Advertisement

Korang wanita berumur 30-an? Korang kena baca tips ni!

KORANG WANITA BERUMUR 30-AN? KORANG KENA BACA TIPS NI! Siapa sini umur 30-an? Tak kiralah awal 30-an ke, akhir 30-an ke. Kita genggg. Sepp sikit! Dalam usia dah 30-an ni, kekadang kita rasa macam sempat tak sempat je nak manjakan diri sendiri kann tak kiralah kita ni berkerjaya ke atau suri rumah tangga. Sama je busy nya. Haha.

So, kita kenalah pandai-pandai curi masa untuk belai dan manja diri sendiri, supaya nanti kesihatan dan ketrampilan diri kita sentiasa terjaga. 'Me time' orang putih kata. Jangan nanti orang cop kita 'tua sebelum waktunya'. Adehh, sakitnya tuh di sini. Jom buat tips ni. Kalo tak dapat buat semua, buat separuh pun dah ok dah kann. Betul kan?

Korang wanita berumur 30-an? Korang kena baca tips ni!
Gambar diubahsuai dari carian Google. Korang wanita berumur 30-an? Korang kena baca tips ni!

šŸ‘ŒKawal apa yang masuk dalam perut korangg tu, sebab proses penuaan dapat 'dilambatkan' kalau korang sentiasa mengamalkan makanan seimbang. Junk food kena dikurangkan atau dielakkan terusss termasuklah minuman berkafein. No no no!

šŸ‘Œ Pakai pelembap yang sesuai dengan kulit muka korang sebab kulit korang menjadi kurang anjal dan kurang lembap bila umur dahh masuk 30-an.

šŸ‘ŒTry avoid pancaran cahaya matahari sebanyak mungkin nak nak pulak dalam jangka masa yang panjang. Kalo korangg "terpaksa", pakailah sunblock ke untuk lindungi kulit korang tu. Bukan apa, kalau terdedah terus dalam tempoh yang lama, kulit korang bukan aje gelap tapi ia jadi kering. Kusam terus jadi. Huhu.

šŸ‘Œ Kalau ada masa tu, bersenamlah. Sebab dengan senaman ajelah dapat bantu tingkatkan keupayaan dan kesihatan kita. Paling tak pun, setiap kali korang bangun tidur tu, buat je la senaman ringan. Buat bangkit tubi ke, tekan tubi ke.

šŸ‘Œ Minum air yang cukup untuk kesihatan kulit muka koranglah, terutamanya. Lagipun, minum air yang cukup kan bagus untuk kesihatan. Minum lebih pun takpe. Hehe.

šŸ‘Œ Korang jenis yang suka ambil vitamin ke, makanan tambahan ke boleh je kalau nak kan tapi kena pastikanlah kandungan bahan tu bebetul selamat. Jangan nanti, nak sihat punya pasal sakit pulak yang mendapatnya. Alert ya!

šŸ‘Œ Kot yang suka bermekap tu plak, janganlah mekap tetebal sangat. Mekap jelah nipis dan sederhana. Takdelah 'tenggelam' natural beauty korang tu nanti.

šŸ‘Œ Haaa, ni yang paling penting. Korang kena sentiasa positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang sebab mereka ni semua boleh bantu korang lebih yakin. Stress pun tak nak dekat tau.

Jom buat!

Post a Comment

5 Comments

  1. lelaki 30an boleh amal tak? hhehe

    ReplyDelete
  2. kita geng Cik La..hehe..thanx for the tip..ada antara kat atas ni, mmg dah amalkan...

    ReplyDelete
  3. turning 30 soon.. huwaaaa T.T

    ReplyDelete
  4. adeh...payahnya nak avoid kafein sbb terpaksa minum coffee Psl tak cukup tidur ada anak kecil huhuu.

    ReplyDelete
  5. baca tu wahai kaum wanita. tips penting hehe

    ReplyDelete