Memang betul...

Orang kata pengalaman mendewasakan. Cikla rasa memang betul. Pengalaman yang cikla rasakan kali ni memang cikla tak kan lupa sampai bila2. 

Sebelum ni cikla hanya dengar cerita orang, tanpa melaluinya sendiri. Sekarang baru cikla tau macam mana perasaan ibu-ibu yang ada anak yang alami masalah. Terpaksa berpantang di hospital. 

Dalam keadaan yang baru melahirkan (walaupun dah masuk hari ke-7). Tapi, ibu akan kuat demimu anak. Apa yang penting baby boo ibu cepat sembuh. Ok.

Belum lagi dengan berperang dengan perasaan sendiri yang risau dan sedih tengok anak macam tu. Berwayar sana-sini. Jari yang kecik halus di cucuk jarum untuk ambil darah dan masukkan ubat. Kadang-kadang menangis sebab tak selesa. 

Memang betul...
Memang betul... Kredit Google. 

Tapi, percayalah anakku. Semua ini demi kesembuhanmu. Sabar dan kuat ye sayang. Ibu sentiasa ada denganmu. DOA IBU SENTIASA UNTUKMU SUPAYA KAU LEKAS BAIK.

Cikla sekadar ingin meluahkan apa yang terpendam. Alhamdullilah cikla sihat. Dan sentiasa positif hadapi ujian ini. 

Biarpun sejuta kali pun cikla minta jasa baik kalian mendoakan boboi cikla. Hanya ucapan terima kasih yang cikla mampu balaskan.

#ahmadammarrizqie

4 comments:

  1. Kak ana faham apa yang CikLa lalui sekarang, pernah berpantang di wad juga semasa kelahiran anak sulung dahulu,doa kak ana semoga CikLa terus tabah kuatkan semangat dan Insyaa Allah baby akan cepat2 sembuh dengan izinNya nanti..amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Kak. Mmg pengalaman berharga dan tak boleh lupa...

      Delete
  2. Hanya orng yng kuat dan tabah je akan lalui ujian dari Allah ni.. Allah tahu cikla kuat.. Sabar ye cikla.. Sekarang mcm mna dgn bby cikla..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks... Mmg Allah mahu menguji agaknya.. Btw baby dah ok... Alhamdullillah. Just kena follow checkup every 3 month....

      Delete

Powered by Blogger.