Tips keselamatan kesan radiasi rawatan radioiodin (RAI).

By Cikla Shahril - July 20, 2017

Mungkin sebelum ni sudah berkali-kali cikla share pasal benda ni, dan cikla tak akan jemu untuk share banyak-banyak info pasal ni sebab bagi cikla perkara ni penting. Hal yang melibatkan radiasi walaupun pada dasarnya ia tak merbahaya, tapi langkah-langkah keselamatan perlu diambil kira jugak. 

Lagipun, mungkin info ni berguna kepada orang yang senasib macam cikla terutama yang pertama kali menjalani rawatan ini. 

Sekurang-kurangnya, mereka akan dapat sedikit sebanyak gambaran mengenai rawatan dan langkah keselamatan yang berkaitan dengannya.

Tips keselamatan kesan radiasi rawatan radioiodin (RAI).
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Untuk pengetahuan korang, radioiodin (RAI) adalah sejenis ubat untuk merawat penyakit tiroid. Radioiodin ini adalah dalam bentuk cecair, tiada warna dan tiada bau. Tapi, ada sesetengah pesakit menerima radioiodin ni dalam bentuk kapsul. 

Kalau cikla hari tu, cikla minum. Cikla rasa minum lagi ok kot, terus telan je. Kalau kapsul, dah macam susah pulak nak telan pil kan. Hihi. Selain itu, rawatan ini hanya ada di Jabatan Perubatan Nuklear sahaja. 

Setahu cikla, hanya beberapa hospital kat Malaysia ni yang memberi rawatan radioiodin ni termasuklah Hospital Besar Kuala Lumpur dan Institut Kanser Negara di Putrajaya.

Tips keselamatan kesan radiasi rawatan radioiodin (RAI).
Tips keselamatan kesan radiasi rawatan radioiodin (RAI). - Ubat radioiodin (iodin-131).

Kalau korang nak tau, di wad radioiodin yang digunakan adalah iodin-131 yang mana ia mempunyai separuh hayat selama 8 hari. 

Selepas 8 hari, kesan radioaktiviti iodin-131 akan berkurangan setengah daripada akitiviti asalnya. Rasanya kalau budak kimia taulah pasal ni. Cikla pun ada jugak belajar pasal ni dulu, tapi dah lupa. Hahaha. 

Secara amnya, radioaktiviti yang akan diberikan kepada pesakit tak sama sebab ia bergantung kepada indikasi rawatan pesakit itu sendiri. Senang cakap, lain orang lain dosnya. 

Ada beberapa saranan yang perlu pesakit ikut sebaik sahaja selepas minum radioiodin ni, iaitu;

  1. Pesakit hanya boleh makan dan minum macam biasa selepas sejam minum radioiodin ni.
  2. Selepas mengambil radioiodin, pesakit sangat digalakkan membuat urutan di kawasan rahang leher untuk menggalakkan rembesan air liur. 
  3. Pesakit perlu mengambil diet rendah iodin. 
  4. Pesakit mesti minum air kosong dengan banyak dan digalakkan jugak mengambil minuman masam seperti jus oren, jus mangga atau makan gula-gula.
  5. Pesakit digalakkan memperbanyakkan aktiviti mengunyah.
  6. Gunakan 'metal bin' untuk membuang sisa makanan dan gunakan tong sampah untuk membuang sisa normal yang kering. Contohnya, tisu dan bungkusan plastik.

Semasa menggunakan tandas pulak, ada beberapa saranan yang perlu diambil kira, iaitu;

  1. Pesakit perlu menggunakan selipar yang disediakan di dalam tandas sahaja.
  2. Flush tandas 2-3 kali setiap kali selepas digunakan. 
  3. Kalau meludah di sinki, gunakan air panas untuk membersihkan sisa. Sebaiknya korang meludah di dalam lubang tandas, lepas tu jangan lupa flush 2-3 kali jugak. Macam tu jugak kalau korang nak muntah, muntah di mangkuk tandas dan jangan lupa flush
  4. Sentiasa membasuh tangan setiap kali selepas menggunakan tandas.
  5. Tapi, korang kena ingat JANGAN mencangkung di atas mangkuk tandas.

Selain itu, ada beberapa saranan yang perlu dipatuhi semasa menjalani tempoh kuarantin di wad. Untuk pengetahuan korang, selepas kita minum radioiodin, ini bermakna di dalam badan kita ada terkandung bahan radioaktif. So, permonitoran radiasi adalah penting. Ada beberapa saranan, iaitu;

Tips keselamatan kesan radiasi rawatan radioiodin (RAI).
Tips keselamatan kesan radiasi rawatan radioiodin (RAI).

  1. Pesakit perlu baring di tengah katil apabila diminta untuk berbuat demikian.
  2. Letakkan gagang telefon dengan kemas.
  3. Lakukan aktiviti regangan atau senaman ringan semasa menjalani tempoh rawatan di dalam bilik.
  4. Pesakit tak dibenarkan keluar dari kawasan 'air-lock'.
  5. Pesakit digalakkan kerap mandi dan basuh tangan. 

Untuk pakaian yang perlu di pakai semasa dalam wad pulak adalah seperti berikut;

  1. Pesakit mesti menggunakan pakaian yang disediakan di wad, sebab pesakit dilarang menggunakan pakaian dari rumah.
  2. Kalau pesakit muntah di lantai bilik, pesakit perlu membersihkan sisa muntah dengan segera menggunakan tisu tandas sampai bersih. Kemudian, masukkan sisa muntah dan tisu berkenaan di dalam plastik kuning yang disediakan. Kalau takde plastik kuning tu, mintak je dengan nurse. Kalau muntah terkena pada pakaian, bersihkan segera sisa muntah di dalam tandas dan asingkan pakaian yang terkena sisa muntah itu.
  3. Sebelum pesakit dicaj, masukkan pakaian, cadar dan sarung bantal yang telah digunakan di dalam bakul linen yang disediakan .
  4. Pesakit digalakkan menukar pakaian baru setiap kali selepas mandi.

Selain itu, kalau pesakit wanita sedang period semasa menjalani rawatan, kena bagitau nurse. Cuci tuala wanita yang telah digunakan bersih-bersih sebelum dibuang ke dalam plastik kuning. 

Selalunya, pesakit akan menjalani tempoh kuarantin selama 5 hari di wad, baki 3 hari di rumah. So, semasa kuarantin di rumah ada beberapa langkah yang perlu pesakit ambil kira. Dari segi pengangkutan semasa pulang ke rumah;

  1. Pesakit dinasihatkan supaya memandu sendirian semasa pulang kalau pesakit datang bersendirian ke hospital.
  2. Kalau pesakit dijemput, pesakit mesti duduk di bahagian belakang sebelah kiri pemandu (jarak paling jauh dari pemandu). 
  3. Pesakit dinasihati memberitahu ahli keluarga supaya masa datang ambil tu tak boleh datang ramai-ramai. Cukuplah seorang je yang datang. 
  4. Kalau pesakit pulang menaikkan kenderaan awam, pastikan pesakit mengambil tempat duduk atau jarak paling jauh daripada penumpang lain. 

Dari segi makanan dan minuman pulak macam mana?

  1. Pesakit boleh mengamalkan diet normal semasa berada di rumah. 
  2. Pesakit disarankan meminum air putih dalam kuantiti yang banyak supaya sisa radioiodin di dalam badan yang masih ada dapat disingkirkan.

Dari segi penggunaan tandas pulak?

  1. Pesakit digalakkan menggunakan bilik air atau tandas berasingan, itupun kalau ada. Kalau takde, lepas guna tandas pesakit mesti membersihkan tandas serta menjirus atau mengepam tandas dua atau tiga kali.
  2. Pesakit dilarang membuang air kecil di tempat mandi, dan perlu menggunakan tandas.

Dari segi pakaian pulak?

  1. Pakaian yang telah digunakan mestilah dibasuh secara berasingan daripada pakaian ahli keluarga yang lain.
  2. Cadar, selimut dan sarung bantal jugak dibasuh secara berasingan. 
  3. Akan tetapi, pesakit boleh menggunakan baldi, besen dan mesin basuh yang sama. 

Dari segi pergaulan dan sosial dengan orang lain?

  1. Pesakit tak digalakkan serta elakkan bersentuhan dengan baby, kanak-kanak dan ibu mengandung. 
  2. Jarak selamat untuk berkomunikasi adalah satu meter. 
  3. Pesakit mesti tidur berasingan dan elakkan dari menghadiri majlis atau ke tempat yang ramai orang. 

Langkah keselamatan ni penting supaya orang sihat yang berada berdekatan kita terhindar dari kesan radiasi yang boleh memudaratkan mereka. Orang cakap, mencegah lebih baik dari mengubati kan.

Sumber Jabatan Perubatan Nuklear, Institut Kanser Negara. 

  • Share:

You Might Also Like

11 Comments

  1. Thanks for sharing cikla. Baru tahu. Rumit juga yerp.

    ReplyDelete
  2. Good sharing cik la... semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. It,s ok, kadar jangka hayat Iodin pendek... so ianya cepat hilang... Tapi kena hati-hati juga seperti langkah yang cikLa ckp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Radiasi kita x nmpk kan. Mcm2 pun kena careful juga

      Delete
  4. Sama juga dengan cellmax..ia jga bole merawat kanser serta boleh merawat segala masalah yang dihadapi di dalam bdan kita..klau akak merasakan apa yang sye ckap ini mengarut..akak bole cari dulu maklumat tntang cellmax serta pandangan pengguna cellmax...rmai sdah mencuba dan kesannya amat bagus...akak bole tnya pda sya juga...di sini sya tnggalkan no sye..0145042615.,mohd sharil.trima kasih

    ReplyDelete
  5. Banyak juga pantang larangnya kan...semoga semuanya dipermudahkan =)

    ReplyDelete
  6. semoga semua nya ok..
    sehingga hari ini... bagaimana kesihatan mu CikLa.... ada treatment susulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin.. Terima kasih. Sekarang saya hanya perlu followup doktor untuk pantau darah dan lain2 yg berkaitan. Alhamdulillah RAI dah tak buat lagi dah...

      Delete