Jin ini suka kacau kita masa solat?

Jin yang suka sangat kacau waktu kita solat, nama dia KHANZAB. Keje dia memang bagi kita tak khusyuk solat, bagi kita khayal waktu solat dan buat kita lupa rakaat solat.

Paling kerap jadi kat kita, pastu was-was pasal kentut ke tak ni? Lepas tu mula nak khayal, buat kita teringat roadtax keta tak hidup lagi. Tadi keluar tak beli kicaplah! Ala lupa pulak nak reply mesej! 

Time kita tak solat, duduk menung takde pulak nak teringat semua ni. Bila nak solat dia bagi kita serabut bagi kita ingat macam-macam.

Nabi SAW ada pesan, kalau kentut, pastikan telinga kita dengar bunyi dan ada bau. Kalau takde tu si khanzab punya keje. Kalau teringat benda luar tu pun si khanzab punya keje. Jahat kan dia. Bila kita tak khusyuk solat, tapi mulut dok terkumat-kamit baca bacaan solat. Si khanzab ni bukan main dia gelakkan kita.

Jin ini suka kacau kita masa solat?
Jin ini suka kacau kita masa solat? Kredit Google. 

Cara nak lawan si khanzab ni;

1. Baca Ta'awuz, AUZU BILLAHI MIN-ASH-SHAITAN-IR-RAJIM pastu tiup ke kiri 3x, Allah pun menghilangkan was-was setan dariku” (HR. Muslim no.2203).

2. Baca ayatul KURSI 1x

3. Baca surah AN-NAS 1x

Pastu bolehlah niat dan teruskan solat. Seeloknya kita kena fahami maksud ayat-ayat bacaan solat, tafsiran Al-Fatihah dan surah yang kita baca. Jadi sambil kita baca kita faham. Mesti si khanzab ni kalah.

Moga bermanfaat.

Kredit Penulis Asal

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews