Bakar KALORI hanya 5 minit!

Setiap makanan mempunyai kalorinya tersendiri. Kalau makan makanan yang tinggi kalorinya, kita lebih terdedah dengan macam-macam jenis penyakit. Bak kata orang tua-tua, cegah sebelum kena. 

So, cikla nak share beberapa cara yang boleh kita buat untuk bakar kalori hanya sekurang-kurangnya 5 minit. Wow, macam tak percaya je kan. Apa lagi, teruskan pembacaan korang kalau nak tau apa caranya. Okey bebeh.

Bakar KALORI hanya 5 minit!
Bakar KALORI hanya 5 minit! Kredit Google. 

Menurut artikel "Panduan Kecergasan (Majalah Rapi Feb 2015)", ada 4 cara yang paling senang kalau nak bakar kalori dengan pantas, iaitu;

  1. MELOMPAT mampu membakar kalori dalam badan. Lompatlah sebanyak mana yang mampu dan kalau nak lebih baik lagi, lompat guna tali skipping. Anggaran bakar 68 kalori. 
  2. BERLARI-LARI ANAK (berjogging) walaupun hanya 5 minit boleh membakar kalori dalam badan. Itu baru 5 minit, kalau berminit-minit larinya lagi banyak lemak/kalori boleh terbakar. Go. Go. Anggaran bakar 62 kalori.
  3. Kalau di tempat kerja ada lif, jangan guna sebab lebih baik gunakan tangga, tak kira naik atau turun tangga. Ia bukan saja akan membakar kalori tapi dapat menjaga kesihatan jantung sebab ia bagus untuk latihan kardio. Tapi ingat, jangan paksa diri pulak. Buatlah sekadar mampu dan terdaya. Nanti lain pulak jadinya.
  4. Cara ni paling best. Perempuan mesti suka punyalah. Apa lagi, shopping lah. Walaupun hanya sekadar window shopping, ia dapat membakar kalori jugak. Tak payah nak amik masa lama sangat, 5 minit pun dah cukup untuk menyahkan kalori dalam badan. Tak caya? Cubalah. Korang mesti terkejut dengan hasilnya nanti. Hehe. Anggaran bakar 22 kalori.

Tengok, mudah kan? Tak payah nak susah-susah. Sebenarnya aktiviti seharian kita dah cukup untuk membantu kita membakar semua kalori.

Selamat "membakar kalori".

2 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews