Rahsia isteri sentiasa macam anak dara. Para isteri mesti baca!

Wah wah wah, mesti berbunga-bunga je hati kan bila encik suami asyik puji isteri dia kan. Yang paling best bila, encik suami cakap isterinya sama macam anak dara masa Baru-baru berkenalan dulu. Mak aii, rasa nak lompat bintang dua puluh kali je kan. Haha. 

Sebenarnya, benda ni semua kita bukan boleh dapat macam tu je tau. Semuanya kena ada usaha dan amalan yang boleh kita buat. Salah satunya, haa inilah dia.

Rahsia isteri sentiasa macam anak dara. Para isteri mesti baca!
Gambar diubahsuai dari carian Google. Rahsia isteri sentiasa macam anak dara. Para isteri mesti baca! 

Dr. Fatimah Az-Zahra telah menurunkan petua untuk para isteri dan ibu dalam menjaga diri supaya selalu jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. 

Kalau korang nak tau, 'Abqaro' ni maksudnya perawan yang sentiasa menjadi perawan. Wow! So, ayat ni memang elok sangat diamalkan setiap hari oleh kaum ibu dan isteri demi menjaga kesihatan dan kecantikan luar dalam.

Macam mana caranya tu? Sangat mudah.

Selepas solat Isyak, ambil air segelas kemudian baca surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. 

Kemudian, tiup dalam air tersebut dan minum. Niatlah dekat dalam hati tu untuk  menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumahtangga.

Oh ye, untuk pengetahuan korang, makna surah Al-Waqiah ayat 35-38 adalah seperti berikut:

  • (56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. 
  • (56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh).
  • (56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. 
  • (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Jom amalkan. InshaAllah.

Kredit Group telegram PetuaDanKesihatan.

5 comments:

  1. Inilah suplemen terbaik harus diamalkan untuk para wanita asli yang merangkumi ibu,isteri,kakak,adik..terima kasih CikLa perkongsian.CAntik dan sihat yang sebenar..dari wahyu Allah SWT.

    ReplyDelete
  2. senangnya petua macam ni.^^

    ReplyDelete
  3. Caranya sangat mudah kan. Yakin dengan Allah, InsyaAllah dipermudahkan urusan.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  4. Info bermanfaat untuk para isteri

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang terbaik..

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (447) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (61) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews