Jangan suka meLABEL orang!

By Cikla Shahril - July 22, 2014

Budaya meLABEL orang ni rasanya dah lama berlaku dalam masyarkat kita. Boleh dikatakan lumrah dan perangai biasa. Kadang-kadang tu dah jadi macam kegemaran lak LABEL meLABEL ni.

Label ni biasanya tak tepat sebab kita melihat seseorang tu pada pandangan yang sempit dan tak menyeluruh. Agaknya dah lumrah manusia kot suka tengok pada satu keburukan seseorang tu sedangkan ada 10 lagi kebaikan yang macam buat tak nampak je. Kesian kan?

Jangan suka meLABEL orang!
Jangan suka meLABEL orang! Kredit Google. 

Dari apa yang cikla baca ni, label terbahagi kepada 2 iaitu label positif dan label negatif. Contoh label positif, pujian ("Awak seorang yang penyayang"). 

Contoh label negatif, kutukan ("Awak pengotor la."). Ermmm, kalau label yang positif tu baguslah kan. Yelah, kita memuji orang.

Walaupun orang tu takdelah macam kita label kan, tapi sekurang-kurangnya dia akan berusaha nak buktikan macam apa yang dilabelkan. Kan perubahan elok tu. Jadi lebih baik. 

Tapi, kalau yang label negatif, tak ke buat orang lagi bengang dengan kita. Dah timbul pergaduhan lak. Dapat musuh lagi. Tak best lah kalau macam tu.

Bagi cikla apa yang penting jagalah adab dan tingkah laku kita terhadap orang lain. Walaupun kita betul dan orang itu salah, tapi ada caranya kalau kita nak menegur. 

Jangan sesuka hati nak meLABEL orang, lagi-lagi kalau kita tak tahu akan kebenaran kisahnya. Tak pasal-pasal dapat dosa kering. 

Sama-sama kita muhasabah diri ye. 

*Info kredit to HarianMetro/addin.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. Waalaikumsalam Cik La, setuju sangat, tak perlulah label melebel ni, fitrah manusia tiada yang sempurna kan..masak apa hari ni ?? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe. Tp kalau dh sifat tabii nk wat cmne kan? Kalau boleh elakkan. Harini masak simple je... Dh minggu2 last Ramadan ni mcm xde idea je nk masak apa... Last2 masak ayam nasal merah dgn kari ikan campur terung. Kak ana apa menu harini???

      Delete
  2. betul tuh...sblm kite label.org better label diri sndri dlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe... Semua manusia tak sempurna...

      Delete