Penggunaan botol susu memang tak dapat nak dielakkan terutama bagi ibu yang bekerja tak kiralah anak minum susu ibu atau susu formula. Bila menggunakan botol semestinya ia perlu dicuci sebersihnya dengan menggunakan kaedah yang betul. Bukan apa, kaedah yang betul boleh bantu elak bakteria membiak dekat botol tu terutamanya. So, chance anak terkena penyakit dapatkan dielakkan, kan?
Sebenarnya, mencuci botol tu bukan semata-mata menggunakan air paip je, namun ada cara yang betul demi kesihatan anak. Bila mencuci tu, sebaiknya gunalah peralatan yang sesuai seperti berus dan span lembut. Bukan apa, ia dapat mengelakkan permukaan botol calar dan rosak selain dari membantu membersihkan bahagian dalam botol atau puting.
Masa mencuci juga, guna sabun pencuci khas untuk botol susu supaya sisa kotorsn dapat dinyahkan dengan mudah selain dari mengelak kandungan bahan tak bagus yang ada dalam sabun cuci pinggan contohnya. Pastu, jangan biar sisa susu dalam botol tu dalam tempoh yang lama sebab ia akan menyebabkan sisa tersebut melekat dan susah dan ditanggalkan. Cara mudah nak kasi tanggal just rendam botol dengan air panas sekejap. Kaedah pensterilan penting untuk kurangkan risiko jangkitan kuman terutama pada tahun pertama anak kerana sistem imun mereka masih belum kuat.
Selain tu, elak dari memasukkan air panas mendidih ke dalam botol semasa membancuh susu. Gunalah air suam, sebab ia untuk mengelak dari kehilangan protein dalam susu. Botol dan puting susu juga mesti diganti kalau dah lebih dari 6 bulan atau botol mengalami kesan retak atau calar, kerap menggunakan kaedah steril elektrik, bau botol kurang enak dan warna botol bertukar kekuningan.
Kesimpulannya, 7 kaedah mudah nak cuci botol anak adalah seperti berikut;
1. Guna berus dan span yang lembut semasa mencuci.
2. Elak guna sabun cuci pinggan, gunalah pencuci khas untuk mencuci botol.
3. Elak masukkan air mendidih secara terus masa membuat susu anak.
4. Elak botol terkena cahaya matahari terik.
5. Simpan botol dalam bekas kering bertutup.
6. Segera mencuci botol untuk elakkan sisa susu melekat dibotol.
7. Rendam botol dengan air panas sebelum mencuci supaya sisa susu senang disingkirkan.
Moga bermanfaat.
0 comments: