Apa? Sardin bercacing?

Cikla agak isu ni memang dah lama diperkatakan. Tapi, mungkin ada sesetengah orang macam 'eh nak percaya ke, atau tak nak percaya'. Lebih-lebih lagi peminat tegar sardin kan. 

Mujurlah, kat rumah cikla ni dah lama sardin tak masuk. Iyelah, sejak cikla kena penyakit tiroid ni memang dah makan sardin dah. 

So, bila cikla tak makan, memang dah tak beli. Orang rumah kenalah ikut sama, tak payah makan. Hehe.

Apa? Sardin bercacing?
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Selak punya selak akhbar Sinar Harian hari ni, mata tertancap kepada satu berita pasal sardin. 

Kali ni produk sardin dari China, jenama Raneesa pulak dikatakan mengandungi cacing. Euwwww. Cacing weh. Cacingnya dah lah jenis halus kecil-kecil tu. 

Kadang-kadang tak ternampak oleh mata kasar kan. Meh cikla share sikit petikan cerita dari situ.

"Kementerian Kesihatan Malaysia mengatakan pihak yang berkenaan menarik balik produk ikan sardin dalam tin yang diimport dari China berikutan 3 lagi jenama telah di kesan mengandungi cacing Filum Nematoda."

Wah, nama cacing pun kemain canggih. Hehe. Tapi sebelum ni pun cikla pernah dengar ada beberapa brand sardin yang telah di tarik balik jugak. Kalau tak silap je nama Cinta, Sea Fresh dengan HS sebab ada cacing jugak.

Kalau korang nak tau info lanjut pasal ni atau info-info yang lain, korang boleh ke laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia di http://moh.spab.gov.my atau ke Facebook page Bahagian Keselamatan dan Kuaiti Makanan di www.facebook.com/bkkmhq.

Kesian korang terutama yang memang peminat sardin, tak boleh makan sardin dah kan. Tapi kan, korang boleh je buat sendiri sardin ni kot-kot teringin kan. Korang Google ajelah. Semua ada. Lagipun, makanan dalam tin ni bukan elok sangat untuk kesihatan.

7 comments:

  1. uihhh seram dengar...selalu beli sardin..tapinya bg kucing makan..pasni kne rajin bg ubat cacing kat kucing..risau je

    ReplyDelete
  2. sejak sardin dah mahal ni memang tak minat langsung dah nak pulak bercacing macam ni :(

    ReplyDelete
  3. Berita nasional8 tv1 mcm td bgtau jenama RANESA..

    ReplyDelete
  4. Fuhh nasib baik sebelum ni makan ayam brand je...

    ReplyDelete
  5. yes cikla. ada aje resepi buat sardin.
    tapi kalau kena kat aida yg malas ni hah, beli je hi hi hi hi...
    aida always dgn sardin ayam brand.
    tak berani beli brand lain. walaupun murah tau.
    hopefully ok la... sardin = feveret keluarga.

    ReplyDelete
  6. Dah takut nak makan sardin.

    ReplyDelete
  7. Sha masih lagi makan Sardin.. Tapi beli jenama local je macam Adabi, Ayam Brand..

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews