12/06/2023

Menariknya bahan utama dalam minyak urut moden MMG. Jom baca.

Just nak share la info terbaik dengan korang semua pasal bahan yang ada dalam MMG ni yang cikla tahu.

Menariknya bahan utama dalam minyak urut moden MMG. Jom baca.
Menariknya bahan utama dalam minyak urut moden MMG. Jom baca. 

Minyak kayu putih ni dia bersifat anti kuman dan anti septik tau. Jadi, bila kita terluka kena ketip dengan serangga ke tak pun luka terbakor yang reringan tu kan, minyak kayu putih memang sangat membantu.

Aloe Vera pulak sifatnya sejuk. So, ia bagus untuk merawat kecederaan ringan contohnya terpercik minyak panas. Selalu kan kalau kena minyak panas masak tu bole naik gelembong gelembong tu kan, tapi lepas dia sapu (of course dia tawakal) alhamdulillah takde naik gelembong tu.

Menthol Crystal dalam MMG membantu membuka rongga pernafasan selain ianya bersifat antiseptik yang dapat menghalang pertumbuhan kuman.

So, korang wajib ada sebotol MMG untuk membantu melegakan masalah yang korang hadapi, seperti resdung, migrain, lengoh dan banyak lagi. 

Klik SINI untuk dapatkan dari ejen sah MMG.

10/06/2023

Jom cuba resepi udang masak bali yang sedap.

Seperti kerang, udang jugak adalah salah satu dari spesis hidupan laut yang boleh dimakan dan mempunyai khasiat yang tersendiri. Ia mengandungi vitamin, mineral protein yang bagus untuk kesihatan termasuk sifatnya yang rendah kalori dan tiada karbohidrat. Pada peminat udang, apa kata korang cuba resepi udang yang mudah ni. 

Jom cuba resepi udang masak bali yang sedap.
Jom cuba resepi udang masak bali yang sedap. 

Bahan :

1 kilo udang (size besar, lumur kunyit, garam dan goreng kejap).
7-8 batang serai (ketuk).
3 labu bawang merah (blend).
5 ulas bawang putih (blend).
Kicap manis/kicap lemak masin.
Cili kisar (agak-agak je).
Gula.
Garam.
Daun kari.

Caranya, panaskan minyak pastu tumis serai dan daun kari sampai layu sikit. Masukkan bawang blend, tumis sampai kekuningan kemudian masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak. Lepas tu, tuang kicap dan tumis lagi, baru masukkan udang yang dah digoreng tadi. Gaul sekata pastu masukkan sedikit garam dan sedikit gula secukup rasa. Last, tabur lagi dengan daun kari. Siap untuk dinikmati. 

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar : Roselyza.

Badan selalu rasa letih? Apa kata try petua ini.

Memang tak dianfikan, bila seharian bekerja mesti badan kita akan rasa lemah dan letih. Jangan orang yang bekerja diluar, kita yang suri rumah pun ada masanya rasa letih sangat badan. Betul tak? 

Korang nak tau tak, ada cara yang kita boleh buat untuk kurangkan keletihan badan. Guna air daun limau purut je. Cara penyediaannya sangat mudah. Ikut je cara kat bawah ni. 

Badan selalu rasa letih? Apa kata try petua ini.
Badan selalu rasa letih? Apa kata try petua ini. 

1. Ambil 10 helai daun limau purut dan hiriskan halus-halus.

2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong kepada 4 bahagian. 

3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam.

4. Ramaskan daun limau purut dan perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya.

5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi.

6. Ratakan ke seluruh badan, terutamanya kepala dan rambut.

7. Air mandian ini akan membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda.

Tahukah korang, daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Daun dan buah limau purut ini juga membantu pembuangan toksin dari badan dengan baik. Limau purut juga bertindak sebagai antibakteria penghalang bau badan.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba. 

Kredit: SuzyHoneyHerbs

06/06/2023

Minyak urut bentuk losyen dan bau wangi? Biar betul ni!

Korang pernah jumpa tak minyak urut berbentuk lotion? Bau wangi? Dan resapan cepat?

Apa? Tak pernah jumpa? Alaaaa sayangnya!

Sebenarnya produk yang macam tu dah lama ada kat pasaran. Jom sini cikla nak bagitau.

Minyak Urut Moden MMG ni salah satu produk yang sangat wangi. Kalau pakai orang tak cakap pakai minyak angin tapi pakai lotion atau perfume tau. MMG ni ada 5 bauan; 

1. Lavender
2. Epal hijau
3. Halia
4. Timun bidara
5. Lavender bidara

Untuk kegunaan MMG ni pulak korang boleh tengok digambar tu. Sangat banyak kelebihan.

Minyak urut bentuk losyen dan bau wangi? Biar betul ni!
Minyak urut bentuk losyen dan bau wangi? Biar betul ni!

InsyaAllah sangat membantu korang. Nak dapatkan macam mana? Haaaa jom tekan link kat SINI. Dan terus oder. 

05/06/2023

Macam mana nak cuci hati yang berkarat?

Kenapa kita tak boleh nak cuci 'hati' kita yang berkarat sedangkan bekas yang hitam pun kita boleh cuci sampai jadi putih dan bersih? 

Macam mana nak cuci hati yang berkarat? Mudah saja ye sahabat. Cucilah dengan selalu beristighfar, berselawat, berzikir, membaca Al-Quran dan mengingati mati.

Macam mana nak cuci hati yang berkarat?
Macam mana nak cuci hati yang berkarat? Kredit image Google. 

Sebagai manusia biasa, kita pasti tak kan lepas dari buat silap. Namun, janganlah diratap dosa semalam sebab pintu taubat untuk kita sentiasa terbuka. Jangan kata Allah tak sayang, Allah tak bagi peluang untuk kita bertaubat sedangkan peluang itu terbuka luas untuk kita. Perbetulkan kesilapan lalu dan moga kita terus istiqomah seterusnya sentiasa berusaha menjadi lebih baik setiap hari. 

InshaAllah.