'Santai Tapi Sampai'

29 March 2019

Perencah Asam Pedas ADABI, pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang sibuk tapi masih mahu memasak untuk keluarga.

Cikla agak semua orang suka makan masakan asam pedas kan. Kalau cikla, hari-hari menu asam pedas pun takpe. Haha. Memang suka sangat. Tak payah lauk banyak-banyak. Dia satu je ni pun dah cukup dah. Tapi itulah. Cikla yang suri rumah ni pun kadang-kadang ada masanya busy jugak. Nak-nak pulak sekarang dah mula jebakkan diri berbisnes online

Uishh, nak masak pun tak sempat. Time tu memang beli ajelah JAWABNYA. Dalam kebizian yang melanda tu, sebolehnya nak jugak masak untuk keluarga. Salah satu cara, cari pes yang instant. Tumis-tumis, masuk ikan dan bahan lain dah settle.

Baru-baru ni, cikla pergi kedai nampak pulak pes perencah Asam Pedas ADABI ni. Wah, tengok macam menarik je. Apa lagi, sambarlah dua pek. Kita try sedap ke tidak. Hehe. Biasanya, sebelum ni kalau buat asam pedas buat rencah dia sendiri. Ini kali pertama cikla try. Apa rasanya?

Perencah Asam Pedas ADABI, pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang sibuk tapi masih mahu memasak untuk keluarga.
Perencah Asam Pedas ADABI, pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang sibuk tapi masih mahu memasak untuk keluarga. 

Cara nak penyediaannya pun sangat senang. Jom cikla tunjuk langkah demi langkah. Memang senang gila.

Bahan :

2 peket pes perencah Asam Pedas ADABI.
6-8 ekor ikan kembung/mambong (dibersihkan dan diperap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit). 
1 tangkai daun kari. 
1 sudu kecil biji halba. 
Daun kesum/bunga kantan (nak letak pun ok, tak letak pun takpe). 
Minyak untuk menumis, garam dan air secukupnya.

Caranya :

Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan pes asam pedas ADABI sehingga garing dan naik bau. Masukkan daun kari dan biji halba. Tumis sekejap. Masukkan ikan, garam dan air secukupnya. Sesuaikan rasa. Biarkan mendidih. Last, masukkan daun kesum dan bunga kantan. Biarkan sekejap. Tutup api, dan bolehlah dihidangkan.

Perencah Asam Pedas ADABI, pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang sibuk tapi masih mahu memasak untuk keluarga.
Perencah Asam Pedas ADABI, pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang sibuk tapi masih mahu memasak untuk keluarga. 

Perencah Asam Pedas ADABI, pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang sibuk tapi masih mahu memasak untuk keluarga.
Perencah Asam Pedas ADABI, pilihan terbaik untuk ibu-ibu yang sibuk tapi masih mahu memasak untuk keluarga. 

Serius, sedap juga pes asam pedas ADABI ni. Bagi cikla dah cukup asam garam dia semua. Cukup rasalah. Nak tau sedap ke tak, kenalah cuba.

3 comments:

  1. Adabi memang trusted brand. selalu beli yang tomyam putih.. senang kiree setiap rumah kena ada jugakla at least bekalan Adabi paste hehe.. senang nak cepat =)

    ReplyDelete
  2. Tak pernah cuba. Lepasni bolehlah cuba sebab nampak menarik :)

    ReplyDelete
  3. Selalu pakai jenama adabi memang terbaik...msakan xpnah mengecewakan..

    ReplyDelete