Kek keju lemon tanpa bakar.

Macam senang. Nanti boleh try.  Bila nak try tu jangan ditanya. Simpan sini dulu. 

Kek keju lemon tanpa bakar.
Kek keju lemon tanpa bakar. 

Bahan;

250 gm mentega.
1 paket biskut marie – dipatahkan dan dikisar hancur.
250 gm cream cheese.
1 1/4 tin susu pekat. (Boleh kurangkan kalau tak suka manis)
2 biji buah lemon – ambil jusnya.
Buah lemon untuk hiasan.

Cara;

1. Mentega dimasukkan dalam kuali dan dicairkan. Kemudian, masukkan biskut yang dikisar tadi dan digaul hingga sebati.

2. Selepas itu, masukkan adunan tersebut ke dalam loyang yang dialas dengan aluminium foil.

3. Padatkan adunan tadi dalam loyang dengan menggunakan gelas yang digolek atas adunan tersebut. Biarkan seketika.

4. Masukkan cream cheese dalam mixer bersama susu pekat serta jus lemon. Kisarkan hingga adunan sebati dan berbentuk cream.

5. Akhir sekali, masukkan adunan tersebut ke dalam adunan biskut dalam loyang tadi.

6. Hiaskan dengan susunan buah lemon atau parutkan kulit lemon dan dihiaskan di atas permukaannya.

7. Ratakan ia dan disimpan dalam peti sejuk 3-4 jam. Hidangkan.

Jom cuba. Hihi. 

Kredirt resepi dan gambar to Owner. Thanks. 

3 comments:

  1. tanpa bakar rasa mcm mudah nak buat tapi tu lah tunggu RAJIN hehe

    ReplyDelete
  2. Saya bisa bayangkan rasanya. Gurih dari cream cheese dan asam segar dari lemon. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘. Nak bikin, tapi hrs beli cream cheese dulu ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (37) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (454) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews