Advertisement

Wahai suami, fahamilah hati isterimu.

WAHAI SUAMI, FAHAMILAH HATI ISTERIMU. Ada orang cakap kadang-kadang kaum suami ni selalu pandang remeh tentang perasaan isterinya. Cikla cakap macam ni bukan sebab cikla juga seorang isteri, tapi kekadang ada macam betul gak. Orang cakap lelaki (si suami) ni tak berapa reti nak tunjuk sayangnya dan care pada isterinya, mungkin sebab lain orang lain caranya kot. Mungkin sayangnya ditunjukkan dari segi yang lain, cuma isterinya je tak perasan. Ye tak?

So, cikla nak share beberapa infotips yang cikla rasa macam perlu je untuk korang tau, terutama para suami. Mungkin lepas ni para suami boleh perbaiki mana yang kot-kot ada yang terkurang dan memantapkan lagi mana-mans yang dah sedia mantoppp. Ala, bukan untuk sapa pun. Untuk isteri tersayang gak kan!

Wahai suami, fahamilah hati isterimu.

Suami perlulah sentiasa menganggap isteri sebagai diri sendiri yang harus dibelai, dihargai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Senang cakap letakkan diri kita pada kedudukan isteri. Macam mana rasa kalau isteri abaikan kita. Buat tak tau je. Apa yang cik suami rasa? 

Sama jugaklah dengan isteri. Orang cakap pasangan adalah cerminan diri kita sendiri. Ke mana pun kita pergi, imbasan wajahnya perlu di bawah bersama. Walaupun apapun nak dilakukan pasti terfikirkan pasangan. InshaaAllah pasti bahagia.

Selain itu suami janganlah menganggap isteri macam pembantu rumah. Tolonglah mana yang patut. Jangan tunggu disuruh baru nak buat, tu pun macam liat je. Sesekali masuklah dapur masak apa yang isteri suka. Mesti berbunga-bunga je hati isteri. Tak sedap takpe, janji ikhlas dan ada inisiatif nak mencuba. 

Begitu juga dalam hal menjaga anak-anak, sesekali tolonglah tukar pampers anak ke, mandikan anak ke. Takdelah semuanya diletakkan di bahu isteri. Itu nak buat, ini nak buat. Lagi-lagi kalau isteri yang berkerja. Pejabat lagi, rumah lagi. So, pepandailah ambil hati dan bantu ringankan tugas isteri ye.

Ramai orang cakap kaum wanita ni penuh emosi. Betullah tu. Wanita dan emosi berpisah tiada. So, jagalah perasaan mereka sebab bila isteri redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, mereka akan tenang dan gembira. Tak kira dalam keadaan macam mana pun, sentiasa ingin bersama dengan suaminya walaupun susah atau senang. 

Tapi kalau sebaliknya, lagi-lagi masa ujian datang melanda (masa susah) dapat suami lak asyik nak marah-marah, emosi juga. Manalah isteri nak cool. Lepas tu, mulalah bergaduh, salah-menyalahkan dan akhirnya membawa kepada perpecahan keluarga. Nauzubillah. Walau apapun, pada cikla memasing kena pandai "menjaga" emosi satu sama lain. Okey bebeh!

Wahai suami, fahamilah hati isterimu.
Wahai suami, fahamilah hati isterimu. Sumber Google.

Betul ke kaum lelaki ni susah nak ingat tarikh penting dalam perhubungan especially, anniversary date dan birthday. Pada cikla memang penting sebab itu tandanya kita menghargai. Takde hadiah pun takpe, janji ada wish dari orang tersayang dah cukup buat hati berbunga-bunga. Itu kira paling cikailah. 

Kalau nak bagi hadiah bagai ke lagi ok, cukuplah sekadar kad ucapan yang ditulis kata-kata sayang atau sekuntum bunga. Ouchhh, so suweet. Romantiknya. Manusia kan suka dihargai. Lepas tu, pada suami yang mampu, apa salahnya sekali-sekala bawa isteri bercuti. Kira macam bulan madulah. Bukan apa, orang kata ia dapat merapatkan hubungan dan pasti kenangan-kenangan indah akan tercipta. Terkenanglah masa memula baru kawin.

Para suami, cium dan peluklah isteri sekerap mungkin sebab auranya memang kuat. Jangan masa baru-baru kawin je buat, anak dah berderet dah tak buat dah. Ada sesetengahnya umur dah separuh abad, anak cucu dah berderet, masih lagi romantik. Alahai, romantiknya. Ni baru boleh kata 'till jannah' bak kata orang sekarang. Lagipun, hilang sikit kepenatan isteri bila seharian buat kerja rumah, bila mendapat kucupan si suami. Tengok betapa kuatnya kuasa ciuman suami pada isteri.

Jangan lokek puji isteri. Cakaplah isteri anda cantik, kemas, meletup, apa-apa ajelah. Janji pujian. Ia penting untuk naikkan semangat isteri dan buat isterinya rasa suaminya tetap sama macam dulu. Lagi satu jangan abaikan pendapat isteri tak kira dalam apa jua isu sekali pun terutama dalam memantapakan hubungan. 

Sentiasa berbincang kalau ada apa-apa kemusykilan, jangan nak menyerang melulu tanpa usul periksa. Tolak ansur penting sangat. Yang paling penting, jangan terus dengar cakap orang lain tanpa bertanya perkara sebenar pada isteri. Nanti tak pasal-pasal meletus perang. Tak best lah macam tu.

Tapi, bagi cikla dua-dua pihak kena mainkan peranan memasing. Jangan harapkan sebelah aje, yang sebelah lagi buat dek je. Give and take... 

Sumber Majalahwanita2014/dunialelaki

Post a Comment

5 Comments

  1. Betul tuuu..lelaki paling lupa tarikh penting. Arwah ayah ana dulu, tarikh penting dia set kat henfon. Jd kalau berbunyi dia tau la tu birthday siapa. Maklumlah. Ana ramai. Hihi. Tarikh2 penting semua simpan dalam diari. Hari2 arwah ayah ana cek diari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira oklah tu... Janji ada inisiatif kang. Sekurang-kurangnya tak lupa kan...

      Delete
  2. semoga kita saling ingat mengingati kan,,saling melengkapi antara satu sama lain dalam melayari bahtera rumahtangga.. :)

    ReplyDelete