20 January 2023

Tatacara solat taubat yang perlu kita tahu.

Solat taubat ni kena buat selalu tau, sampai hati kita tu rasa lapang. Rasa bersih. Pastu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati macam seronok. Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa, tu tandanya taubat Allah dah terima. InshaAllah.

Solat taubat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam. Bersihkan diri. Ambil wudhu, pastu pakai wangi-wangi (bagi lelaki).

Tatacara solat taubat yang perlu kita tahu.
Tatacara solat taubat yang perlu kita tahu. Kredit Google.

Bila dah siap berdiri, istighfar dulu. Istighfar pendek je. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu betul-betul tenang. Pastu baru niat.

أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ التَوبَØ©ِ رَÙƒَعَتَÙŠْÙ†ِ Ù„ِلهِ تَعالىَ

"Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala"
Maksudnya; "Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala."

Baca doa Iftitah dan Al-Fatihah macam biasa.

Rakaat pertama, baca Surah Al-Kafirun 1x
(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah Al-Ikhlas je).

Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x.

Bila sampai waktu sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca doa Nabi Yunus a.s.

"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin. ” Bacalah 10x atau 20x atau 30x. Ikut suka.

Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi. Kita berada dalam keadaan hina sehina-hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita. Sujudlah lama-lama. Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.

Lepas bagi salam, istighfar lagi. Boleh baca istighfar pendek atau yang panjang sikit.

"AstaghfiruLLaHhal'adziim /
️AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih."

Baca seberapa banyak yang kita nak. Baca sampai hati tu rasa lemah.

Bila rasa dah cukup kita istighfar, baru doa. Bila berdoa, kita kena betul-betul menyesal dengan dosa-dosa kita. Mohon Allah ampunkan dan terima taubat kita.

Sebagai permulaan, guna doa sendiri dalam bahasa melayu. Luahkan apa yang terbuku kat hati tu. Menangislah. Merayulah.

Mohon Allah ampunkan dosa tu. Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dengan Allah.

Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita. Kejap lagi kita mati. Agak-agaknya apa kita akan mohon pada Allah?

Istighfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pun takpa. Dah selesai berdoa, tutup doa kita tu dengan;

"Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar"

Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita. Tengok apa yang boleh kita perbaiki lepas ni.

Tatacara solat taubat yang perlu kita tahu.
Tatacara solat taubat yang perlu kita tahu. Kredit Google

Imam al-Ghazali ada cakap, "Tanda hati kita sudah mula hitam,

[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
[2] hilang kemanisan beribadah.
[3] hati tak makan nasihat.

Semoga kita terhindar dari 3 perkara ini.

Aamiin.

Kredit Penulis Asal

No comments:

Post a Comment