Betul ke aloe vera boleh hilangkan parut dan jerawat? Ini jawapannya!
Ramai yang anggap aloe vera ni macam ‘ubat ajaib’ semula jadi. Boleh rawat sunburn, lembapkan kulit, redakan gatal dan paling popular adalah hilangkan jerawat dan parut! Tapi, betul ke aloe vera ni berkesan untuk masalah jerawat dan parut?
Kalau korang nak tau, aloe vera ni kaya dengan bahan aktif seperti aloin dan enzim anti-radang yang dikatakan power merawat kulit berjerawat. Bila ia disapu pada kulit:
- Ia mengurangkan kemerahan dan bengkak jerawat.
- Membunuh bakteria penyebab jerawat iaitu Propionibacterium Acnes.
- Menenangkan kulit sensitif yang mudah meradang.
- Melembapkan tanpa menyumbat pori-pori (non-comedogenic).
Kalau kulit korang tengah ‘mengamuk’ atau breakout, gel aloe vera segar boleh jadi penyelamat. Cuma sapu nipis waktu malam, biar semalaman, esoknya kulit rasa lebih tenang.
Untuk parut pula, aloe vera tak menjanjikan kesan segera ye, tapi ia dikatakan boleh membantu dalam proses pemulihan sel kulit. Aloe vera dipercayai berfungsi menggalakkan penghasilan kolagen, iaitu protein penting dalam pembentukan tisu baru. So, bila korang menggunakan aloe vera ni secara konsisten:
- Parut jerawat makin pudar.
- Warna kulit lebih sekata.
- Tekstur kulit lebih licin dan lembut.
Kesan paling ketara biasanya dapat dilihat selepas 3–6 minggu penggunaan konsisten. Bukan serta-merta, tapi perlahan-lahan dan selamat.
![]() |
Betul ke aloe vera boleh hilangkan parut dan jerawat? Ini jawapannya! Gambar kredit to Google. |
Cara guna aloe vera untuk jerawat dan parut:
1. Ambil gel aloe vera segar (atau produk asli tanpa bahan tambahan).
2. Cuci muka bersih dan keringkan, kemudian sapu gel pada kawasan berjerawat/parut.
3. Biarkan 20–30 minit atau semalaman. Bilas kalau rasa melekit.
4. Gunakan 2 kali sehari, pagi dan malam.
Untuk kesan lebih baik, boleh campur dengan sedikit madu, serbuk kunyit, atau minyak tea tree.
So, betul ke aloe vera berkesan? Jawapannya, ya. Aloe vera memang boleh membantu mengurangkan jerawat dan memudarkan parut secara semula jadi dan selamat. Tapi kuncinya ialah konsisten dan sabar. Jangan harapkan kesan overnight macam chemical product. Kulit pun ada 'emosi', ye kawan-kawan. Rawatlah dia perlahan-lahan, inshaAllah dia akan balas dengan seri yang sihat dari dalam.
Moga bermanfaat.
0 comments