'santai tapi sampai'

Duit dan wang. Makna sama je. Orang kata duit bukan segalanya tapi pada zaman sekarang ni semua mahu duit. Kalau dulu nilai duit memang bes...

Jom didik anak menghargai duit.

Duit dan wang. Makna sama je. Orang kata duit bukan segalanya tapi pada zaman sekarang ni semua mahu duit. Kalau dulu nilai duit memang besar. Dengan RM50, macam-macam boleh beli. Tapi, sekarang, beli jajan anak pun dah habis RM50. Macam mana tu?

Bila fikir perbelanjaan harian yang makin meningkat, nak-nak kalau stay kat bandar lagilah tinggi kosnya. Nak bayar sewa rumah, ansuran bulanan kereta, perbelanjaan harian. Kalau anak ramai, lagi bertambah kosnya. Cuba fikir masa akan datang?

Jadi, sebagai ibu bapa jom kita didik anak-anak kita menghargai duit iaitu dengan menabung. Orang kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nilai-nilai yang baik perlulah dipupuk dari kecil sebab mereka lebih mudah menerima apa yang kita ajarkan.

Cikla nak share beberapa cara yang boleh kita guna untuk ajar anak kita menghargai duit.

Pertama, sebaiknya hadkan pemberian duit saku pada anak. Maknanya jangan bagi banyak sangat. Cukuplah sekadar keperluan mereka. Memang kita nakkan yang terbaik untuk anak kita, tapi semuanya perlulah berpada-pada. 

Kalau kita selalu memberi duit yang banyak, mereka akan fikir duit sentiasa ada. Mana taknya, bila mintak je ada, mintak je ada. Jadi, mereka tak pernah rasa macam mana susahnya kalau takde duit.

Kedua, kurangkan bagi duit yang banyak dan kurangkan kekerapan memberi duit. Adalah lebih baik bagi duit pada mereka pada waktu tertentu saja atau pada masa-masa yang mereka perlu sesangat.

Ketiga, ajar anak beli barang permainan kegemaran mereka dengan duit yang mereka simpan sendiri. Maknanya, kalau dia betul-betul nakkan apa yang dia mahukan, mesti dia bersungguh-sungguh menyimpan duit. 

Tapi, kena jugak ingatkan anak kita gak bukan semua duit simpanan boleh digunakan untuk membeli barang permainan.

Jom didik anak menghargai duit.
Jom didik anak menghargai duit. Sumber Google.

Keempat, galakkan anak menderma sebagai langkah pertama menunjukkan contoh yang baik pada mereka. Bukan apa, kita kena fahamkan mereka bahawa duit bukan hanya untuk puaskan 'nafsu' sendiri tapi untuk membantu orang lain jugak. 

Bagitau mereka tentang konsep sedekah supaya mereka faham. Ia bukan saja dapat mengajar anak kita menghargai duit, tapi menjadi seorang yang prihatin terhadap kesusahan orang lain.

Kelima, bukakan anak anda buku akaun bank bila tiba masanya. Cakapkan mengenai kebaikan menyimpan dan faedah-faedah yang akan diperolehi. Bukan apa, ia dapat memupuk semangat mereka menyimpan duit dan bersungguh-sungguh untuk melihat hasilnya nanti.

Keenam, bila usia anak meningkat, perkenalkan mereka pada penyimpanan untuk pendidikan masa depan. Jelaskan sekali betapa pentingnya ilmu dan betapa perlunya menyimpan duit kalau mereka ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak.

Walau apapun, cikla rasa memang penting kalau kita mulakan segalanya sejak anak kita masih kecil. Bukan apa, mereka lebih senang menerima apa yang kita cakap dan kita juga senang nak mendidik mereka. Ia akan menjadi kebiasaan bagi mereka sampailah mereka besar nanti.

*Sumber Harian Metro (Ruangan Wang Anda oleh Irfan Khairi).

10 comments:

  1. betul2...bukan anak2 saja , kita yang dewasa ni pun kene jadi role model untuk mereka..supaya sama2 menghargai duit...menabung mungkin...untuk masa depan yang lebih selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe. dari kecik kita kena biasakan. esok2 bila dah besar mereka terbiasa pulak dgn keborosan....

      Delete
  2. Nice sharing! Ana pun kalau beli barang, ade balance syiling, masuk tabung. Pastu adik ana mintak duit belanje, korek tabung. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.... tak sampai hati lak adik mintak duit blanje ek... ^_^

      Delete
  3. Betul tu..saya setuju sangat.. nanti awak klik kat sini yer.. saya tag awak untuk liebstar award.

    http://ciklapunyabelog.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok.. btw inshaAllah sbb sudi meng'tag saya... n tq sbb sudi singgah ke bog saya yang tak seberapanya ni... salam kenal dear...

      Delete
  4. setuju sangat cikLa..akak pun didik anak2 menabung..walau sepuluh sen. dah jadi kebiasaan menabung bagi mereka. Biarlah nampak mcm org dolu2 pun..bnyk akak terapkan amalan yang mak & ayah ajar pada akak masa kecil2 dulu. Jauh besa dgn gaya anak2 zaman sekarang. Nice blog..salam ukwah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah tu. lagipun org kata kn melentur buluh biarlah dari rebungnya. btw, tq sbb sudi singgah sini.. salam ukhwah,, moga kita dapt bertukar info ye... ^_^

      Delete