Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat? Tentunya, sebab kita manusia akhir zaman yang lemah imannya. Sering lalai dalam menunaikan kewajiban sebagai hambaNya. Allah.
Mungkin kita dalam golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja mahupun tak sengaja.
Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan selalu tinggal solat walaupun sudah baligh dulu. Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada solat kita yang kita tinggal dulu.
Puasa yang ditinggalkan kena ganti, hutang dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah, kan?
So, apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana nak qada' solat?
Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tak sengaja terlupa atau tertidur dan tak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan.
Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja sebab lalai ketika "muda-muda dulu". Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja.
Sebenarnya pendapat ini tak tepat sebab Rasulullah SAW sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun baginda tertidur atau terlupa.
Tak ada qada dalam solat bukan bermaksud tak perlu qada tapi tak perlu sebut perkataan qada semasa niat.
Qada ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai "waktu Allah", qada "waktu kita".
Cara qada solat fardhu. Kredit image Google. |
Cara niat qada solat fardhu lima waktu:
1 - Solat Maghrib.
“Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Taala."
2 - Solat Isyak.
“Sahaja aku solat fardhu isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Taala."
3 - Solat Subuh.
“Sahaja aku solat fardhu subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Taala.".
4 - Solat Zuhur.
“Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Taala."
5 - Solat Asar.
“Sahaja aku solat fardhu asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Taala."
Ada orang bertanya, Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tak sengaja) sejak akhil baligh sampai sekarang, perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat? Jawabnya, WAJIB qada solat yang telah tertinggal.
Ada dua cara untuk qada, pertama kalau seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.
Cara kedua adalah bagi yang tak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, iaitu sejak dari dia akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya.
Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga amalan kita diterima Allah SWT.
Selain itu ada juga orang bertanya, kalau ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu (tapi sudah buat solat taubat) macam mana pulak?
Soal kalau meninggal sebelum sempat mengqada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah SWT. Namun, kalau kita telah betul-betul sudah insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan sungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosa kita.
Qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja takde waktu larangan padanya. Moga bermanfaat.
Kredit : Mohd Ibrahim.