Sebenarnya, meminum air samada ia sejuk atau panas sama pentingnya sebab ia memastikan badan kita kita kekal sihat dan terhidrat.
Ada yang kata, minum air panas boleh bantu tingkatkan sistem pencernaan, melegakan pengumpulan cecair yang berlebihanan dalam badan di samping ia bagi ketenangan kalau nak dibandingkan dengan minuman sejuk.
Namun, benda ni semua hanya based pada laporan anekdot sebab takde kajian saintifik dibuat pasal ni.
Tapi itulah, ramai yang dah rasa kebaikan meminum minuman panas nak nak pulak time pagi dan sebelum tidur.
Malah ada kajian yang kata suhu optimum untuk minuman panas adalah dalam range 54 sampai 71 darjah Celcius, sebab suhu yang more than that boleh buat mulut kita melecur.
Pertama, legakan hidung tersumbat.
Memegang secawan air panas dan menyedut wap panas dari air tu sebelum korang meminumnya dikatakan dapat bantu bagi kelegaan pada masalah hidung tersumbat dan sakit kepala yang disebabkan oleh resdung.
Hidung tersumbat ni kalau korang nak tau, ada pengumpulan lendir pada rongga sinus dan tekak. So, fungsi air panas inilah yang akan menghangatkan area ini dan cairkan pengumpulan lendiri yang berkenaan.
Kalau korang nak tau gak, ada kajian pada 2008 katanya air minuman macam air teh boleh bagi rasa lega yang cepat pada hidung berair, batuk, sakit tekak dan keletihan.
Malah, minuman air panas lebih berkesan kalau nak dibandingkan dengan air minuman pada suhu bilik.
Kedua, bantu sistem penghadaman.
Korang tau tak dengan pengambilan air yang cukup boleh bantu sistem pencernaan kita jadi lagi lancar sekaligus mudahkan proses membuang najis.
Dan, air minuman panas yang dikataban sangat berkesan untuk ini. Teorinya di sini adalah, air minuman panas dikatakan boleh melarut dan 'hilangkan' makanan yang dimakan yang mana makanan tersebut susah nak hadam.
Tapi, itulah, kena buat lagi banyak kajian pasal ni dan nak buktikan betul ke tak kan walaupun kajian yang di buat pada 2016 kata air suam boleh bagi kesan yang bagus pada pergerakan usus dan pengeluaran gas lepas operation. Waallahualam.
Ketiga, tingkatkan sistem saraf pusat.
Sebenarnya, tak ambil air minuman tak kiralah panas ke, sejuk ke termasuklah yang suam boleh bagi kesan negatif pada fungsi sistem saraf, and boleh pengaruhi mood dan fungsi otak.
Tahukah korang, around tahun 2019 ada penyelidikan dibuat yang mana dia kata air minuman boleh tingkatkan aktiviti sistem saraf pusat dan mood jugak.
Pastu, research ni jugak kata air minuman boleh naikkan keupayaan otak mereka yang mlakukan aktiviti yang mana ia perlukan dan kurangkan kegelisahan diri.
Kebaikan-kebaikan yang lainnya adalah seperti berikut;
1. Bantu atasi sembelit. Minumlah air panas secara berkala supaya pergerakan usus berjalan dengan baik dan tetap.
2. Badan kita kekal terhidrat sebab badan kita perlukan air yang cukup supaya fungsi penting badan dapat berjalan dengan baik.
3. Kurangkan rasa menggigil masa sejuk. Ada researchers kata, minum air panas boleh bantu kurangkan usahanya kekalkan suhu badan supaya tak ketaq.
4. Perbaiki sistem peredaran darah. Mandi air suam dikatakan dapat bantu perbaiki sistem peredaran darah bila arteri dan urat mengembang sekaligus bawak darah lebih berkesan ke seluruh badan.
5. Boleh bantu turunkan tahap tekanan. Kekal terhidrat untuk tingkatkan tahap mood dan ketenangan korang.
6. Bantu sistem detoxification badan. Walaupun takde bukti cakap pasal detok detok ni semua, tapi ada kajian kata banyak minum air boleh lindungi buah pinggang dan cairkan sisa buangan dalam darah.
7. Bantu legakan gejala akalasia iaitu keadaan di mana esofagus susah nak pindahkan makanan ke perut. Benda ni akan buat orang tu rasa susah nak telan dan rasa macam makanan tu tersekat kat kerongkong.
Bagi cikla, semua benda ada baik buruknya kan. Apa yang penting, cara kita nak terima dan buat macam mana. Bersederhanalah itu lebih baik.
Waallahualam.
0 comments: