'Santai Tapi Sampai'

30 July 2020

Sabar vs tak sabar.

1. Orang yang sabar akan dikasihi Allah SWT dan Rasulullah SAW.

2. Sabar merupakan ciri-ciri ahli syurga dan merupakan sifat Rasulullah.

3. Orang-orang yang sabar mudah disenangi masyarakat.

4. Menjadi contoh yang baik kepada agama Islam.

5. Ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT.

6. Mendapat pujian daripada Allah SWT.

7. Mereka akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

8. Diberi petunjuk oleh Allah SWT.

9. Mudah untuk menahan diri daripada membuat kemungkaran.

Keburukan orang yang tak sabar.

1. Dia akan cepat mengeluh dengan ujian yang Allah berikan.

2. Dibenci oleh masyarakat sekeliling.

3. Menjadi cerminan yang buruk untuk agama Islam.

4. Merupakan ciri-ciri ahli neraka.

5. Tak mampu menahan diri dari melakukan kemungkaran.

6. Tak mudah untuk menerima nasihat.

7. Merupakan ciri-ciri lelaki yang dayus.

8. Lebih mudah berputus asa.

Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar. 

28 July 2020

Jom patuhi SOP demi melawan covid-19. Bukan susah pun kan!

Walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dah ditetapkan, tapi rasanya kita tak perlu nal gembira sangat ya, nak nak pulak lita dah boleh keluar rumah dan melakukan aktiviti rutin kita macam sebelum ni. 

Bukan pe, bagi cikla selagi angka kes baru tak bernilai 0, memang tak boleh nak jangka apa yang akan berlaku next

Lagilah sekarang ni, kes baru pun turun naik kan. Ada berpunca jugak dari sikap mereka yang selfish terutama isu kuarantin di rumah bagi mereka yang baru balik dari luar negara.

"Tiada lagi kuarantin di rumah tetapi kuarantin wajib di pusat kuarantin mulai 24 Julai (Jumaat)." - Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri.

Memetik ucapan menteri kanan, cikla pun setuju. Bukan apa, eloklah diperketatkan macam ni. Mereka yang disuruh kuarantin di rumah serupa macam bukan orang yang kena kuarantin. 

Nama duduk rumah, tapi masih terima tetamu, elok bercampur gaul dengan orang. Adehlaah. Punca sungguh aihh. Ada pulak yang bangga dengan 'gelang' mahal katanya. Huhu. 

Patut kena kuarantin macam kami yang kuarantin RAI, minum 'air mahal' untuk rawatan radioiodine. Duk je dediam dalam bilik 8 hari. Baru tau rasa. Terus jem otak barangkali. Hihi. 

Jom patuhi SOP demi melawan covid-19. Bukan susah pun kan!
Jom patuhi SOP demi melawan covid-19. Bukan susah pun kan!

Rasanya semua orang dah tau kot apakah SOP yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dijalankan. Jaga jarak dan pakai mask bila terpaksa berada di tempat yang sesak. 

Amalan 3W (Wash, Wear & Warn) dan elakkan 3S (tempat sesak, sempit dan bersembang jarak dekat). Sebaiknya, elakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang lain dan kerap basuh tangan. 

Tangan yang tak dibasuh dengan kerap dan betul, akan penuh dengan kuman. Bukan kita boleh nampak pun kuman virus tu semua. Kita sendiri yang kena sentiasa beringat.

Lagi satu, cara kita pakai mask atau pelitup muka. Pakailah pelitup muka dengan betul ye. Jangan letak dekat dagu sebab ia boleh tercemar dan menyebabkan mulut serta hidung dijangkiti bakteria, virus dan kuman. 

Pelitup muka jugal kena dibuka sepenuhnya masa kita makan, minum dan beriadah bagi untuk elak ia dari tercemar.

Jom patuhi SOP demi melawan covid-19. Bukan susah pun kan!
Jom patuhi SOP demi melawan covid-19. Bukan susah pun kan!

Jom patuhi SOP demi melawan covid-19. Bukan susah pun kan!
Jom patuhi SOP demi melawan covid-19. Bukan susah pun kan!

Untuk pengetahuan korang, mula 1 Ogos 2020, diwajibkan pakai pelitup muka adalah dalam pengangkutan awam dan tempat sesak. Sesiapa yang tak pakai dan ingkar, degil, ketegaq boleh didenda. 

Namun, apa yang penting, ingatlah kita belum menang lagi. Happy happy jugak, tapi janganlah sampai alpa dan leka. 

Stay safe ya semua. Jaga diri. 

27 July 2020

Tanda kita dipayungi rahmat Allah SWT?

Bila mana rahmat Allah sedang 'memayungi' kita, kita dikatakan mengalami keadaan berikut: 

Tanda kita dipayungi rahmat Allah SWT?
Tanda kita dipayungi rahmat Allah SWT?

  1. Kita akan jadi mudah beramal soleh dan meninggalkan yang dilarang. 
  2. Kita akan jadi mudah solat lima waktu tanpa rasa berat. 
  3. Kita akan jadi seronok melakukan amalan dan ibadah-ibadah sunat tanpa rasa berat. 
  4. Kita akan sentiasa ringan mulut untuk berzikir dan memuji Allah tanpa rasa berat. 
  5. Kita akan jadi ringan mulut untuk berselawat kepada Rasulullah SAW tanpa rasa berat. 
  6. Kita akan sentiasa beristighfar di atas kesilapan dan dosa-dosa tanpa rasa berat. 
  7. Kita akan mudah dan suka membaca Al Qur'an tanpa rasa malas. 
  8. Kita akan mudah berkasih sayang tanpa mudah bersengketa dan bersangka buruk. 
  9. Kita akan jadi positif dan suka kepada nasihat dan peringatan ke arah jalan Allah tanpa rasa bosan. 
  10. Kita akan mudah tinggalkan yang haram dan mungkar dengan rela tanpa dipaksa-paksa. 
  11. Kita akan mudah faham kebenaran tanpa keliru dengan kebatilan.
  12. Kita akan mudah menerima ilmu tanpa halangan.

Maka, bersyukurlah kalau ini betul-betul berlaku pada kita. Allahu, beruntungnya kita. Kalau tidak, sedarlah yang kita sedang kehilangan rahmat dari Allah. 

Kredit sharing dari WhatsApp Group.

21 July 2020

10 petua berguna di dapur? Apa tu?

Korang pernah tak hadapi situasi di mana, balang bekas gula korang tu penuh dengan semut walaupun korang dah ‘halau’ semut tu banyak kali? Lagi satu, masalah beras yang dipenuhi kutu beras? 

Adehlaaa, cikla selalu gak hadap masalah camni, kadang blur camne nak buat lagi nak bagi binatang ni ni nyah dari situ. Tu belum lagi nak hadap masalah lubang sinki yang tersumbat kan? Boleh hilang mood dibuatnya. 

Cikla nak share la 10 petua yang boleh buat mak mak, ibu ibu, mama mama dan isteri isteri tersenyum sebab masalah mereka mungkin akan settle. Jom check satu-satu.

10 petua berguna di dapur? Apa tu?
10 petua berguna di dapur? Apa tu? Gambar diubahsuai dari cariab

Guna cili kering dan daun pandan untuk nyahkan kutu beras.

Korang jangan ingat korang dah simpan beras korang tu dalam bekas yang kedap udara lagi, kekonon tak kan ada ‘anasir’ la yang boleh masuk kat dalam tu, haaa sekali bukak penuh dengan si kutu beras bermastautin kat dalam tu. 

So, apa kata korang try petua ni, letak beberapa batang cili kering atau daun pandan dalam bekas tu. Cara ni dipercayai boleh menghalau kutu kutu tu semua sebab sifat cili kering yang hot itu.

Hilangkan rasa bahang dan pijar tangan yang terkena cili.

Sebelum korang ‘memegang’ cili tu, korang pastikan korang menggosok dulu tapak tangan korang tu dengan sedikit minyak masak. Ini dikatakan dapat membantu mengelakkan panas cili itu meresap dalam tapak tangan. 

Elak biskut jadi lemau, malah kekal crunchy gitu.

Antara faktor utama biskut jadi cepat lemau adalah cara penyimpanan biskut tu tak betul. So, lepas ni korang guna kertas serap minyak je. 

Masa korang nak letak or susun biskut dalam bekas, guna kertas tu. Tapi, biskut disusun secara berselang seli tau. 

Rupanya fungsi kertas tu adalah untuk menyerap minyak minyak sekali lagi, sekaligus akan memastikan kepingan biskut kekal rangup walaupun dalam tempoh yang lama.

Guna kentang untuk kurangkan masin kuah.

Kekadang kuah yang korang masak tu terlebih garam kan, confirm masin punyalah. So, jangan dibuang pulak kuah tu. Korang just masukkan kentang kat dalam dia sampai masak. Percaya atau tak, lama-lama rasa masin tu akan semakin berkurangan. 

Lebih mudah kupas halia guna sudu.

Ni kes kalau korang pergi merewang dekat rumah kenduri, lepas tu lupa bawak pisau. Korang boleh kupas halia contohnya guna sudu besi. Lagi cepat dan mudah tau.

Wangikan dapur dengan kulit kayu manis.

Kalau dapur korang berbau kurang enak, bau hanyir ke, bau kepam ke mesti tak selesa nak. So, tip senang selain korang gunakan perfume bilik tu, korang boleh gak guna kulit kayu manis, cuka dan bunga cengkih. 

Korang rebus tiga-tiga ni, lepas tu sembur je air rebusan tu dekat lantai ke, kabinet ke ataupun di persekitaran dapur korang. 

Guna dulang aluminium untuk nyahbeku daging.

Kalau korang nak lembutkan daging dengan cepat, guna je dulang aluminium. Ambil daging, then letak je kat atas dulang tu. Alasan dia, sebab dulang aluminium kan konduktor haba yang terbaik, so ia akan menarik energi dari persekitaran ke dalam daging yang beku itu. 

Guna garam hilangkan bau belacan.

Kalau korang makan belacan ke, ataupun petai ke meti melekat dekat tangan kan. So, lepas ni korang guna garam je nak hilangkan bau tu semua. Ambil garam, letak dekat tapak tangan lepas tu gosok gosok dia termasuklah celah celah jari korang tu sebelum dicuci dengan air bersih. 

Guna kulit kayu manis sebagai ‘pelindung’ gula.

Cara nak halau semut masuk dalam balang gula sebenarnya ni. Korang masukkan beberapa batang kulit kayu manis atau bunga cengkih pun boleh dalam balang berisi gula. Lagi satu cara, sapukan minyak masak disekeliling bekas berisi gula tu jugak.

Bekukan lebihan minyak yang telah digunakan.

Ada orang semua nak buang dalam sinki kan? Ini termasuklah minyak lebihan goreng ayam ke ikan ke. 

Apa yang terbaik, korang bekukan je lebihan minyak tu dalam plastik atau bekas, lepas tu dah keras jadi macam kiub ais tu baru buang dalam tong sampah. Ini bagus untuk elak dari saluran sinki tersumbat. 

Selamat mencuba!

Kredit : Group Telegram Petua dan Kesihatan. 

Selamat pagi sahabat positif.

Orang positif bukan orang yang tak pernah marah, tak pernah down, tak pernah sedih, tak pernah stress dan tak pernah menangis. Bukan. Orang positif adalah orang yang bila dia marah, dia cepat cool. Orang positif adalah orang yang bila dia down, dia cepat bangkit. Orang positif adalah orang yang bila dia sedih, dia cepat hilangkan kesedihannya dengan cara memberi kegembiraan dan membahagiakan.

Orang positif adalah orang yang bila dia stress, dia alih fokus dia mencari penyelesaian dan perbaiki diri. Bukan fokus kepada masalah, sebab dia tak suka menyalahkan. Orang positif adalah orang yang bila dia menangis, dia menangis bukan untuk menyerah pada kesedihan tapi dia  menangis untuk mengumpulkan kembali kekuatannya supaya dia dapat bangkit jadi orang yang lebih sabar dan lebih kuat. 

Jadi orang positif itu, ironinya memang susah tapi lagi susah kalau jadi orang yang negatif. Positifkanlah diri walaupun susah. Jangan mengalah. Takpe, biar kita penat jadi orang positif  sebab semua usaha dan penat lelah kita jadi manusia positif itu sentiasa ada nilainya di sisi Allah. InshaAllah.

Selamat pagi sahabat positif. 

19 July 2020

Khas untuk wanita : Jom buat 6 tip ini untuk kesihatan ruang intim anda.

Korang pernah dengar orang cakap, bau dari ruang intim menjadi penanda kepada kesihatan di kawasan tersebut? 

Cikla setuju dengan statement ni walaupun ada fakta yang mengatakan bau vagina atau ruang intim wanita ni boleh berubah-ubah bila mengalami perubahan terutama semasa datang bulan atau melakukan hubungan intim. 

Namun, vagina boleh membersih secara semulajadi dengan kehadiran bakteria yang membantu mengekalkan pH yang sihat. 

Tapi, rasa gatal, tak selesa dan radang di kawasan tersebut ada kalanya tak dapat memang dielakkan. So, ada beberapa tip yang boleh diamalkan untuk mengelakkan 'bau' kuat di kawasan intim timbul. 

Khas untuk wanita : Jom buat 6 tip ini untuk kesihatan ruang intim anda.
Khas untuk wanita : Jom buat 6 tip ini untuk kesihatan ruang intim anda. Gambar diubahsuai dari carian Google.

  1. Amalkan diet seimbang dan sihat. 
  2. Kekal hidrat dengan mengambil air putih secukupnya. 
  3. Mengambil probiotik seperti yogurt iaitu bakteria baik untuk bantu mengekalkan keseimbangan pH vagina.
  4. Mencuci atau penjagaan ruang intim dengan teliti sebelum dan selepas melakukan hubungan intim. 
  5. Jangan pakai pakaian yang ketat sebab ia akan menyebabkan kawasan faraj dan pangkal peha sukar 'bernafas'. Mendapatkan banyak oksigen sangat penting untuk kesihatan vagina. 
  6. Pilih material yang sesuai untuk pakaian dalam seperti kapas sebab kapas merupakan fabrik terbaik menyerap kelembapan berlebihan. 

Selain tu, korang boleh try guna pembersih wanita Agnesia Natural Feminine Hygiene Wash. 

Khas untuk wanita : Jom buat 6 tip ini untuk kesihatan ruang intim anda.
Khas untuk wanita : Jom buat 6 tip ini untuk kesihatan ruang intim anda. Kredit gambar Google. 

Pembersih wanita ini mengandungi ekstrak herba Willow Bark yang membantu beri perlindungan antibakteria di sekitar faraj. 

Kalau korang nak tau, pH di kawasan intim perlu berada dalam lingkungan 3.8 hingga 4.5 untuk mengekalkan vagina yang sihat dan kawasan persekitaran bakteria terbaik di kawasan tersebut. 

Info : Ruangan WM, Harian Metro. 

18 July 2020

Jom baca perkongsian ni.

Jom baca perkongsian ni.
Jom baca perkongsian ni. 

❤ Kalaulah setiap cerita hidup kita selalu indah, hati tak akan pernah mengenal makna sabar dan ikhlas.

❤ Kalau setiap yang kita inginkan semuanya dikabulkan, maka kita tak akan pernah tahu betapa indahnya mendekati Allah bersama jutaan doa dan harapan.

❤ Kalau setiap harapan kita selalu berjalan mengikut apa yang kita rancangkan, kita tak akan pernah belajar yang rasa kecewa itu sebenarnya boleh menjadikan kita kuat.

❤ Alangkah baik kalau kita mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah, daripada terus mengira setiap kekurangan yang kita ada. 

❤ Teruslah berdoa dan meminta padaNya tanpa mengeluh. InshaAllah, semuanya yang indah akan menjadi milik kita.

Aamiin ya Rabbal A'lamiin.

17 July 2020

Mengapa perempuan kena jauhi sifat marah.


Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, marah adalah perasaan panas hati, berang, gusar dan murka. Walaupun marah ni perasaan yang normal yang semua orang boleh rasa, tapi ia adalah sifat yang negatif dan lemah sebenarnya. 

Antara lelaki dengan wanita, siapa yang mudah marah? Bagi cikla sama je kot, tapi bagi diri cikla sendiri dulu jujur cikla seorang yang agak cepat marah. 

Hurmm, pantang salah sikit memang kenalah. Anak-anak pun dah faham kepala angin mak dia. Tapi, tu dululah. Sekarang cikla dah boleh kawal dah. Mungkin faktor hormon dan usia jugak. Mungkin!

Mengapa perempuan kena jauhi sifat marah.
Mengapa perempuan kena jauhi sifat marah. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Ada beberapa sebab mengapa perempuan khasnya,  perlu menjauhi marah. Pertama, marah yang tak bertempat adalah sangat merugikan diri. 

Sebenarnya, marah bukanlah menunjukkan yang kita kuat. Malah orang yang tak mampu kawal kemarahan itulah menandakan dirinya sangat lemah. Mereka yang memiliki keperibadian yang tinggi adalah yang mampu bertenang masa marah.

Sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: 

"Seorang yang kuat itu bukanlah yang handal bergusti; seorang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal dirinya sewaktu sedang marah." Sahih al-Bukhari (6114) dan Sahih Muslim (2609).

Selain itu, marah adalah sifat yang lemah dan negatif, yang mana ia akan menarik kita ke bawah. Marah jugak akan membuatkan kita menjauh dari orang lain. Adatlah kan, mana ada orang nak datang dekat dengan orang yang suka marah-marah. Ingat!

Menurut Human Vibration Chart, sifat marah dalam diri berada pada skala bawah. Berada pada skala bawah dalam Human Vibration Chart akan memberikan banyak kerugian pada diri. Tambahan pula, perasaan marah yang terlalu lama boleh membawa kepada dendam.  

Orang yang suka marah tak mempunyai rasa cinta yang mendalam pada dirinya, sebab marah dan cinta tak datang bersama. 

Orang yang mempunyai rasa cinta yang mendalam susah untuk merasa marah, sebab semuanya nampak sweet jek dekat matanya.

Korang mesti pernah kan dengar peribahasa orang tua-tua, 'jangan marah-marah, nanti cepat tua.' Menurut kajian, mereka yang gagal kawal rasa marah akan berdepan dengan risiko kerosakan paru-paru dan sukar bernafas. 

Malah, dalam jurnal diterbitkan oleh British Medical Journal juga mengatakan mereka yang selalu marah menua lebih cepat dari usia mereka. Alamak!

Lagi satu, masa kita marah, bahan kimia dalam badan kita akan terembes dan berlaku perubahan metabolisma sehingga menyebabkan darah tinggi, sakit kepala, masalah pencernaan dan masalah kulit seperti ekzema. 

Lebih serius, ia juga akan menyebabkan gangguan mental seperti kemurungan termasuklah penyakit jantung dan strok. Uisshh, bahayanya. 

Mengapa perempuan kena jauhi sifat marah.
Mengapa perempuan kena jauhi sifat marah. Gambar kredit Google.

Sebab itulah, menjauhi sifat marah antara nasihat dan sunnah Rasulullah SAW. Perkara itu dijelaskan menerusi sebuah hadis, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Berikanlah aku nasihat.” Baginda bersabda: “Jangan marah.” Maka orang itu mengulangi permintaannya tadi beberapa kali. Nabi menjawab: “Jangan marah.” (Hadis riwayat al-Bukhari). 

Walau bagaimanapun, marah adalah sifat semulajadi dalam diri, dan ia normal. Tapi, kalau kita dapat kawal kemarahan tu adalah lebih terpuji. Ada jugal yang kata, marah itu, lahir dari hasutan syaitan yang membara seperti api. 

Dan banyak kegagalan boleh berlaku kalau kita marah. Contoh, marahkan suami, anak jadi mangsa. Lagipun, orang yang sedang marah biasanya tak dapat berfikir dengan baik dan akhirnya akan membawa kepada penyesalan.  

Haa, tahukah korang, perempuan yang paling cantik adalah yang mampu tersenyum ketika marah. Tak caya? Time korang marah cuba tengok cermin. 

Sumber info : Perkongsian dari Group WhatsApp.

10 July 2020

Alhamdullilah, lahirnya baby 7 Julai.

Syukurlah, dah 4 hari cikla bersalin. Semuanya berlaku begitu pantas, sebab tak sangka pun akan bersalin seawal ni. Asalnya kena serah diri 10 hb kalau tak bersalin jugak. 

Dan, plan nak bersalin pulak dekat hospital Putrajaya. Last last, dekat hospital Banting jugak budak kecik ni keluar. Nak jadi orang Banting jugak dia. Haha. 

Kronologi, cehh kronologi.

Kisah nak bersalin si kecik ni agak menarik jugak. Pagi 6hb tu, memang dah start keluar tanda darah sikit. Tapi takde rasa sakit. 

Kaget jugaklah, sebab manalah tau tu kalau tanda nak bersalin, nanti takdan plak nak pergi hospital Putrajaya. Pagi tu, mintak jugaklah dekat suami hantar ke hospital. 

Cikla sampai, masuk dalam apa lagi kena check la. Doktor check jugaklah laluan. Katanya, masih jauh lagi, kepala baby pun atas lagi. Pastu cikla disuruh balik. Dengan akur cikla balik. Hampa, cewaahh. 

Balik rumah, macam biasalah biat kerja dan settlekan apa yang patut sebelum bersalin, tup tup malam pukul 8 lebih dekat pukul 9, keluar tanda lagi banyak dari yang siang. Kali ni lendir dengan darah. 

Apa lagi, dupp dapp jugaklah hati ni. Pastu, ada rasa kontraksi manja. Kebetulan, encik suami ada dekat rumah, terus ajak dia pergi hopsital. Time tu siap hujan lagi. Apa nak buat, redah ajelah.

Alhamdullilah, lahirnya baby 7 Julai.
Alhamdullilah, lahirnya baby 7 Julai. Gambar kredit Google.

Kali ni cikla mintak hantar ke hospital Banting je. Lagipun, cikla dah tanya nurse yang di Putrajaya, in case tetiba sakit boleh je pergi ke hospital terdekat. 

Tapi, dekat hospital Banting, memang macam-macamlah doktor tanya. Lagi-lagi bila tengok buku pink ada label sticker kuning. Berisiko kan. 

Masuk bilik pemeriksaan, doktor check baru bukak 1 cm. Dan, doktor macam nak suruh balik dulu dari gaya bahasa pertanyaanlah. Cikla agakla. 

Lepas tu, nak dijadikan cerita bacaan CTG baby yang check jantung tu tak berapa cun. Terus doktor suruh admit. Masuk LR terus kauuu. Tukar baju semua, jantung baby terus dipantau. Time tu belum rasa sakit lagi. Sempat jugaklah sleep sleep ciken time tu. Huhu. 

Doktor masuk check, bukanan baru 2 ke 3 cm. Adalah dua tiga kali check laluan kot, mujur ada progress la. Pembukaan bertambahlah. Takdelah takat tu je. Risau jugaklah, kalau slow atau tak bukak, emergency czerlah jawabnya. Seramm weh bila dengar operate tu. 

Tengah malam tu kalau tak salah, doktor pecahkan air ketuban. Dah pecah ketuban tu, rasa sakit mula datang, tapi masih tak kuat. Boleh tahan lagi. Sakit mula kuat bila ubat mula dimasukkan. 

Last doktor check laluan, dah 6 cm. Sakit kontraksi dia, perghhh sakit ooo. Dasat gila, tak tau nak cakap. Misi kasi up ubat, terus rasa nak meneran. Apa lagi, 3 kali push kot, kuarlah baby. Pukul 3.44 pagi, 7hb 7 2020. Alhamdullilah. Nak jugak dia keluar pukul 7 hb kan. Haha. 

Walau apapun, memang legalah sebab dah selamat semuanya. Baby dengan ibu dia pun alhamdullilah sihat jugak. Dan harap harap, baby pun takdelah masalah tiroid macam ibu dia. 

Aamin. 

6 July 2020

Hidayah itu mahal dan berharga?

Hidayah itu mahal dan berharga, sebab tu sangat beruntung orang yang mendapat hidayah. Dia merasakan kebahagiaan dunia dan akhirat, kebahagiaan hati, ketenteraman jiwa dan ketenangan yang sejati. 

Namun, hidayah itu bukanlah ditunggu. Menunggu waktu tua dulu. Menunggu berjaya dunia dulu. Menunggu anak-anak dewasa dan boleh berdikari dulu. Tapi, hidayah itu kenalah dijemput dengan segera sebab taubat tak menunggu ajal tiba. 

Umpama kata pepatah, bukan lambat asal selamat. Tapi cepat supaya selamat di akhirat kelak. Oleh itu, mereka yang bersungguh-sungguhlah yang akan mendapatkan hidayah.

Hidayah itu mahal dan berharga?
Hidayah itu mahal dan berharga?

Allah berfirman yang bermaksud : 

“Orang-orang yang bersungguh-sungguh (berjuang) di jalan Kami, sungguh akan Kami berikan petunjuk (hidayah) kepada mereka untuk istiqamah di jalan Kami. (QS. Al-Ankabut: 69).

Ibnul Qayyim menjelaskan ayat di atas, beliau berkata: 

“Allah menggantungkan/mengkaitkan hidayah dengan perjuangan/jihad. Manusia yang paling sempurna hidayahnya adalah yang paling besar jihadnya. Jihad yang paling utama yaitu jihad mendidik jiwa, jihad melawan hawa nafsu, jihad melawan setan dan jihad melawan fitnah dunia.” [Al-Fawaid, halaman : 59]

Bagaimana cara menjemput hidayah.
  • Perbaiki cara solatmu.
  • Baca Al-Quran.
  • Infaknya sebahagian dari hartamu.
  • Bersedekahlah secara sembunyi-sembunyi. 
  • Sentiasa berdoa memohon hidayah kepada Allah.

