19 January 2023

Apa hukumnya pergi kenduri yang tak dijemput dan bawa orang yang tak dijemput?

Soalan: Apa hukum makan kenduri di rumah orang kahwin walhal kita tak dijemput? Tapi kita makan sampai kenyang pulak tu. Adakah makanan yang kita makan itu halal atau haram?

Apa hukumnya pergi kenduri yang tak dijemput dan bawa orang yang tak dijemput?
Apa hukumnya pergi kenduri yang tak dijemput dan bawa orang yang tak dijemput? Kredit Google.

Jawapan oleh Ustaz Azhar Idrus.

1. Hukum memakan makanan di majlis kenduri kahwin tanpa diundang diibaratkan seperti pencuri. Dalam kitab Feqah, dalam bab walimah yang menyebut mengenai hal ini iaitu siapa yang tak dijemput, HARAM dia makan makanan di majlis tersebut. Tapi hukum tak haram pulak adalah kalau kita sekadar datang di majlis tersebut.

Kalau kita makan tanpa diundang maka kita WAJIB bertaubat dan membayar semula kepada tuannya, sebab golongan ini dipanggil pencuri. Untuk memudahkan lagi, teruslah berjumpa dengan tuan majlis tersebut untuk meminta maaf dan menyatakan kesalahan yang telah kita lakukan.

2. Hukum membawa rakan menghadiri kenduri tanpa dijemput. 

Kalau kita dijemput kenduri, kita pergi dengan kawan (kawan kita tak dijemput), kawan kita tu TAK BOLEH makan sama atas alasan datang dengan kita sebab dia tak dijemput. Kalau dia telah makan bersama padahal kita tak minta izin dari tuan rumah, WAJIB BERTAUBAT dan menggantikan balik harga makanan yang telah kawan kita tu makan.

WAJIB ganti balik walaupun setelah beberapa lama. Sepatutnya kita beritahu tuan rumah kita ada bawa kawan. Bila tuan rumah beri izin baru boleh makan bersama. SUNAT tuan rumah beri izin kepada tetamu yang tak diundang itu.

3. Kalau bawa anak-anak, adakah haram juga makanan-makanan kenduri itu untuk dimakan? 

Dalam kes membawa anak-anak, kebiasaannya jemputan itu memang untuk sekeluarga, jadi takde masalah. Kalau perasan kat dalam kad jemputan memang akan tulis dijemput seisi keluarga.

Ini berdasarkan hadis berikut:

عن أَبي مسعود البَدْريِّ – رضي الله عنه – ، قَالَ : دعا رَجُلٌ النَّبِيَّ – صلى الله عليه وسلم – لِطَعَامٍ صَنعَهُ لَهُ خَامِسَ خَمْسَةٍ ، فَتَبِعَهُمْ رَجُلٌ ، فَلَمَّا بَلَغَ البَابَ ، قَالَ النَّبيّ – صلى الله عليه وسلم – : (( إنَّ هَذَا تَبِعَنَا ، فَإنْ شِئْتَ أنْ تَأْذَنَ لَهُ ، وَإنْ شِئْتَ رَجَعَ )) قَالَ : بل آذَنُ لَهُ يَا رَسُولَ الله . متفقٌ عَلَيْهِ .

Daripada Abu Mas’ud al-Badri r.a; 

Seorang lelaki menjemput Nabi s.a.w untuk makanan yang telah dia sediakan untuk lima orang. Seorang lelaki turut mengikut mereka. Apabila sampai di pintu rumah, Nabi SAW berkata: Sesungguhnya lelaki ini mengikut kami, seandainya engkau mahu, engkau boleh izinkan dia. Jika engkau mahu, dia boleh pulang. Tuan rumah pun berkata: Aku izinkannya ya Rasulullah. [Muttafaq ‘Alaih].

Daripada hadis ini menunjukkan bahawa kita perlu meminta izin kepada tuan rumah. Sewajarnya permohonan keizinan itu dipohon sebelum membawa teman yang tak dijemput. Kalau sudah dibawa bersama, pasti tuan rumah berat hati untuk berkata tak sedangkan teman tak dijemput sudah ada di situ. Kita kena menghormati tuan rumah, boleh jadi dia menyediakan makanan sekadar cukup untuk jemputan.

Begitu juga, kita tak tahu adakah tuan rumah suka atau tak pada orang yang kita bawa tersebut. Jadi, hormatilah hak tuan rumah.

Ada hadis dalam sahih Bukhari yang Nabi pergi kenduri bersama dengan orang yang tak dijemput dan baginda minta izin dahulu untuk benarkan yang tak dijemput itu makan. Ia harta orang maka nak makan kena dapat keizinan.

Wallahualam.

Kredit Penulis Asal. 

1 comment:

  1. Haah, haram kn mkn kalau tak dijemput. My mum pun, masa sy kecik, stiap kali kenduri dan dia amik pisang untuk makan masa otw blk rumah,dia selalu mintak izin utk amik pisang dan makan masa blk jln kaki ke rumah. dah besar baru paham. rupanya bab makan ni penting nk pastikan halal. sbb tu bila amik extra pisang utk mkn ms blk jln kaki kerumah,mak mintak izin. aku dulu pikir eh org jemput kenduri, kita makan je la. amik je la utk kudap2 ms jln kaki blk umah.

    ReplyDelete