Resepi roti kering bergula yang rangup!

By June 11, 2025

Roti tak habis jangan laju je korang buang, ada gunanya. Boleh buat roti kering bergula yang rangup! Krupp kraapp kruppp krapp bila digigit.

Resepi roti kering bergula yang rangup!
Resepi roti kering bergula yang rangup! 

Bahan-bahan:

Roti yang hampir tamat tempoh.
Planta atau marjerin.
Gula secukupnya.

Cara-cara:

1. Sapu rata planta atau marjerin pada permukaan roti. Pastikan semua bahagian roti disapu dengan rata.

2. Taburkan gula secara merata di atas roti yang telah disapu marjerin.

3. Potong roti kepada dua bahagian kalau nak.

4. Letakkan roti dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C. Bakar selama 25 hingga 30 minit.

5. Semasa proses membakar, intai roti dari semasa ke semasa untuk memastikan ia tidak hangus. Masa membakar mungkin berbeza mengikut jenis oven yang digunakan.

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar: Saidatul Arnie.

You Might Also Like

1 comments

  1. Ini fav semua orang 😄. Kami sebutnya roti Bagelan. Tp biasanya pakai roti John yg panjang tuh kak. . memang best utk teman minum teh atau kopi pahit

    ReplyDelete