Jom jadikan amalan solat sunat tahajjud.

By Cikla Shahril - May 06, 2021

Cikla agak korang mesti pernah dengar pasal solat sunat tahajjud ni kan? Dan ada sesetengahnya dah jadikan solat ni sebagai amalan kemestian seharian dia. 

Kalau korang nak tau, Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, yang mana ia lebih afdal dikerjakan secara bersendirian pada waktu selepas tengah malam. 

Jom jadikan amalan solat sunat tahajjud.
Jom jadikan amalan solat sunat tahajjud. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Sebenarnya, solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat pun tak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka. Allahu. Firman Allah SWT :

“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)

Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad).

Solat ini mempunyai beberapa 'tujuan' kenapa kita digalakkan melakukannya, iaitu;

1.Tanda perhambaan kita kepada Allah SWT.
2.Dekatkan seorang hamba dengan Penciptanya.
3.Tanda kesyukuran manusia atas nikmat yang Allah SW beri.
4.Kuatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
5.Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Jom jadikan amalan solat sunat tahajjud.
Jom jadikan amalan solat sunat tahajjud. Sumber Islampos.

Solat Tahajjud dilakukan takde had rakaatnya. Ia mengikut kesanggupan dan kemampuan korang, dengan setiap dua rakaat satu salam. 

Kalau rasa cam berat je nak buat banyak-banyak, buat dua rakaat pun ok je tapi dibuat secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda :  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan Bukhari dan Muslim dari Aisyah). 

So, niat solat adalah seperti berikut :

'Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala'.

Maksudnya, "Sahaja aku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala."

Bacaan surah selepas membaca Al-Fatihah adalah pada rakaat pertama bacalah Surah Al-Kaafirun, dan pada rakaat kedua baca pula Surah Al-Ikhlas. 

Ataupun, 

Pada rakaat pertama membaca Ayat Al-Kursi sebanyak 7 kali, dan pada rakaat kedua baca Surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali. 

Ataupun, korang boleh baca baca mana-mana surah yang korang hafal dan sukai. 

Untuk pengetahuan korang takde doa yang khas atau khusus sesudah selesai menunaikan solat Tahajjud. 

So, korang boleh je baca apa-apa doa dan korang bebas menentukan doa apa yang korang ingin munajatkan kepada Allah SWT.

Jom jadikan amalan solat sunat tahajjud.
Jom jadikan amalan solat sunat tahajjud. Sumber VerlisaMuslimah.

Antara kelebihan dan manfaat solat Tahajjud adalah, 

1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
2. Doa dimakbulkan Allah.
3. Memperolehi ketenangan jiwa.
4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
14. Orang bersolat Tahajjud menjadi kesayangan Allah SWT.
15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
18. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah SWT.
19. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal Mustaqim.

Moga bermanfaat dan kita istiqamah mengerjakannya. Aamiin, inshaAllah. 

Kredit sumber : Tanyalah Ustaz.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. InshaAllah..sama-sama akita jadikan amalan.

    ReplyDelete
  2. Semoga kita semua menjadi umat Islam yang baik

    ReplyDelete