Paling stress bila time terbalikkan ikan goreng, ikan melekat kat kuali. Mungkin petua ni boleh membantu. 

Petua elak kuali melekat masa goreng ikan. Kredit gambar Google.

1. Gaulkan ikan atau ayam dengan garam, kunyit dan sedikit tepung beras. Buat macam kita nak goreng pisang. Biarkan seketika dan kemudian bolehlah digoreng seperti biasa. Ikan dan ayam bukan saja tak melekat di kuali, malah akan lebih garing.

2. Guna asam keping. Masa nak panas minyak, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali, kemudian baru masukkan ikan. InshaaAllaah, memang tak akan melekat pun kat kuali tu. Ikan atau ayam yang digoreng pun nampak cantik. 

3. Ambil sedikit kulit bawang dan campak dalam kuali bersama ikan atau ayam yang hendak digoreng tadi. Selalunya menjadi cara ini.

Selamat mencuba.