Semoga kita semua mendapatkan hidayah dari Allah. Selamat pagi sahabat yang disayangi Allah selalu. 

Kredit : Pengolahan Perkongsian dari WhatsApp. 

5 July 2020

Nak pakai kanta lekap ada pantang larangnya?

Dulu cikla pernah berkanta lekap. Masa dulu belajar lagi dekat UKM. Asal mula pakai kanta lekap ni sebab spek cikla patah, and 'kawan lelaki' cikla masa tu (sekarang dah jadi suami pun) tak suka perempuan pakai spek. 

Ni kekonon nak memenuhi permintaan buah hatilah ni. Since tu, cikla mula pakai kanta lekap. Cumanya kalau malam bukaklah, tukar pakai dengan spek. 

Tapi tu dululah. Sekarang cikla lebih selesa berkaca mata. Mungkin faktor usia jugak dan faktor-faktor lain. Anak dah ramai wehh, mana dan nak berkanta lekap bagai. Tak kuasa mak. Hahah. Pakai spek senang. 

Memang tak dinafikan ada orang memakai kanta lekap just untuk bergaya, menambah cantikkan penampilan diri dan sebagai aksesori jugak. 

Lagi-lagi kalau jenis kanta lekap yang berwarna macam-macam tu. Tapi, cikla dulu pakai sebab cikla rabun jugak, selain dari sebab-sebab yang cikla tulis kat atas tu.  

Kanta lekap ni sebenarnya nampak macam senang nak jaga, tapi susah tau. Lagi-lagi melibatkan kebersihan kanta lekap tu sendiri. Susah ooo. 

Silap-silap salah cara, mata boleh kena efection, merah, gatal, mata bengkak dan macam-macamlah. Senang lagi senang pakai spek tau. 

Nak pakai kanta lekap ada pantang larangnya?
Nak pakai kanta lekap ada pantang larangnya? Gambar dari carian Google.

So, sebab itulah sebelum korang decide nak ‘bergaya’ dengan kanta lekap, eloklah kiranya korang ambil tahu beberapa perkara penting supaya ia selamat dipakai kelak. Jom buat checklist!

- Pastikan kanta lekap tu sesuai dengan mata korang, jangan tengok cantik je tau. Lagipun bukan semua kanta lekap ngam dengan mata korang tu, sebab setiap orang mempunyai lekungan bebola mata yang lain-lain. 

Korang kena tau, tetap akan ada risiko jangkitan pada mata korang walaupun kanta lekap tu korang pakai dekat permukaan anak mata je. Tak mustahil ye! 

Walaupun kanta lekap berwarna dengan tak berwarna sama fungsi dia, tapi korang tetap kena make sure keserasian kanta lekap ni dekat mata korang. 

So, kenalah mintak pendapat mereka yang pakar ye masa nak pilih kanta lekap tu nanti. Begitu juga dengan tempoh penggunaan kant lekap. 

Ada yang boleh diguna sehari je (jenis pakai buang), dipakai seminggu dan bulanan. So, kena alert benda ni. 

- Pilih kanta lekap yang berdaftar dengan syarikat yang sah. Kalau boleh jangan beli yang brand kita tak pernah dengar pun, kekonon nak try la tu. Lagi satu, jenis yang harga dia murah sangat. Paling bagus beli dekat kedai yang sah.

- Alert jugak tempoh korang guna kanta lekap tu sehari. Korang digalakkan memakai kanta lekap kira-kira 8 hingga 10 jam je sehari, dan ini depend pada individu jugak. 

Elak memakai kanta lekap secara berterusan, sebab ini akan ‘membahayakan’ mata korang. Oh ye, lagi satu kalau korang nak tau, sebaik saja bekas kanta lekap tu dibuka, kitaran hingga tarikh luput tu start dikira. 

Contoh, kanta lekap yang mempunyai ‘jangka hayat’ sebulan bukan bermakna dia boleh digunakan selama 30 hari tua. 

Katakanlah korang tak pakai pun kanta lekap tu selama cukup-cukup sebulan pun, kalau dah cukup tempoh tarikh luputnya, kanta lekap tu patut dibuang. Jangan pakai lagi!

Apa yang BOLEH dilakukan bila korang menggunakan kanta lekap?

- Bekas mengisi kanta lekap tu perlu dibasuh setiap minggu dan ianya perlu digantikan setiap 3 bulan sekali. Jangan setahun sekali pulak baru menggantinya. 

- Kalau ada habuk atau bendaasing masuk dalam mata korang semasa korng menggunakan kanta lekap, tanggalkan dulu kanta lekap tu, lepas tu baru gunakan pencuci multipurpose untuk membersihkan kanta tersebut. 

- Pergilah berjumpa pakar optometri setiap enam bulan sekali untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang perlu.

- Masa korang basuh kanta lekap tu, pastikan korang menyapu perlahan kanta lekap tersebut walaupun korang menggunakan pencuci yang tak perlu untuk membersihkan permukaannya. 

Nak pakai kanta lekap ada pantang larangnya?
Nak pakai kanta lekap ada pantang larangnya? Gambar dari carian Google 

Apa yang korang TAK BOLEH buat kalau menggunakan kanta lekap?

- Terlalu berjimat cermat bila menggunakan pencuci multipurpose. Maksudnya, masa korang guna pencuci tu alahai sikit benor. Bukan pe, nanti tak cukup nak bersihkan kanta lekap tu. Ehh, korang faham tak maksud cikla ni?

- Berenang sambil memakai kanta lekap.

- Simpan bekas kanta lekap dalam bilik air sebab meningkatkan risiko pencemaran.

- Berbarbekue masa memakai kanta lekap sebab ia dikhuatiri boleh cair akibat kepanasan.

Tip nak basuh dan simpan kanta lekap.

- Sebelum memegang kanta lekap, pastikan korang basuh dulu tangan korang dengan menggunakan sabun bebas wangi dan keringkan dengan kain yang bersih. 

- Ambil kanta lekap, then letak pada tengah tapak tangan korang, dan gosok dengan lembut pada kedua-dua belah kanta lekap kira-kira 20 minit dengan pencuci yang sesuai.

- Lepas tu, baru bilas kedua-dua belah kanta lekap tu lagi sekali dengan menggunakan pencuci multipurpose untuk make sure yang kanta betul-betul bersih. 

- Last, baru letakkan kanta lekap dalam bekasnya dan penuhkan bekas tu dengan pencuci multipurpose. Jangan guna air biasa tau. 

Moga bermanfaat!

Ujian tanda kita insan istimewa di mata Allah.

Kita diuji sebab kita ‘special’. Allah sentiasa akan memberi jalan keluar. Walau sesukar manapun keadaan kita, akan ada tangan-tangan yang membantu, akan ada orang-orang yang menjadikan kita kuat. 

Walau kita merasa jauh dariNya, tetaplah meminta pertolongan dariNya. Walau kita sentiasa melupakanNya, tetaplah merayu kepadaNya. 

Sebab Allah Maha Baik. Tak kan pernah menolak permintaan hambaNya yang meminta dengan khusyuk dan merendah diri.

Ujian tanda kita insan istimewa di mata Allah.
Ujian tanda kita insan istimewa di mata Allah. 

Ujian Allah hanya untuk menguji, iman dan sabar kita. Tiba masa yang ditetapkan, Allah jua yang memberi jalannya. Ujian Allah mematangkan kita,menguatkan kita, menghapus kesalahan kita, dan mengangkat darjat kita. 

Dengan ujianNya, Allah memuliakan kita. Daripada insan biasa, kita menjadi permata yang berkilauan antara berjuta. 

Pernahkah kita terfikir, kenapa kita yang dipilihNya? Sebab, Allah tengok kita, special berbanding hambaNya yang lain.

Subhanallah. Alhamdullilah. Allahuakhbar. Selamat pagi sahabat yang membahagiakan.

4 July 2020

Anak sakit tekak? Meh cuba ni nak bagi lega.

Jangan ingat orang dewasa je kena sakit tekak, kanak-kanak pun boleh alamai juga tau. Kalau korang nak tau, bila anak-anak ni diserang sakit tekak, diaorang ni ada yang suka pada makanan yang suam dan ada pulak yang suka pada makanan yang sejuk.

Anak sakit tekak? Meh cuba ni nak bagi lega.
Anak sakit tekak? Meh cuba ni nak bagi lega. Gambar kredit Google.

Kalau anak lebih memilih makanan yang suam, bagi mereka makan, sup dengan roti putih dan minuman coklat suam atau jus epal suam. Tapi, kalau anak request makanan yang sejuk, beri mereka makanan seperti dadih, aiskrim, milk shake atau jus buah-buahan. Sesekali anak request nak makan kan, layankan ajelah. Hihi.

3 July 2020

Tip mudah dapatkan mata yang sihat dan segar.

Memang tak dinafikan, mata juga turut mempengaruhi keserian wajah seseorang itu. Mungkin korang suka menyembunyikan 'panda eyes' korang tu dengan menggunakan trik mekap, tapi ia tetap tak akan boleh menyembunyikan riak mata korang yang letih. So, apa kata korang try cara mudah ni. Jom baca!

Tip mudah dapatkan mata yang sihat dan segar.
Tip mudah dapatkan mata yang sihat dan segar. Gambar kredit Google.

Dapatkan tidur dan rehat yang cukup. 

Korang tau tak, kalau korang tak mendapat tidur dan rehat yang secukupnya, mata korang akan nampak kemerah-merahan sebab salur darah yang membawa lebih banyak oksigen ke kornea mata atau tisu yang meliputi mata akan jadi merah. 

So, untuk mengelakkan ni berlaku, korang mestilah mendapatkan tidur yang cukup at least 6 hingga 8 jam sehari. Ia jugak penting untuk mengelakkan tompok hitam atau 'panda eyes' dekat bawah mata korang. 

Letak timun pada kedua-dua kelopak mata.

Rasanya cara ni popular kot. Cara ni akan membuatkan mata korang jadi sejuk dan ia dikatakan mampu merehatkan urat saraf mata. 

Kandungan asid askorbik dalam timun dipercayai mampu mengurangkan retensi air pada mata yang mana ia menjadi punca kebengkakan dan cengkung pada area situ. So, mata akan nampak lebih fresh dan sihat. 

Guna belakang sudu.

Baca macam lawak je kan. Apa kaitan belakang sudu dengan mata yang fresh. Haha. Tapi, tahukah korang perempuan Korea buat cara ni untuk menghilangkan keletihan mata seterusnya buat mata lebih fresh

Sebelum letak belakang sudu tu kat mata, letak dulu sudu tu dalam peti sejuk beberapa minit. Lepas tu baru tekap belakang sudu tu pada mata. Memang fresh sejuk gila wehhh.

Ambil vitamin untuk mata.

Pada korang yang suka ambil supplement, bolehlah kalau nak ambil vitamin extra untuk mata korang tu. 

Paling tak pun, just amalkan pemakanan yang sihat dan kaya dengan asid lemak omega-3, lutein, vitamin C dan E seperti bayam, salmon, tuna, kekacang, telur, oren, aprikot dan buah-buahan sitrus. 

Letak uncang teh pada mata.

Kalau cara yang ni pun agak popular kan. Sebelum letak kat mata tu, simpan uncang teh dalam peti sejuk dulu. 

Ia bagus untuk menyegarkan mata sebab teh mengandungi kafein dan tannin yang dapat membantu mengecutkan saluran darah sekaligus menggalakkan air bertakung disingkirkan dari kawasan sekitar mata. 

Selalu tengok pemandangan yang hijau, saujana mata memandang.

Memang tak dinafikan ada fakta mengatakan yang melihat pemandangan hijau akan meningkatkan kesensitivitian mata, tapi kebanyakan mereka yang melakukan cara ni membuktikan ia buat mata mereka lebih relaks dan fresh

Tip mudah dapatkan mata yang sihat dan segar.
Tip mudah dapatkan mata yang sihat dan segar. Gambar kredit Google.


Semoga bermanfaat.

Belajar online tak berkesan? Ye ke?

Jujur, cikla terpaksa setuju dengan statement ni. Bukti? Dari pemerhatian cikla, cikla tengok anak-anak cikla sendiri belajar cara ni memang macam susah nak faham, lagi-lagi masa nak selesaikan latihan yang cikgu suruh buat. 

Ada budak, cepat faham melalui pembacaan dari buku dan nota, tapi ada sesetengahnya kena diterangkan baru faham. So, mak-mak pulak yang nak bantu dan nak ajar anak ni, terpaksa fahamkan dulu, supaya dapat explain kat anak pulak. 

Makanya, marilah kita pening secara berjemaah bersama anak-anak ye. Haha. 

Belajar online tak berkesan? Ye ke?
Belajar online tak berkesan? Ye ke? Gambar diubahsuai dari carian Google.

Lagipun, cara home based learning macam ni kan benda baru untuk cikgu, murid dan mk bapak jugak. 

Bukan senang nak sesuaikan dan bagi biasa benda-benda macam ni kan. Semua kena amik masa. Pendapat cikla, belajar online ni ada berapa kelemahan : 

  • Murid sukar memahami apa yang diajar pada mereka. 
  • Murid susah nak ajukan pertanyaan kalau meeka tak faham.
  • Cabaran kepada mak ayah yang anak ramai yang hanya ada 1 handphone. Terpaksa bergilir-gilir. Lagi satu masalah data. Bukan semua murid datang dari golongan berada yang Ada handphone kan. 
  • Bukan semua murid buat kerja yang diberikan. 
  • Murid mungkin kurang memberi tumpuan Dan sambil lewa terhadap apa yang diajar. 
  • Cabaran kepada mak ayah jugak nak ajar anak. Paham-paham ajelah banyak benda dah lupa. Pelajaran sekarang lagi advance kot dari kami dulu. 

Tapi ni pendapat cikla tau. Mungkin korang Ada pendapat korang yang tersendiri. Lagipun cikla tengok ni semua berdasarkan dari anak-anak cikla sendiri. Namun, apa yang pasti setiap perkara mesti ada pro and contra kan. 

Belajar online tak berkesan? Ye ke?
Belajar online tak berkesan? Ye ke? 

So, cikla bersetuju dengan keputusan kementerian membuka kembali sesi persekolahan bermula 15 Julai nanti. 

Walau bagaiamapun, apa yang penting langkah berjaga-jaga dan SOP kenalah diberi perhatian khusus demi kesihatan dan kesejahteraan anak-anak kita. Ajar dan biasakan mereka dengan norma kehidupan yang baru. 

Moga dipermudahkan urusan kita semua ya. Aamin. 

Anak mengalami cirit-birit? Apa nak buat?

Budak-budak kalau kena cirit birit memang kesian. Kita yang dewasa pun rasa azab sangat bila kena, inikan pulak Budak-budak kan. Terpaksa berulang alik ke jamban entah berapa kali, itu belum lagi pedih sedih nak tahan sakit. Adehlah. Memang sadis weh Orang yang kena cirit birit ni selalunya akan mengalami kehilangan banyak cecair dalam badan. So, air yang hilang tu semua mestilah diganti. Kalau tak, badan akan dehidrasi. Lagi bahaya.

Anak mengalami cirit-birit? Apa nak buat?
Anak mengalami cirit-birit? Apa nak buat? Gambar kredit Google.

Kalau anak membuang air besar lebih dari sekali dalam tempoh tiga jam, bagi anak minum larutan Garam Rehidrasi Oral atau ORS untuk replace balik cecair dan garam yang dah hilang dari badan dia. Sebaiknya, bagi anak minum 1/2 hingga 1 cawan larutan ORS setiap jam dalam tempoh 24 jam sampai cirit-biritnya reda.

Bila anak dah ok dan pulih, bagi anak makan makanan yang berkhasiat, tapi korang kena ingat elak dari memberi anak minum susu, jus epal dan makanan yang tinggi kandungan gula dan garam untuk tempoh sehari dua. 

Moga bermanfaat!

Morning wish : Kita mudah lupa?

Kenapa kita mudah lupa?

Ketika kita ingin hidup kaya, kita lupa yang hidup adalah kekayaan. Ketika kita takut memberi, kita lupa apa semua kita miliki adalah pemberian. Ketika kita nak jadi yang terkuat, kita lupa yang dalam kelemahan, Allah beri kita kekuatan. Ketika kita takut rugi, kita lupa yang  hidup kita ini adalah sebuah keuntungan.

Hidup ini sangatlah indah kalau kita mensyukuri apa yang kita ada. Kadang-kadang, yang terindah itu bukanlah yang terbaik dan yang sempurna tak semestinya menjanjikan kebahagiaan. Tapi, kalau kita mampu dan mahu terima semua kelebihan dan kekurangan, itulah erti bahagia yang sebenarnya. 

Selamat pagi kalian. Semoga dipermudahkan urusan kita semua hari ni. 

2 July 2020

First Giveaway By Nufaa.

Lama rasanya tak join giveaway ke segmen ke. So, Kebetulan jalan-jalan dekat blog kawan-kawan ternampak giveaway ni. Kita support lah kawan-kawan kan. Syarat pun senang je. Korang yang belum join, jom join sama. Kasi meriah sikit. Hihi. Nak join, klik link dekat bawah banner comel tu. 


First Giveaway By Nufaa.
First Giveaway By Nufaa. 

Selamat bersegmen semua. 

Info penting yang korang kena tau kalau nak buat pemeriksaan ultrasound.

Apa dia ultrasound sebenarnya ye? Pengalaman cikla buat ultrasound adalah masa mengandung dan sebelum operation total buang kelenjar tiroid lebih kurang 3 tahun lepas. Kalau ultrasound masa mengandung tu memang banyak kali laa. Maklumlah, dah 5 kali mengandung kan. So, ultrasound tu apa mendanya? 

Kalau korang nak tau, ultrsound adalah pemeriksaan radiologi yang menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan ime-imej organ dalaman. Pemeriksaan ultrasound ni dilakukan sebab untuk menghasilkan pengimejan secara terperinci ke atas organ dalaman untuk tujuan pendiagnosan yang tepat. Haa, macam mana pulak pemeriksaan ultrasound ni dilakukan? 

Mudah je ye kawan-kawan. Penggunaan gel ultrasound akan digunakan ke atas badan pesakit untuk membenarkan gelombang bunyi dihantar ke dalam badan melalui transducer ultrasound. Gelombang bunyi yang dihantar ke dalam badan akan dipantul kembali ke transducer dan imej ultrasound akan terhasil. Korang jangan risau, pemeriksaan ultrasound ni tak menggunakan sinaran radiasi.

Info penting yang korang kena tau kalau nak buat pemeriksaan ultrasound.
Info penting yang korang kena tau kalau nak buat pemeriksaan ultrasound. Gambar kredit Google.

Pesakit yang akan melakukan pemeriksaan ultrasound ni kena berpuasa ke?

  1. Pemeriksaan di bahagian leher/otot/anggota atas dan bawah - Pesakit TAK PERLU berpuasa. 
  2. Pemeriksaan di bahagian abdomen iaitu bahagian perut, hati, pundi hempedu dan limpa - Pesakit PERLU berpuasa.  
  3. Pemeriksaan buah pinggang dan pelvis iaitu pundi kencing, ovari dan uterus - Pesakit TAK PERLU berpuasa, tapi dikehendaki minum sebanyak 2-3 gelas air kosong sebelum melakukan pemeriksaan. Ini adalah untuk memastikan pundi kencing dalam keadaan penuh, bertujuan untuk mendapatkan hasil diagnosis yang lebih tepat. 

Moga bermanfaat.


Apakah tanda dan gelaja Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)?

Korang pernah dengar tak mengenai penyakit yang satu ni? Gastroesophageal Reflux Disease (GERD). Orang selalu panggil gastrik. Tapi, apa sebenarnya penyakit ni ye? GERD, juga dikenali sebagai asid refluks adalah keadaan di mana asid di dalam perut mengalami refluks dan naik semula ke dalam saluran esofagus.  

Apakah tanda dan gelaja Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)?
Apakah tanda dan gelaja Gastroesophageal Reflux Disease (GERD)? Gambar kredit Google. 


Antara tanda atau gejala GERD adalah seperti berikut :

  • Pedih ulu hati.
  • Selalu sedawa dan buang angin.
  • Muntah-muntah.
  • Susah nak menelan.
  • Sebu perut walaupun belum makan.
  • Batuk yang berpanjangan.
  • Sakit dada.
  • Sesak nafas yang kronik.

Makanan yang boleh menjadi trigger berlakunya GERD: kopi, tomato, air berkarbonat, bawang, jus atau air yang masam, makanan bergoreng, makanan pedas dan peppermintTapi, tahukah korang yang baby pun boleh kena GERD ni. Antara simptomnya adalah baby menangis secara berterusan, baby nampak tak selesa dan asyik merengek, kurang menyusu, asyik batuk.

Please take a noted ya!

Kredit : Sahabat Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

5 cara nak menggembirakan hari-hari korang.

Cikla percaya semua orang bila bangun pagi je mesti nak rasa fresh dan happy tanpa memikirkan hal atau masalah yang berlaku sebelumnya. Tak naklah nanti bangun bangun dah fikir masalah. So, meh cikla nak share 5 cara to enjoy your day. Haa gitu. Hihi.

5 cara nak menggembirakan hari-hari korang.
5 cara nak menggembirakan hari-hari korang. Gambar kredit Google.


  • Bila bangun pagi tu mulai dengan syukur kerana Allah masih memberi kita kesempatan dan peluang untuk menikmati nikmatNya. Alhamdullilah.
  • Mulai hari dengan minda yang positif dan optimis. Jangan lupa senyum!
  • Suka dan seronok dengan setiap perkerjaan yang korang buat pada hari itu. Jangan buat sebab terpaksa.
  • Terus berusaha mengembangkan potensi diri.
  • Berusaha mencapai kejayaan. 

Let's enjoyyyy!

1 July 2020

Bacaan Hb tertinggi di kala kandungan Cikla dah 38 minggu.

Lama kot cikla tak share mengenai kandungan kelima cikla ni kan. So, kebetulan siang tadi ni cikla ada checkup 38 minggu dekat klinik kesihatan, cikla nak share sikit cerita yang 'berlaku' rini. 

Agak terkejut jugak sebab bacaan Hb cikla adalah yang tertinggi sejak dari awal trimester sampailah dah dekat nak bersalin ni.

Nurse tanya jugak makan apa. Cikla bagitau makan macam biasa je. Tengah hari tadi cikla makan nasi separuh, dengan lauk ikan asam pedas dengan sayur lemak je. Tapi, minggu ni memang cikla banyak makan anggur. Ke itu salah satu penyebabnya? 

Hurmm by the way, korang tau tak Hb tu apa? Dan kenapa bacaan Hb ni sangat penting untuk ibu yang mengandung? Hb adalah singkatan kepada perkataan hemoglobin. 

Apa pulak hemoglobin tu? Hemoglobin adalah molekul protein dalam sel darah merah yang bergbung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut oleh sistem peredaran darah ke tisu-tidu badan korang. 

Untuk pengetahuan korang jugak, aras hemoglobin normal adalah bergantung kepada usia, awal remaja dan jantina seseorang.

Namun, untuk ibu mengandung aras hemoglobin mestilah di antara 10 hingga 15 gram/dL. Macam cikla, sepanjang tempoh kehamilan yang ni, bacaan Hb memang cantik jek, dalam range 11 ke 14 gitu. 

Bacaan Hb tertinggi di kala kandungan Cikla dah 38 minggu.
Bacaan Hb tertinggi di kala kandungan Cikla dah 38 minggu. Gambar kredit Google. 

So, ibu yang mengalami masalah Hb rendah atau anemia ni dikhuatiri akan memberi kesan kepada baby dan diri ibu tu sendiri. Antara kesan Hb rendah adalah: 

- Baby lemas sebab kurang oksigen.
- Baby tak membesar dengan baik.
- Kelahiran baby pramatang. 
- Baby mengalami masalah kecacatan tulang belakang atau spinal bifida dan otak (contoh down sindrom).

Macam mana nak pulak nak naikkan bacaan Hb tu?

Bacaan Hb tertinggi di kala kandungan Cikla dah 38 minggu.
Bacaan Hb tertinggi di kala kandungan Cikla dah 38 minggu. Gambar kredit Google.

Selain dari bekalan pil obimin yang korang kena patuh dan taat mengambilnya, korang boleh topup dengan makanan tinggi zat besi, seperti : 

- Sayur-sayuran hijau gelap seperti bayam, sawi, brokoli, bendi, kacang pis.
- Ubi bit, capsicum, asparagus, bunga kubis dan kentang.
- Buah-buahan seperti pisang, anggur, avocado, betik, delima dan epal.
- Bijirin seperti beras perang, quinoa, oat atau roti.
- Coklat gelap dan serbuk koko.
- Kekacang dan lentil seperti kacang merah, soya, badam, kacang tanah, biji labu, dan kacang hijau.
- Ambil sumber makanan daripada haiwan daging merah, ayam kampung, kuning telur kampung, makanan laut seperti ikan.
- Daging merah dan organ dalaman tapi elak dari mengambil secara berlebihan. 
- Buah-buahan kering seperti aprikot, buah tin, kurma dan prun. 

Semoga dipermudahkan urusan korang ye. Korang memang ibu yang kuat. Yeahhh.

Info : SINI