Air dan lemon.

Mesti ramai yang suka minum air letak lemon. Yang paling popular agaknya "ice lemon tea" kot. Sebenarnya kalau korang nak tahu, gabungan air bersama lemon adalah merupakan penggalak "natural energy" yang terbaik. 

Ia lebih dikenali sebagai "lemonade" yang dapat membantu menyingkirkan toksin, kawal selia buah pinggang, dan melancarkan sistem penghadaman. So, cikla nak share beberapa kebaikan gabungan air dan lemon ni.

Air dan lemon. Sumber Google.

  • Bekalkan elektrolit yang beri kelembapan tubuh sebab lemon mengandungi kalium, kalsium dan magnesium.
  • Baik untuk sendi sebab ia bantu kurangkan kesakitan di bahagian tersebut.
  • Air suam bersama lemon lebih baik sebab membantu proses penghadaman (mengandungi asid sitrik). Prosesnya mudah aje. Ia bertindakbalas dgn enzim lain untuk mudahkan rembesan jus gastrik dan sistem penghadaman.
  • Merangsang rembesan enzim oleh hati dan membantu membersihkan hati.
  • Membantu antu menentang jangkitan pernafasan, sakit tekak dan tonsil serta mengawal pergerakan usus.
  • Bertindak sebagai antioksidan yang melindungi tubuh dari radikal bebas dan kuatkan sistem imun.
  • Bantu sistem saraf dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

Walauapapun apa yang penting kita perlu minum 8 gelas atau 2L sehari untuk memastikan badan kita sihat dan terhindar dari penghidratan.


2 comments:

  1. good info CikLa tapi masalahnya saya tak suka iced lemon tea wuaaaa T.T

    ReplyDelete
  2. salam kenal..singgah blogwalking kat sini ☺

    ReplyDelete

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews