'santai tapi sampai'

Korang tau tak biji selasih? Biasanya biji selasih ni top masa bulan puasa, sebab orang selalu buat minuman masa berbuka. Rasanya sejuk dan ...

Oh ini rupanya kebaikan biji selasih.

Korang tau tak biji selasih?

Biasanya biji selasih ni top masa bulan puasa, sebab orang selalu buat minuman masa berbuka. Rasanya sejuk dan segar. Sedap sangat. 

Sebenarnya, biji selasih ni banyak manfaatnya untuk kesihatan badan, sebab ia mengandungi banyak nutrien seperti karbohidrat, vitamin, mineral, lemak dan serat. 

Oh ini rupanya kebaikan biji selasih.
Oh ini rupanya kebaikan biji selasih. Kredit Google.

Antara khasiat biji selasih:

1. Mengawal gula dalam darah. 

Biji selasih boleh bantu stabilkan kandungan gula dalam darah. Caranya, rendam 2 sudu teh biji selasih dalam segelas air, minum selepas makan selama sebulan.

2. Mengurangkan rasa lapar.
Biji selasih sangat bagus untuk diet kerana ia dapat melambatkan rasa lapar. Perut akan sentiasa berasa kenyang. Secara tak langsung ia dapat mengawal makan secara berlebihan.

3. Merawat insomnia.

Biji selasih mampu untuk kurangkan kebimbangan atau insomnia. Bagi mereka yang mengalami kegelisahan yang berlebihan atau insomnia, sangat baik makan atau minum biji selasih.

4. Meredakan gastrik.

Rebus 1 sudu selasih dengan 4 gelas air. Bila suam campurkan dengan 1 sudu madu asli. Minum 2 kali sehari, pagi dan petang.

5. Untuk kecantikan kulit.

Tumbuk 1 sudu biji selasih sehingga lumat, campur sedikit air panas. Gaul rata hingga jadi pes, biarkan sejuk. Pakai sebagai scrub pada muka dan leher. Lakukan selang sehari sebelum mandi.

6. Mengurangkan sakit gigi.

Ambil 10 gram biji selasih, 4 biji bunga cengkih direbus bersama dengan 4 gelas air. Bila suam minum 1 gelas airnya. Amalkan sehingga hilang rasa sakit.

7. Sebagai ubat penahan sakit.

Biji selasih sangat bagus untuk kurangkan rasa ketakutan dan kebimbangan yang berlebihan.

Caranya, ambil 1 sudu selasih direndam dalam air. Campurkan 1 sudu madu dan jus limau, kemudian minum.

8. Melancarkan sistem penghadaman dan usus.

Biji selasih kaya dengan pektin yang mempunyai kebaikan prebiotik. Ia mampu meningkatkan bakteria baik termasuklah bakteria antiradang yang baik untuk kesihatan usus.

9. Mengawal kolesterol.

Kandungan Pektin dapat menurunkan kolesterol darah dengan menghalang penyerapan kolesterol di dalam usus. 

Memakan 30 gram (7 sudu teh) biji selasih setiap hari selama satu bulan dapat membantu menurunkan kolesterol sepenuhnya sebanyak 8 peratus.

10. Menguatkan tulang.

Kalsium dan magnesium sangat penting untuk kesihatan tulang dan fungsi otot kita, sementara zat besi sangat penting untuk pengeluaran sel darah merah. Memakan biji selasih dapat membantu anda memenuhi keperluan harian nutrien ini.

11. Meningkatkan daya tahan tubuh.

Tubuh memerlukan antioksidan seperti antiokpolifenol untuk menguatkan sistem ketahanan badan. Dengan pengambilan biji selasih secara teratur dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh. 

12. Menjaga kesihatan kulit.

Antioksidan dan flavonoid di dalamnya mampu melawan kesan radikal bebas yang boleh sebabkan tekanan oksidatif dan akhirnya sebabkan mutasi sel, mengakibatkan kedutan, bintik-bintik usia, dan cela. Pengambilan biji selasih secara berkala dipercayai dapat mengurangkan parut dan bertindak sebagai agen antipenuaan.

13. Meningkatkan metabolisme.

Rendam 1 sudu selasih terlebih dahulu. Ambil 1 sudu madu, 2 gelas air dan 1 biji lemon, ambil jusnya, kisar. Campurkan biji selasih dengan bahan yang dikisar. Minum setiap pagi. 

Dengan cara ini metabolisme akan dirangsang dan ia dapat menurunkan lemak secara berkesan dan cepat.

14. Membantu merawat buah pinggang, kanser dan ketumbuhan.

Minum selasih yang dicampur madu sekerap yang boleh dalam tempoh 3 hingga 7 hari berturut-turut. Selasih dapat menyerap toksin yang berlebihan dan menyingkirkannya secara perkumuhan. 

15. Mengurangkan asma, bronkitis dan batuk.

Rebus 1 inci halia dan 1 sudu selasih dalam 3 gelas air. Bila suam campur 1 sudu madu. Minum 1 gelas setiap pagi. 

Bolehlah amal minum biji selasih. Mudah sangat tak susah pun bahan-bahannya. Lagipun tak salah kita berikhtiar kan?

Kredit: Elly Aziz

1 comment:

  1. banyak kebaikan biji selasih ni rupanya.

    *salam kenal cik la :)

    ReplyDelete