vera legakan kulit melecur. - Terkena minyak panas masa goreng ikan? Jangan panik. Ambil lidah buaya, sapu gel dia. Rasa sejuk tu legakan sangat!

3. Lidah buaya untuk hilangkan gatal gigitan nyamuk. - Anak kena gigit nyamuk? Potong sikit daun aloe vera, sapu kat kawasan gatal. Tak payah calar-calar kulit lagi.

4. Aloe vera untuk masalah kulit kepala berkelumumur. -  Campurkan gel aloe vera dengan sedikit minyak zaitun. Sapu kat kulit kepala. Biar 30 minit, cuci macam biasa. Kulit kepala rasa lega sangat!

5. Gel aloe vera sejukkan kulit sunburn. - Balik dari pantai muka merah macam udang bakar? Sapu aloe vera. Rasa nyaman dia memang best!

6. Aloe vera untuk jerawat halus. - Calit sikit gel aloe vera kat jerawat sebelum tidur. Esok pagi, jerawat dah surut. Tak payah picit!

7. Lidah buaya sebagai pelembap muka semula jadi.  - Tak perlu beli krim mahal. Ambil je gel aloe vera asli, sapu nipis setiap malam. Kulit makin lembap dan glowing.

8. Aloe vera bantu cerahkan kulit kusam. - Campur gel aloe vera dengan sedikit madu. Pakai sebagai mask 2 kali seminggu. Hasil dia, kulit cerah semula jadi.

9. Lidah buaya untuk bibir merekah. - Sapu gel aloe vera kat bibir waktu malam. Bibir lembut je keesokan hari.

10. Rawat tumit kaki merekah. - Sapu gel aloe vera pada tumit setiap malam sebelum tidur. Pakai stokin. Pagi esok lembut je rasa!

11. Lidah buaya untuk rambut gugur. - Amalkan sapu gel aloe vera pada kulit kepala 3 kali seminggu. Rambut kurang gugur, makin lebat.

12. Aloe vera bantu hilangkan parut jerawat. - Konsisten sapu gel aloe vera kat parut jerawat. Dalam 2 minggu dah boleh nampak beza.

13. Lidah buaya sebagai toner semula jadi. - Letak gel aloe vera dalam botol spray. Sembur kat muka lepas cuci muka. Segar!

14. Gel aloe vera kurangkan rasa gatal ekzema. - Sapu perlahan gel aloe vera kat kawasan ekzema. Kurang gatal, kurang merah.

15. Aloe vera kurangkan lingkaran gelap bawah mata. Letak gel aloe vera bawah mata setiap malam. Bye-bye panda eyes!

16. Lidah buaya untuk masalah ruam bayi. - Anak naik ruam? Sapu gel aloe vera. Selamat dan lembut untuk kulit bayi.

17. Aloe vera untuk kulit tangan kasar. - Sapu gel aloe vera setiap lepas basuh pinggan. Lembut dan licin balik tangan kita.

18. Gel aloe vera sebagai primer solekan. - Sapu sikit sebelum pakai bedak. Melekat elok, tak bercapuk.

19. Lidah buaya bantu masalah kulit bersisik. - Bercampur gel aloe vera dengan minyak kelapa. Sapu kat tempat kering. Kulit tak bersisik dah!

20. Aloe vera sebagai aftershave alami. - Sapu lepas cukur misai atau kening. Tak pedih, tak naik merah.

21. Lidah buaya untuk perut sensitif. - Sedikit jus aloe vera bantu tenangkan perut berangin atau gastrik. Tapi jangan berlebihan ya!

22. Aloe vera bantu masalah mulut berbau. - Kumur air rendaman aloe vera. Bau mulut berkurang, rasa bersih.

23. Lidah buaya sebagai pencuci muka. - Campur gel aloe vera dengan oat kisar. Skrub seminggu sekali, buang sel kulit mati.

24. Aloe vera untuk tangan melecet. - Sapu je gel aloe vera. Lembutkan kulit yang tercedera lepas angkat barang berat.

25. Gel aloe vera untuk stress. - Sapu gel aloe vera sambil urut lembut kat leher dan bahu. Rasa tenang tu datang perlahan-lahan.

26. Aloe vera rawat kulit kering masa mengandung. - Ibu mengandung kulit sensitif? Gunakan aloe vera untuk kurangkan kering dan gatal di perut.

27. Lidah buaya bantu kulit lepas berpantang. - Kulit kusam lepas bersalin? Mask muka guna aloe vera dan madu seminggu dua kali. Naik seri!

28. Aloe vera segarkan mata letih. - Letak gel aloe vera dalam peti sejuk. Bila mata penat, sapu sikit. Segar rasa!

29. Aloe vera bantu pencernaan. - Jus aloe vera (yang disahkan selamat diminum) boleh bantu sistem penghadaman dan masalah sembelit ringan.

30. Lidah buaya rawat kulit tangan lepas mop rumah. - Tangan kasar sebab sabun mop lantai? Jangan risau, gel aloe vera kan ada. Sapu je, lembut semula tangan mak-mak.

Moga bermanfaat. 

6 December 2025

Nak kulit bersih berseri? Jom follow langkah mudah ni!

December 06, 2025 1 Comments
Siapa je yang tak nak kulit wajah yang bersih, sihat dan berseri-seri, kan? Kadang-kadang, kita rasa macam dah cuci muka betul-betul, tapi kenapa masih ada jerawat atau kulit masih nampak kusam?

Sebenarnya, mencuci wajah ini ada tekniknya, lebih-lebih lagi bila kita terdedah dengan macam-macam kotoran dan pencemaran sepanjang hari. Ia bukan sekadar membilas dengan cleanser, tapi ada langkah-langkah yang perlu kita ikuti untuk pastikan segala sisa kotoran dan minyak betul-betul hilang. 

Nak kulit bersih berseri? Jom follow langkah mudah ni!

Jom kita baca, cara sebenar cuci wajah yang hanya ada langkah mudah sahaja!

Bersihkan tangan korang dulu.
Ini adalah langkah pertama yang paling asas, tapi selalu sangat kita terlepas pandang. Cuba bayangkan, tangan kita dah sentuh macam-macam benda, penuh dengan kuman dan kotoran. 

Kalau kita terus sentuh muka, semua kotoran itu akan berpindah ke wajah pulaj. Jadi, sebelum mula, cuci tangan dengan sabun dan air bersih. Anggaplah tangan kita sebagai 'alat' pertama yang mesti steril sebelum menyentuh kulit wajah yang sensitif.

Buang dulu 'lapisan' solek dan sunscreen.
Kalau korang pakai solekan (mekap) atau krim pelindung matahari, jangan terus capai pencuci muka biasa! Produk-produk ini, terutamanya yang kalis air, sangat degil dan susah nak hilang dengan pencuci muka biasa sahaja. 

Gunakanlah dulu makeup remover, micellar water, atau cleansing oil, istilah popularnya, kita buat double cleansing. Langkah ini penting untuk melarutkan dan mengangkat semua solekan dan sunscreen dari permukaan kulit. Barulah pencuci muka kita nanti boleh fokus membersihkan liang pori.

Basahkan wajah dengan air suam-suam kuku.
Selepas segala mekap sudah ditanggalkan, kini masanya untuk membasahkan wajah. Guna air yang suam-suam kuku, jangan panas sangat atau sejuk sangat. 

Air suam ni membantu untuk 'membuka' sikit liang pori dan melembutkan kotoran, membolehkan pencuci muka bekerja dengan lebih berkesan. 

Kalau pakai air panas, kulit boleh jadi kering, manakala air sejuk pula tak dapat melonggarkan minyak dengan baik.

Picit dan sapu pencuci muka dengan lembut.
Ambil pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit korang. Picit sedikit sahaja, lebih kurang sebesar syiling 20 sen. Gosokkan di tapak tangan hingga berbuih (kalau jenis berbuih). 

Kemudian, sapukan pada seluruh wajah dan leher. Pergerakan yang korang buat sangat penting. Urutlah wajah secara membulat (circular motion) dengan jari manis dan jari hantu selama lebih kurang 60 saat. 

Urutan yang lembut ini membantu melancarkan peredaran darah dan memastikan semua kotoran dalam liang pori ditarik keluar. Ingat, jangan menggosok kasar!

Bilas sampai bersih tanpa sisa.
Bilas wajah anda dengan air bersih, sekali lagi air suam-suam kuku pun boleh. Pastikan tiada satu pun sisa buih sabun yang tertinggal pada wajah, terutamanya di kawasan seperti garis rambut, tepi hidung dan di bawah dagu. 

Sisa sabun ini boleh menyumbatkan liang pori dan menyebabkan iritasi. Bila korang rasa kulit sudah bersih licin tanpa rasa melekit atau bersabun, barulah selesai membilas.

Keringkan wajah secara 'tepuk-tepuk'.
Langkah mengeringkan wajah pun ada caranya. Jangan ambil tuala mandi yang tebal dan gosok muka macam nak sental lantai! Kulit wajah kita ni sensitif. 

Ambil tuala bersih yang lembut atau lebih bagus lagi, tuala khas untuk muka (atau tisu) dan tepuk-tepuk wajah dengan sangat lembut. Jangan digosok! 

Tepukan lembut ni membantu mengelakkan iritasi dan membiarkan sedikit kelembapan kekal pada kulit, yang bagus untuk langkah seterusnya.

Segerakan aplikasi produk skincare seterusnya.
Sebaik sahaja wajah korang kering secara 'tepuk-tepuk', jangan tunggu lama-lama! Dalam masa 60 saat selepas mengeringkan wajah, terus sapukan toner, serum, atau pelembap (moisturizer) korang. 

Kenapa kena cepat? Sebabnya, bila kulit masih dalam keadaan lembap sedikit, ia lebih mudah untuk menyerap produk penjagaan kulit korang dengan lebih berkesan. Pelembap ini akan 'mengunci' kelembapan yang ada dan memastikan kulit anda sentiasa terhidrat dan terlindung.

Itulah 7 langkah mudah yang sebenarnya sangat berbeza dengan sekadar mencuci muka secara sambil lewa. 

Dengan mengamalkan rutin ini setiap pagi dan malam, korang bukan sahaja mendapat kulit yang bersih, malah korang sedang melabur untuk kulit yang lebih sihat, kurang masalah jerawat dan berseri-seri dari hari ke hari! 

Selamat mencuba!

5 December 2025

Cara semulajadi rawat rabun mata dengan selamat.

December 05, 2025 1 Comments
Bila usia meningkat, mesti ramai antara kita yang mula rasa mata tak seterang dulu. Tulisan jauh nampak blur, kena kecikkan mata kalau nak baca papan tanda atau asyik nak tambah brightness bila tengok. 

Sebenarnya ada beberapa cara semulajadi yang boleh bantu kurangkan masalah rabun peringkat awal atau sekurangnya memperlahankan proses mata makin lemah. Asalkan kita konsisten dan janganlah expect hasilnya dalam sehari dua. Kena sabar okey. 

Cara semulajadi rawat rabun mata dengan selamat.

Pertama sekali, biasakan buat eye exercise. Contoh paling mudah, teknik 20-20-20. Setiap 20 minit tengok skrin, pandang objek sejauh 20 kaki selama 20 saat. Ini bantu legakan otot mata yang tegang. Boleh juga buat senaman fokus, pandang jari rapat pada muka, kemudian alihkan fokus pada objek jauh. Ulang perlahan-lahan.

Pemakanan pun main peranan besar. Mata kita sebenarnya suka sangat dengan makanan tinggi vitamin A, C dan omega-3. Macam carrot, bayam, ikan salmon, chia seed, telur ayam kampung dan buah-buahan warna oren atau kuning. 

Kalau suka jus, buat carrot dengan oren dan sedikit lemon. Gabungan ni bukan saja sedap, tapi memang kuat untuk kesihatan retina. Elakkan sangat minuman manis berlebihan sebab gula berlebihan boleh percepatkan rabun.

Selain tu, cahaya yang betul masa guna phone atau laptop sangat penting. Jangan tengok phone dalam gelap dan bila kerja depan skrin, pastikan lampu tak terlalu suram atau terlalu terang. 

Mata cepat rosak bila asyik stres tak stabil dengan cahaya. Dan paling ramai tak sedar, tidur cukup minimum 6–7 jam sebenarnya antara ‘rawatan’ natural terbaik untuk mata. Tidur yang cukup bantu regenerate sel mata secara semula jadi.

Kesimpulannya, rabun bukan terus hilang 100% dengan petua semulajadi, tapi boleh banyak bantu kurangkan kebergantungan kepada cermin mata kalau diamalkan berterusan. Rahsianya cuma satu, konsisten dan jaga gaya hidup yang mesra mata. Bila badan sihat, mata pun ikut sihat.

4 December 2025

Jenis susu di pasaran, mana yang sesuai untuk korang?

December 04, 2025 1 Comments
Kat pasaran sekarang ni ada macam-macam jenis susu, sampai ada yang pening nak pilih. Susu lembu, susu oat,  low fat, full cream, A2, lactose-free. Macam-macam istilah keluar. Apa kata jom kita baca apakah jenis-jenis susu yang biasa ada kat pasaran, beza fungsi setiap satu dan mana yang mungkin sesuai dengan korang.

Jenis susu di pasaran, mana yang sesuai untuk korang?

Susu full cream (Susu penuh krim).
Ini pilihan paling ‘original’. Lemak lebih tinggi, rasa lebih creamy, kenyang lebih lama. Sesuai untuk kanak-kanak, individu nak tambah berat badan, energy booster.

Susu low fat (Susu rendah lemak).
Versi lebih ringan dari full cream tapi masih ada lemak sihat. Sesuai untuk diet ringan, jaga kolesterol, mak ayah yang umur dah 30an ke atas.

Susu skim (Tanpa lemak).
Hampir tiada lemak langsung. Kalori paling rendah dalam keluarga susu lembu. Sesuai untuk weight loss serius, kawal kalori harian, pesakit jantung/kolesterol.

Susu A2.

Datang dari lembu khas yang hasilkan protein A2 saja (bukan A1). Ramai kata lebih senang hadam. Sesuai untuk perut mudah bloated lepas minum susu biasa.

Susu lactose-free.
Tingkat laktase ditambah untuk bantu tubuh hadam. Sesuai untuk yang dah tahu diri lactose intolerance (minum susu terus cirit perut berbunyi).

Susu tanpa gula (no sugar added).
Biasanya untuk diabetes-friendly, tapi kena baca label juga. Kadang “no sugar” tapi ada pemanis lain. Sesuai untuk diabetes, diet kendiri gula, kawal insulin.

Susu plant-Blbased (Almond / oat / soy dan lain-lain).
Ini bukan susu haiwan. Lebih kepada alternatif bagi gaya hidup vegan atau yang alah protein lembu.

- Susu oat: rasa macam mild cereal, favourite coffee latte shop sekarang
- Susu almond: sangat light tapi kurang protein.
- Susu soya: paling tinggi protein antara plant-based.
- Sesuai untuk: vegan, lactose intolerance, nak cuba lifestyle lebih ringan dan eco-friendly.

Kesimpulannya, tak ada satu susu yang boleh dikatakan “paling bagus untuk semua orang”. Yang penting adalah tujuan korang pilih susu tu. Nak tambah berat? Nak jaga gula? Nak elak cirit? Nak rasa sedap je? Dari situ baru senang pilih yang sesuai.

Di kala usia 40-an.

December 04, 2025 13 Comments
Masuk usia 40-an sebenarnya satu fasa yang sangat istimewa. Ia bukan lagi tentang mengejar dunia semata-mata, tapi mula beralih kepada mencari ketenangan, makna hidup dan persediaan untuk akhirat. Badan pun dah tak sama macam dulu, tenaga semakin berkurang dan masa pula terasa makin cepat berlalu. 

Sebab itulah pada usia ini, kita digalakkan untuk mula mengurangkan beberapa perkara yang membebankan diri dan dalam masa yang sama memperbanyakkan perkara yang membawa manfaat untuk dunia dan akhirat.

Contohnya, kita disarankan untuk kurangkan makan berlebihan dan mula membiasakan diri berpuasa, sama ada puasa sunat atau sekadar mengawal kuantiti makanan. Bukan sekadar untuk kesihatan fizikal, tapi juga untuk mendisiplinkan diri dan menundukkan nafsu. 

Begitu juga dengan percakapan. Makin banyak kita bercakap, makin besar kemungkinan kita tersilap kata. Jadi lebih baik kurangkan bercakap perkara yang tidak berfaedah dan gantikan dengan memperbanyakkan zikir, istighfar dan selawat agar hati lebih tenang.

Di kala usia 40-an.

Waktu tidur pula, bukan bermaksud kita perlu menyeksa diri, tapi elok kalau dapat kurangkan tidur yang berlebihan dan gunakan sedikit masa malam untuk beribadah, walaupun hanya beberapa minit untuk solat sunat dan berdoa. Ia boleh jadi sumber ketenangan dan kekuatan jiwa yang luar biasa. 

Dalam masa yang sama, kita juga digalakkan mengurangkan gaya hidup bermewah-mewah dan mula memperbanyakkan sedekah. Tidak semestinya wang, boleh jadi dalam bentuk doa, tenaga, senyuman atau bantuan kecil kepada orang lain.

Pada usia ini juga, hubungan sosial perlu lebih terkawal. Kurangkan pergaulan yang melalaikan dan banyakkan masa untuk bermuhasabah diri, menilai apa yang telah dan belum kita capai, dosa yang perlu dibaiki dan amalan yang perlu dipertingkatkan. 

Bila berdepan ujian hidup, cubalah kurangkan mengeluh. Sebaliknya, banyakkan berdoa dan mengadu kepada Allah kerana menghadapkan segala keluh kesah kepada manusia tidak akan mengubah apa-apa, malah kadang-kadang hanya menambahkan beban di hati.

Fokus hidup juga mula perlu diubah. Kurangkan mengejar aktiviti yang hanya memberi keuntungan dunia dan tambah aktiviti yang bermanfaat untuk akhirat. Hati-hati juga dalam soal meminta. Kurangkan meminta kepada manusia dan biasakan diri untuk memberi, walaupun sedikit. 

Dan yang paling penting, jangan terlalu bergantung kepada manusia kerana manusia juga serba kekurangan. Gantungan sebenar hanyalah kepada Allah SWT, yang tak pernah lalai dan tak pernah mengecewakan hambaNya.

Kesimpulannya, usia 40 bukan penamat kehidupan, tetapi sepatutnya menjadi titik tolak untuk kehidupan yang lebih bermakna. Lebih sederhana, lebih tenang, lebih dekat dengan Tuhanbdan lebih bersedia untuk apa yang menanti selepas kehidupan di dunia ini.

Begitulah. 

3 December 2025

11 snek kenyang tanpa rasa bersalah.

December 03, 2025 0 Comments
Pernah tak korang baru je lepas makan, tapi tetiba perut dah buat konsert balik? Kadang bukan sebab kita kuat makan, tapi sebab makanan tu sebenarnya tak bagi rasa kenyang yang lama. 

So, kalau korang jenis suka snacking tapi nak elak asyik mengunyah tanpa henti, nahhh ni 11 snek yang boleh bantu korang rasa kenyang, perut happy dan tak rasa bersalah.

11 snek kenyang tanpa rasa bersalah.

1. Telur rebus. - Simple, murah, tinggi protein. Dua biji pun dah cukup untuk bagi rasa kenyang lama gila.

2. Greek yogurt dan buah. - Bukan yogurt biasa ya, Greek yogurt lagi tinggi protein. Campur dengan buah macam berry atau pisang. Sedap macam dessert sihat.

3. Pisang dan peanut butter. - Gabungan karbo dan lemak sihat. Dua gigitan dah rasa puas. Tapi pilih peanut butter yang semulajadi (bukan yang manis melampau tu).

4. Oat overnight. - Prep malam, makan pagi atau waktu lapar. Boleh letak chia seed, susu rendah lemak, buah confirm kenyang slow release energy.

5. Popcorn tanpa mentega. - Popcorn bukannya junk kalau tak dibanjirkan dengan butter dan garam. Yang plain dan air-popped tu sebenarnya low calorie tapi filling.

6. Edamame rebus. - Protein tinggi, rasa lemak manis natural macam makan kacang premium tapi versi sihat.

7. Roti gandum dan avocado. - Healthy fat, fiber tinggi. Kalau ada lemon dan chili flakes, level hipster terus naik.

8. Apple dan almond/peanut butter. - Gandingan sweet dan creamy. Fiber tinggi, lambat hadam. Senang bungkus bawa kerja.

9. Chia seed pudding. - Letak dalam susu, biar overnight. Chia serap air dan expand perut pun rasa kenyang lebih lama. 

10. Kacang almond/walnut. - Segenggam kecil je cukup. Tapi jangan sebalang sebab kalori dia power.

11. Snek protein bar (yang betul-betul sihat). - Bukan yang penuh gula ya. Cari yang minimum ingredients, tinggi protein. Mudah grab dan go.

Kesimpulannya, tak semua snek itu penyebab gemuk. Yang penting pandai pilih snek yang tinggi protein, tinggi fiber atau ada healthy fat. Baru boleh tahan craving dan elak craving makanan pelik-pelik lepas tu.

Moga bermanfaaat. 

Kenapa ada orang susah nak move on walaupun katanya dah maafkan?

December 03, 2025 0 Comments
Tak dinafikan, ada perkara dalam hidup yang meninggalkan kesan lebih lama daripada yang kita sangka. Ada orang boleh terus bangkit dan jalan macam biasa, tapi ada juga yang tersangkut di tengah perjalanan. Bukan sebab dia tak nak move on, tapi sebab luka yang tinggal dalam hati tu terlalu mendalam.

Ramai orang boleh cakap, “Saya dah maafkan.” Dan selalunya, itu bukan tipu. Dia memang dah memilih untuk memaafkan. Tapi memaafkan dan melupakan adalah dua perkara yang sangat berbeza. 

Memaafkan ialah keputusan, tapi melupakan ialah proses yang perlahan. Kita boleh pilih untuk maaf hari ini, tapi memori dan rasa tu tetap perlukan masa untuk pudar.

Kenapa ada orang susah nak move on walaupun katanya dah maafkan?

Kadang-kadang ada hal kecil yang boleh jadi pencetus. Tempat yang pernah dikunjungi, lagu yang pernah dikongsi, ayat yang bunyinya hampir sama atau perangai seseorang yang mengingatkan pada seseorang yang pernah melukakan. Benda-benda kecil ni boleh hidupkan balik memori yang kita sangka dah mati. 

Bukan sebab nak menyalahkan sesiapa, tapi otak manusia memang dicipta untuk mengingat perkara yang meninggalkan kesan kuat sebagai bentuk perlindungan. Ia seolah-olah berkata, “Dulu kau pernah sakit dekat sini. Hati-hati.”

Orang yang sukar move on selalunya ialah orang yang benar-benar menjiwai sesuatu. Bila mereka sayang, mereka sayang habis-habisan. Bila percaya, mereka percaya sepenuhnya. Namun, bila terluka, memang dalam. Luka yang dalam ambil masa lama untuk sembuh, sama seperti luka fizikal. Tak nampak dari luar, tapi pedihnya tetap terasa.

Dan proses healing itu bukan satu garisan lurus. Ada hari dia bangun rasa kuat dan mampu ketawa macam takde apa yang jadi. Ada hari pula memori lama terjah kembali dan hati rasa berat tanpa sebab yang jelas. Itu normal. Itu fitrah manusia.

Jadi, kalau kita pernah tertanya-tanya kenapa seseorang masih teringat-ingat walaupun dia dah maafkan, jawapannya mudah. Dia belum sepenuhnya sembuh. Dan itu bukan kelemahan. Itu cuma bukti bahawa dia pernah sayang, percaya dan berharap dengan sungguh-sungguh.

Kadang bukan dia tak move on, dia cuma sedang belajar berjalan semula, perlahan-lahan. Dan setiap langkah kecil itu tetap sebuah kemajuan. 

Biarlah Allah saja yang tahu.

December 03, 2025 1 Comments
Kadang-kadang, dalam hidup ni, kita simpan terlalu banyak benda dalam hati. Ada cerita yang kita nak luahkan, ada beban yang terasa berat, ada air mata yang hampir jatuh kalau mulut ni terbuka sekali saja. 

Kita pun terfikir, “Kalau orang tahu, mungkin hati ni rasa lega.” 

Tapi setiap kali nak mula bercerita, ada satu suara halus yang menahan. Hati perlahan-lahan berbisik, “Tak apa, cukuplah Allah yang tahu.”

Dan di situlah datangnya satu rasa yang pelik. Tenang tapi perit, lapang tapi berat. Kita sedar tak semua perkara perlu dijelaskan pada manusia. 

Ada luka yang hanya Allah saja faham dalam-dalam. Ada tangis yang hanya Dia dengar walaupun kita tak bersuara. Ada rahsia hati yang lebih selamat kalau kita serahkan bulat-bulat pada Dia saja.

Kadang-kadang kita pun letih untuk menjelaskan diri kepada orang. Letih nak bagi faham. Letih nak nampakkan kuat. 

Biarlah Allah saja yang tahu.

Jadi akhirnya, kita biarkan saja. Kita cerita pada Dia, dalam diam, dalam sujud atau dalam hati ketika semua orang tak tahu apa yang sedang kita tanggung.

Dan anehnya, bila kita lepaskan pada Allah, barulah kita rasa sedikit ringan. Barulah kita faham bahawa ada perkara yang memang hanya layak disimpan antara hamba dan Tuhannya. 

Sebab apa yang kita simpan itu, Allah tahu semuanya tanpa kita perlu berkata apa-apa.

27 November 2025

Cara kurangkan sakit kepala secara semulajadi.

November 27, 2025 1 Comments
Sakit kepala ni memang boleh spoil mood satu hari. Rasa serabut, tak boleh fokus dan kadang rasa nak baring je sampai lega. Tapi sebenarnya banyak je cara semulajadi yang korang boleh buat untuk kurangkan sakit kepala tanpa perlu telan ubat. Lagi best, kebanyakannya sangat simple dan boleh buat on the spot.

Cara kurangkan sakit kepala secara semulajadi.

Pertama sekali, cuba tarik nafas dalam-dalam beberapa kali. Bunyi klise, tapi teknik breathing yang betul boleh bantu relaks otot dan turunkan tekanan dalam badan. Kadang-kadang sakit kepala datang sebab kita tak sedar badan tengah stres. 

Lepas tu, pastikan korang minum air kosong secukupnya. Dehidrasi adalah punca paling common tapi ramai tak perasan. Kalau bibir dah rasa kering atau air kencing pekat, confirm badan tengah minta air.

Rehatkan mata jap pun sangat membantu especially kalau kerja banyak depan phone atau laptop. Tutup mata, senyap sekejap, elakkan screen untuk 5 minit. Dalam masa sama, cuba urut bahagian tengkuk, pelipis atau belakang kepala secara perlahan. 

Urutan kecil je pun dah boleh release ketegangan otot. Kalau ada minyak aromaterapi macam peppermint atau lavender, sapu sikit dekat pelipis. Bau dia memang bantu tenangkan saraf.

Cuba duduk di tempat yang tenang, gelap sikit dan sejuk. Lampu terang dan bunyi bising boleh trigger lagi sakit kepala. Kalau rasa angin atau sejuk dekat kepala, tuam pakai tuala suam. Kalau kepala rasa panas atau throbbing, tuam pakai tuala sejuk. Ikut jenis sakit kepala korang. Try and error sikit.

Selain tu, jangan tahan lapar. Gula darah rendah pun boleh buat kepala mencengkam. Makan snack ringan macam pisang, kurma, oats atau biskut wholegrain. 

Elakkan makanan tinggi MSG atau gula terlalu banyak, yang ni biasanya buat makin teruk. Minum air suam bersama perahan lemon pun membantu sebab boleh refresh badan dan bagi boost hydration.

Kalau korang duduk terlalu lama dalam posisi sama, bangun dan buat regangan ringkas. Stretch leher kiri kanan, pusing bahu dan gerakkan badan. Postur badan yang senget atau membongkok lama-lama memang penyebab utama tension headache. Angin dalam badan pun boleh jadi punca, jadi kalau angin penuh, cuba sendawa atau minum halia suam.

Bau-bau yang terlalu kuat macam perfume berat, asap rokok atau bau dapur pun antara trigger. Jauhkan diri kejap dari kawasan tu. Kalau rasa penat sangat, power nap 15 minit pun boleh reset otak. Tidur malam pula kena jaga. Cukup dan berkualiti. Kalau selalu tidur lewat atau terganggu, sakit kepala memang suka datang balik.

Elakkan overthinking. Otak bila terlalu aktif, badan akan respond dengan ketegangan. Try buat grounding. Tengok benda sekeliling, fokus bunyi kipas, rasa hembusan angin. 

Simple tapi sangat membantu stabilkan sistem saraf. Dan paling penting, dengar badan. Bila badan bagi warning awal macam mata berat, bahu tegang, jangan paksa terus bekerja. Rehatlah sebelum sakit kepala jadi lebih kuat.

Semua cara ni tak perlukan ubat pun, cuma perlukan awareness dan habit yang betul. Lagi cepat korang respon masa simptom awal, lagi senang sakit kepala hilang tanpa perlu ubat. Kalau korang amalkan selalu, lama-lama badan automatik kurang dapat serangan sakit kepala.

Moga bermanfaat. 

24 November 2025

One lie can end a million trust.

November 24, 2025 2 Comments
Ayat pendek, tapi berat. Kadang-kadang terasa macam tumbukan tepat di dada bila kita pernah lalui sendiri. Bila orang yang kita percaya sepenuh hati tiba-tiba buat benda yang kita tak sangka.

Dalam hidup, kepercayaan ni ibarat kaca. Kita jaga elok-elok, kita pegang hati-hati, tapi sekali terjatuh retaknya mungkin tak dapat hilang. Orang selalu kata, “ala, bohong kecil je,” tapi hakikatnya hati manusia bukan macam padam tulisan dekat whiteboard. Bila dah sakit, kesannya melekat.

Sebenarnya, apa yang buat satu penipuan tu cukup untuk musnahkan berjuta-juta kepercayaan?

Sebab kepercayaan dibina perlahan-lahan, sikit demi sikit. Kita mula percaya bila kata-kata seseorang selari dengan perbuatan dia. Bila setiap janji ditunaikan. Bila setiap cerita sama dengan realiti. Lama-lama, kita bagi ruang dalam hidup, dalam hati.

One lie can end a million trust.

Tapi bila sekali kita tahu dia tipu, otak kita mula tanya macam-macam:

“Kalau ni dia boleh tipu, apa lagi yang dia dah tipu sebelum ni?”
“Selama ni aku percaya buta ke?”
“Semua kenangan tu, betul ke atau rekaan?”

Satu penipuan kecil pun boleh buat seluruh kisah terasa palsu. Macam tarik satu benang, tiba-tiba seluruh kain terbuka.

Yang paling menyedihkan, bila kita hilang kepercayaan, hubungan yang dulu rasa selesa tiba-tiba jadi janggal. Mesej yang dulu ringkas pun rasa berat nak hantar. Gelak-gelak yang dulu ikhlas jadi hambar. Dan kadang-kadang, walaupun kita maafkan, rasa percaya tu takkan kembali seperti asal.

Tapi, hidup ni bukan tentang simpan luka selamanya. Kita belajar. Kita jadi lebih bijak. Kita tahu siapa yang layak diberi peluang, siapa yang hanya layak dijadikan pengalaman. Dan kita belajar menilai, bukan semua orang mampu jaga kepercayaan kita, tapi akan sentiasa ada orang yang akan hargai dengan betul.

Jadi bila kita cakap one lie can end a million trust, ia bukan sekadar ayat puitis. Ia peringatan. Untuk diri sendiri supaya jangan sesekali rosakkan kepercayaan orang.
Dan untuk hati sendiri supaya kita bijak memilih kepada siapa kita menyerahkan kepercayaan tu.

Sebab trust sekali hilang, tak mudah nak kembali.bDan sekali dapat dijaga, ia boleh jadi salah satu perkara paling indah dalam hidup.

Begitulah. 

23 November 2025

30 petua kesihatan berkaitan Lavender!

November 23, 2025 1 Comments
Dulu-dulu ingat lavender ni sekadar wangi-wangian bilik. Rupanya banyak sangat manfaat untuk kesihatan badan dan minda!

30 petua kesihatan berkaitan Lavender!

1. Tidur lebih lena. - Letak beberapa titis minyak lavender atas bantal. Bau dia bantu tenangkan fikiran dan bagi tidur lebih berkualiti.

2. Elak sakit kepala. - Letak kain bersih basah dengan air suam dengan 3 titis lavender kat dahi. Rehat 10-15 minit.

3. Hilangkan bau badan. - Campur daun pandan kisar dengan air rendaman bunga lavender, kemudian sapu kat bawah lengan setiap pagi.

4. Legakan stress. - Rendam kaki dalam air suam bersama dengan garam bukit dan 5 titis lavender oil. Sambil tu dengar selawat. Fuh, tenang.

5. Ubat Slsenggugut. - Letak pek panas dengan 2 titis minyak lavender kat perut bawah. Ia dikatakan dapat membantu kurangkan rasa mencucuk tu.

6. Hilangkan jerawat. - Titikkan sedikit lavender oil atas jerawat sebelum tidur. Antibakteria dia bantu redakan bengkak.

7. Rawat rambut gugur. - Campur minyak kelapa dara dan lavender oil. Urut kulit kepala 10 minit sebelum mandi.

8. Kulit gatal-gatal. - Campur gel aloe vera asli dengan setitik lavender. Sapu atas ruam gatal, ia akan bantu redakan.

9. Sapu nyamuk Tradisional. - Rebus serai wangi dengan daun lavender. Letak dalam botol spray dan sembur sebelum tidur.

10. Penawar gigitan serangga. - Campur madu sikit dengan lavender oil. Kemudian, sapu tempat gigit. Hilang gatal, kurang bengkak.

11. Ubat ulser mulut. - Campur air rebusan bunga cengkih dengan titisan lavender. Kumur pagi dan malam.

12. Pewangi semulajadi rumah. - Masukkan bunga lavender kering dalam uncang kain, letak dalam almari/bilik air.

13. Atasi mulut berbau. - Air rebusan daun sirih dan bunga lavender, jadikan kumuran.

14. Kurangkan parut. - Sapu campuran minyak zaitun dan lavender oil pada parut setiap malam sebelum tidur.

15. Minyak urut lenguh-lenguh. - Minyak kelapa panas bersama bawang putih dan titisan lavender. Urut perlahan kat bahu dan belakang.

16. Rawat demam panas. - Lap badan anak dengan air rendaman bunga lavender dab daun betik. Turunkan suhu secara tradisional.

17. Lega resdung ringan. - Wap muka dengan air panas bersama daun pandan dan lavender. Tarik nafas perlahan, keluar hingus!

18. Segarkan mata letih. - Tuala bersih basah lavender water. Letak atas mata tertutup — 10 minit.

19. Wangikan telekung. - Spray lavender homemade (air suling dan lavender oil) pada telekung, segar dan tenang masa solat.

20. Ubat perut kembung bayi. Campur minyak telon homemade dengan setitik lavender. Sapu perlahan kat perut bayi ikut arah jam.

21. Gatal kulit kepala. - Campur air asam jawa dan 2 titis lavender, bilas rambut selepas syampu.

22. Cegah kulat kuku. - Sapu kapas celup lavender oil terus pada kuku, buat pagi dan malam.

23. Sakit belakang selepas bersalin. - Urut perlahan dengan minyak herba campur lavender, ia akan bantu kurangkan tegang otot.

24. Pewangi bilik solat. - Letak mangkuk kecil air panas dan titisan lavender kat sudut bilik, so suasana aromaterapi tenang.

25. Redakan hidung tersumbat. - Wap muka air panas dan kulit limau purut + dan lavender. Tarik bau dia, lega hidung!

26. Elak rambut berbau. - Sembur air lavender pada rambut sebelum keluar rumah — harum & segar.

27. Minyak tenang anak meragam. - Campur minyak baby dan titis lavender. Sapu tapak kaki anak bila nak tidur.

28. Mandian bayi tenang. - Beberapa titis lavender dalam air mandi bayi, ia membantu dia lebih relaks waktu malam.

29. Minyak wangi DIY. - Minyak jojoba dan lavender oil dalam botol roll-on kecil, pakai kat nadi tangan.

30. Buang angin dalam badan. - Minum air halia suam dan titis lavender (kalau guna food-grade).  Bantu buang angin dan tenangkan perut.

Moga bermanfaat. 

Betul ke penyakit tiroid boleh berulang sebab tak jaga pemakanan?

November 23, 2025 0 Comments

Ramai pesakit tiroid rasa risau bila doktor cakap penyakit mereka dah stabil tapi tiba-tiba beberapa bulan atau tahun kemudian, hormon naik balik. Soalan yang selalu muncul, “Adakah sebab saya tak jaga makan?”

Jawapan ringkasnya, pemakanan memang salah satu faktor penting, tapi bukan satu-satunya punca berulangnya penyakit tiroid. Tiroid ni melibatkan gabungan hormon, sistem imun, genetik, gaya hidup dan yes, pemakanan juga termasuk dalam puzzle tu.

Bagaimana penyakit tiroid boleh berulang?

Antara sebab utama kenapa tiroid boleh datang balik:

- Autoimun aktif semula. Contoh penyakit Graves’ atau Hashimoto’s. Sistem imun tersalah serang kelenjar tiroid.
- Dos ubat tak lagi sesuai. Badan berubah ikut usia, berat badan, hormon lain.
- Tekanan atau stress keterlaluan. Bila stress, hormon cortisol mengacau keseimbangan hormon tiroid.
- Kehamilan dan perubahan hormon besar. Contoh wanita lepas bersalin biasa alami postpartum thyroiditis.
- Pengambilan makanan atau supplement tertentu yang mengganggu penyerapan ubat especially soya, kopi, susu terus selepas makan ubat.

Betul ke penyakit tiroid boleh berulang sebab tak jaga pemakanan?

Tapi macam mana dengan pemakanan?

Pemakanan memang memainkan peranan penting namun ia bukanlah sebagai punca utama, tapi sebagai penyokong sama ada penyakit jadi stabil atau makin teruk.

Yang perlu hati-hati:

- Makanan tinggi goitrogen tanpa dimasak (contoh: kobis mentah, brokoli mentah, kale mentah).
- Pengambilan soya berlebihan terutama dekat dengan waktu makan ubat tiroid.
- Makan ubat tiroid dan terus minum kopi, milo, teh dan milkshake.
- Pengambilan supplement iodine tanpa nasihat doktor.

Yang bagus diamalkan:

- Makanan kaya selenium (ikan, telur, nuts seperti brazil nut).
- Real food, bukan ultra processed.
- Cukup zat besi, zink, vitamin D.
- Minum air secukupnya.
- Elakkan crash diet / diet.

Ya, tak jaga makan boleh menyumbang kepada masalah tiroid berulang  tapi ia bukanlah punca utama.

Lebih tepat lagi, pemakanan adalah salah satu faktor yang menyokong kestabilan hormon tiroid, bersama ubat yang konsisten, pengurusan stress, tidur cukup dan follow-up doktor.

Kalau kita jaga semua ni, insyaAllah peluang penyakit berulang tu jauh lebih rendah.

19 November 2025

Beza coklat putih, coklat hitam dan coklat biasa : Mana satu yang paling sedap?

November 19, 2025 0 Comments
Kalau sebut pasal coklat, mesti ramai yang terus terbayang rasa manis, lemak dan buat hati tenang je kan? 

Tapi sebenarnya, coklat ni ada macam-macam jenis. Coklat putih, coklat hitam dan coklat biasa atau coklat susu. Nampak sama tapi sebenarnya, bahan dan rasanya sangat berbeza! Jom baca cikla nak share mengenai perbezaan ketiga-tiga coklat ni. 

Beza coklat putih, coklat hitam dan coklat biasa : Mana satu yang paling sedap?

Coklat hitam atau dark chocolate ni biasanya paling pure antara semua. Warna dia lebih gelap, rasanya lebih pahit dan kandungan gulanya pun rendah. 

Sebab coklat hitam dibuat dengan serbuk koko dan mentega koko, tapi tak banyak susu. Lagi tinggi peratusan koko, lagi pekat rasa dia. Ramai yang kata coklat hitam ni sihat sebab mengandungi antioksidan tinggi, boleh bantu kurangkan stres dan bagi tenaga. Tapi, bagi yang tak biasa, rasa pahitnya tu mungkin menyengat.

Lain pulak dengan coklat putih. Warna dia terang sebab langsung tak ada serbuk koko. Yang ada cuma mentega koko, gula dan susu. 

Sebab tu rasanya lebih manis, lembut dan berkrim. Ramai yang suka coklat putih sebab teksturnya halus dan mewah di lidah. 

Tapi dari segi khasiat, coklat putih ni taklah se power coklat hitam sebab takde kandungan koko sebenar. Kiranya, coklat putih ni lebih kepada pencuci mulut manis yang sedap dinikmati bila mood tengah baik.

Coklat biasa atau coklat susu pula adalah yang paling popular. Inilah coklat yang korang selalu nampak dijual di pasar raya. Ia gabungan serbuk koko, mentega koko, gula dan susu. 

Rasanya seimbang. Tak terlalu pahit, tak terlalu dan manis. Kalau coklat hitam rasa dewasa dan coklat putih rasa manja, coklat susu ni kira all-rounder lah. Sesuai untuk semua peringkat umur. Biasanya digunakan untuk baking, minuman coklat atau dimakan terus.

Kesimpulannya, setiap jenis coklat ada keistimewaannya sendiri. 

Kalau korang suka rasa pahit dan nak manfaat kesihatan, pilih coklat hitam. Kalau nak rasa manis berlemak, coklat putih pilihan terbaik. 

Tapi, kalau nak yang klasik dan seimbang, coklat susu memang tak pernah mengecewakan. Apa pun, makanlah dengan berpada sebab walau coklat boleh buat kita gembira, kalau terlebih pun boleh buat badan mengembang pulak nanti! Haha. 

Fakta menarik tentang coklat.

1. Coklat berasal dari biji koko. Pokok koko berasal dari Amerika Selatan dan bijinya pernah dianggap “makanan dewa” oleh orang Aztec dan Maya.

2. Coklat boleh bantu naikkan mood. Ia mengandungi bahan yang boleh merangsang pengeluaran hormon endorfin dan serotonin, yang buat kita rasa bahagia.

3. Semakin gelap coklat, semakin sihat. Coklat hitam dengan kandungan koko tinggi iaitu lebih 70%bmengandungi antioksidan yang bantu melindungi jantung.

4. Coklat putih bukan coklat sebenar. Sebab tak ada serbuk koko pun! Tapi masih dikira coklat sebab guna mentega koko.

5. Coklat boleh cair pada suhu badan manusia. Sebab tu bila masuk mulut, cepat sangat lembut dan meleleh. Uishh, nikmat betul kan? 

Moga bermanfaat.