Kisah tiga tong kayu.

Seorang tukang kayu suatu hari menebang sebatang pokok yang dirasanya sudah cukup besar. Dari batang pokok yang sama itu, dia membuat tiga buah tong kayu.

Tong kayu yang pertama, digunakan untuk mengisi sampah. Tong sampah itu selalu menimbulkan bau busuk, sehingga ia selalu dijauhi oleh orang-orang.

Tong kayu yang kedua, digunakan untuk mengisi air. Dan orang-orang selalu mendatanginya setiap hari untuk mengambil air dari tong tersebut.

Tong yang ketiga, digunakan untuk mengisi anggur. Orang-orang sangat menyukai dan menikmatinya.

Ketiga tong tersebut berasal dari tempat yang sama dan dari bahan yang sama serta memiliki saiz yang sama. Tetapi nasib mereka berbeza dari apa yang diisikan kedalamnya.


Begitulah hidup! Apa yang kita pelajari dan isi ke dalam diri kita, akan menentukan bagaimana jalan hidup kita di masa depan dan bagaimana orang-orang akan menilai diri kita.

Oleh itu, jangan isi kehidupan kita dengan hal-hal negatif. Lebih banyaklah mengisi hidup dengan hal-hal yang positif agar kehidupan kita lebih positif. Kerana hal ini tentunya akan memberi kesan kepada diri sendiri, dan juga bagi orang lain.

Kredit penulis asal

2 comments:

  1. betul, mana boleh ignore, ignore sahaja

    ReplyDelete
  2. Betul tu.. kita sama sahaja... yang membezakan kita, iman dan akhlak kita...

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews