25 June 2018

Nak tau kaitan aura warna ikut hari? Jom baca ni.

Perkongsian ini adalah berdasarkan kepada kajian yang berkaitan kajian The Low Of Repeatation of Cronology. 

Kalau korang nak tau, menurut kajian ni, hari yang berulang-ulang setiap tujuh bilangan akan membawa bersama getaran (visual light) yang mendominasi hari tersebut. 

Pemakaian warna pakaian yang berbeza mengikut hari secara tak langsung akan mempengaruhi mood seseorang.  Ehhh, macam menarik je kan.

Nak tau kaitan aura warna ikut hari? Jom baca ni.
Gambar ini telah diubahsuai dari carian Google. 

Sebelum korang terus membaca, cikla nak tegaskan sekali lagi yang perkongsian ini adalah berdasarkan kepada kajian sahaja. Segala yang benar dan pasti itu adalah datang dari Allah SWT jua.

Isnin (Aura warna putih).

Warna putih dikatakan akan merangsang kelenjar pituitari. Warna ini akan diserap oleh saraf jika tubuh dalam keadaan hening. 

Hari Isnin adalah hari yang paling sesuai untuk menyelesaikan segala masalah yang tertangguh sebab dikatakan lebih kreatif dan efisyen. 

Selasa (Aura warna pink).

Kalau korang nak tau, pink ialah warna kasih sayang dan ia dikatakan menyamai getaran di bahagian Thalamus iaitu bahagian dalam otak yang berperanan untuk kasih sayang dan panghayatan. 

So, pengidap migrain khasnya akan berasa lega setiap hari Selasa. Selain itu, kalau korang memakai pakaian warna pink pada hari ini, kuasa pujukan terhadap anak atau pelajar yang degil akan bertambah kuat. 

Rabu (Aura warna biru).

Yang ni ni best. Warna biru adalah perangsang kelenjar tiroid. Ini kerana, paras hormon thyroxine yang dirembeskan berada pada tahap optimum menjadikan semua hasrat hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. 

Jadinya, Rabu adalah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata atau bermesyuarat. Penyakit seperti beguk dan penyakit kerongkong mudah pulih jika dirawat pada hari Rabu.

Khamis (Aura warna kuning/oren).

Apa yang korang mungkin tak tau, warna kuning adalah warna rangsangan bagi sistem penghadaman dan kesuburan. Kemuncak warna kuning ialah di sepanjang hari. 

Pada mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, hari Khamis adalah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.

Jumaat (Aura warna hijau).

Warna hijau ialah tahap getaran yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi jantung dan paru-paru. So, pada hari Jumaat aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap paling maksimum. 

Lagipun, hari Jumaat adalah hari yang paling sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. 

Selain itu, hari ini juga sesuai untuk mereka yang menjalankan rawatan berkaitan penyakit jantung dan paru-paru kerana paras oksigen berada pada tahap tertinggi. 

Sabtu (Aura warna merah).

Warna merah menyamai getaran bahagian usus, otot, darah, tulang dan saraf. 9 Organ yang berwarna merah dipercayai dapat  menjalankan aktiviti fizikal tubuh. 

Hari Sabtu hari yang paling sesuai untuk bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara-mara di samping menjalankan aktiviti. 

Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan organ (merah), pada hari Sabtu pesakit akan merasa kesakitan akan semakin sembuh. 

Ahad (Aura warna hitam).

Hari Ahad sesuai untuk berehat. Apa yang terbaik, bercutilah pada hari ini. Penyerakan zarah pada hari Ahad adalah stabil dan pakaian berwarna hitam dapat mengelakkan diri dari terdedah kepada gelombang asing yang memudaratkan. 

Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan asing. 

Kredit group Telegram Petua dan Kesihatan. 

4 comments:

  1. terbaek.. paling best hari jumaat. hehe

    ReplyDelete
  2. ooo patutlah ramai yang merancang anak hari khamis :P

    ReplyDelete
  3. aida keje, uniform biru :)
    memang takde pilihan hu hu hu hu...
    sesuai meeting ajer ha ha ha.

    ReplyDelete