Tips bersihkan hati.

Seriously, membaca 'sesuatu' itu memang senang yakmat kann. Tapi nak buat apa yang ditulis tu kadang-kadang payah nauu. Betul? 

Ada yang paling sadisss, bila baca langsung harammm tak rasa apa punn. Baca pun macam, angin lalu membawa diriku. Sepintas lalu ku terkenangkan mu. Ehh, ternyanyi pulak. Haha. 

Apa kata lepas ni kita cuba buat, salah satu walaupun tak dapat nakk buat semua kann. At least, adaa laa 'sesuatu' kann dari takde. Kehh.

Tips bersihkan hati.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Tips bersihkan hati.

⏭️ Jangan sibuk nak cari salah orang, sebab salah sendiri banyak kita bukan sedar pun. 

⏭️ Jangan nak hina orang, sebab Allah tak pernah pun hina kita kan.

⏭️ Jangan bukak aib orang, sebab Allah simpan aib kita sampai hari akhirat. Allahu. 

⏭️ Jangan sesuka nak perlekehkan orang, sebab Allah akan hargai setiap usaha hambaNya. 

⏭️ Jangan dok mengutuk mengata orang, sebab manalah tau  kan orang yang kita dok kutuk itulah yang tolong kita masa kita susah. Karma! 

⏭️ Jangan nak sakitkan hati orang, sebab doa orang yang teraniaya itu makbul tau. 

⏭️ Janganlah dok bangga sangat dengan amal ibadah kita, sebab Allah je yang tau amalan tu diterima ke tidak. 

⏭️ Jangan nak sombong eksen taik hidung masin dengan apa yang kita ada, sebab Allah boleh tarik nikmat harta benda kita ni sekelip mata je. Bebila pun yang Dia nak. Kun fa yakun. 

⏭️ Jangan bandingkan rezeki orang lain dengan kita, sebab Allah bagi rezeki tu lain-lain untuk setiap hambaNya. Rezeki tak kan salah alamat! 

⏭️ Janganlah dok sedih, meratap, sesal tak sudah dengan kekurangan kita. Sebab, Allah tau apa yang terbaik untuk hambaNya. Bersangka baik dan ikhlas. Insha'Allah semuanya baik-baik aje.

Moga bermanfaat. 

Kredit tips : Bahagian Dakwah, JAKIM.

4 comments:

  1. Bab paling senang dan susah nak jaga. ^^

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian. Supaya hati kita bersih dan sentiasa positif :)

    ReplyDelete
  3. insyallah. mari kita jauhi yang tidak2. mari bersihkan hati kita fikir yang baik2 saja..

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (447) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (61) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews