10 jenis sihir yang selalu anda terkena tanpa anda sedar.

1. SIHIR PENCERAIAN.

Disasarkan terutamanya kepada pasangan suami dan isteri. Antara simptom-simptomnya:

– Sering bergaduh atas isu kecil.
– Panas baran tanpa sebab.
– Tak suka/selesa tengok wajah pasangan.
– Tak boleh duduk berdua.
– Sering prasangka buruk.
– Sering mimpi bukan-bukan pasal pasangan
– Bila berjauhan rindu, bila berjumpa nak bergaduh.

2. SIHIR PENGHALANG NIKAH ( BERAT JODOH).

Biasanya lebih kerap berlaku daripada ‘ain daripada sihir.

Kesannya:
– Mereka yang terkena akan sukar mendapat jodoh.
– Tempoh berkenalan/bertunang biasanya tak akan berkekalan 
– Selalu mempunyai isu terutama bila ingin melibatkan perkahwinan.
– Beberapa kali putus tunang secara mendadak.

3. SIHIR PENDARAHAN.

Berlaku pada para wanita, terutamanya dalam lingkungan umur 20-40 tahun.

Simptomnya:
– Berlaku pendarahan secara berterusan di luar waktu haidh (istihadah).
– Darah yang keluar tak normal.

Boleh juga jadi:
– Haid tak kunjung tiba walaupun berbulan-bulan.

4. SIHIR PEMISAH.

Biasanya dikenakan untuk memisahkan satu keluarga/pasukan/kumpulan. Boleh jadi sebuah kumpulan bisnes, yang akan memisahkan antara partner.

Boleh jadi antara satu kumpulan kawan yang bersahabat baik dan rapat, namun disebabkan dengki oleh pihak lain menyebabkan mereka berpisah.

Kesan:
– Selalu bersangka buruk antara satu sama lain.
– Tak boleh berbincang dengan elok.

5. SIHIR PENYAKIT.

Sihir yang menyebabkan penyakit, sama ada dalaman, luaran atau penyakit-penyakit kritikal.

Biasanya melibatkan penyakit-penyakit:
– Muntah darah.
– batuk berterusan.
– Ulcer.
– Kanser.
– Jantung.

10 jenis sihir yang selalu anda terkena tanpa anda sedar.
10 jenis sihir yang selalu anda terkena tanpa anda sedar. Kredit Google.

6. SIHIR MAHABBAH/SIHIR PENGASIH.

Sihir untuk membuatkan seseorang jatuh cinta kepada seseorang yang lain.

Tanda-tandanya:
– Terlalu obses dengna lelaki/wanita tersebut.
– Selalu terbayang-bayang.
– Selalu mengutamakan lelaki/wanita tersebut lebih dari logik/keluarga.

7. SIHIR GILA.

Sihir untuk membuatkan seseorang gila.

Dengan membuatkan orang tersebut:
– Terbayang-bayang benda yang tak wujud.
– Sering mendengar bisikan-bisikan.
– Sering merasai dirinya dibenci semua.
– Sering merasai diri banyak kekurangan dan kelemahan.
– Merasai semua orang melakukan kesalahan pada dia.

8. SIHIR BISIKAN.

Sering mendengar bisikan-bisikan ghaib.

9. SIHIR MANDUL/TIADA ZURIAT.

Sihir yang membuatkan lelaki/wanita tak boleh mempunyai anak. Sekiranya mengandung juga, sering gugur.

10. SIHIR IKATAN.

Sihir yang menghalang dari melakukan perhubungan antara suami isteri, ibarat ada ikatan/blockage. Boleh jadi dalam bentuk si suami/isteri tak bernafsu ketika berhubungan.

Moga bermanfaat. 

Kredit penulis asal.

1 comment:

  1. moga dijauhkanlah kita semua drpd sihir-sihir ni aminnn

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (636) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews