15 October 2023

Tanda kolesterol tinggi dalam darah?

Korang tau, kolesterol ni adalah sejenis lemak yang dikenali sebagai lipid. Kolesterol ni diperlukan oleh badan kita untuk bekerja dengan baik. Badan kita boleh menghasilkan kolesterol, namun ada jugak yang mendapatkannya daripada sumber makanan. Ada 2 jenis kolesterol iaitu, kolesterol ‘baik’ dan ‘buruk’.

Kolestrol baik atau High density lipoproteins (HDL)  menjalankan fungsi mengeluarkan kolesterol dari pembuluh darah dan membawanya kembali ke hati. HDL jugak membantu mencegah pembentukan plak kolesterol dalam pembuluh darah. Macam mana nak tingkatan tahap HDL? Dengan bersukan atau bersenam secara teratur serta mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat. 

Kolesterol buruk atau Low Density Lipoproteins  (LDL) atau kolesterol buruk  pulak mempunyai kecenderungan untuk melekat di dinding arteri. So, ini akan menyebabkan pembentukan bahan tebal dan keras dipanggil plak kolesterol.  Menurunkan paras kolesterol LDL akan mengurangkan risiko daripada penyakit jantung.

Apakah tanda kolesterol dalam darah meningkat? Jom baca ni. 


1. Rasa berat kat tengkuk sampai menjalar ke bahu. Rasa sengal je. Namun, sebahagian besar orang rasa berat di kepala dan lenguh-lenguh. Gejala ini jadi disebabkan oleh kekurangan oksigen. Gejala kolesterol tinggi yang biasa ialah berat di kepala tapi rasa sakitnya tak sharp la, hanya rasa berat kepala je.

2. Cepat mengantuk, nak nak pulak bila kadar kolesterolnya sudah terlalu tinggi. Contoh, trigliserida yang normal adalah di bawah 200 mg atau 150 mg. Rasa cepat mengantuk ini biasanya disebabkan kurangnya pengambilan oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang sempit akibat dari timbunan lemak akibat kolesterol.

3. Sering merasa 'semut-semut'. Namun,  kesemutan jugak boleh terjadi sebab darahnya agak pekat. So, kadar kolesterol tinggi boleh sebabkan aliran darah jadi pekat sampai oksigen pun jadi low.

4. Terjadi timbunan lemak kat atas kelopak mata. Biasa timbunan ini mengandungi kadar trigliserida iaitu molekul asam lemak yang tinggi. Namun, tak semua orang bergejala camni, hanya sebahagian kecil je.

5. Mudah merasa letih, sebab masa plak terbentuk di dinding arteri, ini boleh mencetuskan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koronari dan penyakit mikrovaskuler koroner atau coronary microvascular disease (CMD). Keadaan-keadaan camnilah yang menyebabkan badan mudah rasa letih.

6. Sering sakit kepala, sebab kolesterol yang tinggi dalam darah to da max dan terjadinya penimbunan plak-plak di pembuluh darah arteri. Maka, terjadinya artherosclerosis. Keadaan ini akan buat arteri kadi sempit dan aliran darah ke kepala serta otak berkurang, sampai menyebabkan rasa sakit pada kepala.

7. Kaki bengkak, disebabkan oleh masa  pembuluh darah jadi sempit dan aliran oksigen berkurang, so yang paling sikit dapat ' bekalan' darah adalah kaki. Kaki menjadi bengkak. Keadaan ini hampir sama dengan situasinya kalau korang duduk terlalu lama dalam sesuatu perjalanan.

Kalau ada tanda-tanda atau gejala macam yang di list kan  kat atas tu, cepat cepatlah pi jumpa doktor naa. Jangan bior sebab diri korang mungkin terdedah pada risiko penyakit yang serius.  

Moga bermanfaat. 

1 comment:

  1. Thank you infonya kak. Di usia sekarang ini saya dah sangat peduli dengan apa yg saya makan sebenarnya. Terutama kolesterol tinggi tak bisa dianggap remeh.

    Saat sedang di rumah, saya biasanya clean eating. Tapi kalo sedang traveling, memanglah suka cheating makan yg seafood, lemak atau goreng. Cuma sebisa mungkin saya imbangi dengan workout di gym hotel.

    Belum pernah alami tanda di atas, tapi sebaiknya memang rutin lah MCU. Kita tak tau pula, ntah2 silent symptom kan. Ngeri kalo yg silent ni.

    ReplyDelete