Apa adab hormat berniaga? Meh baca ni.

Korang, tau ke antara berkawan, keluarga dan berniaga adalah cabang yang berbeza. Lain sangat. 

Dalam berniaga, JANGAN CAMPURKAN. Hormat adalah adab berniaga. 

Contoh, bila kawan kita berniaga, janganlah minta diskaun, apatah lagi minta percuma. Bukan apa, hormatlah  sikit punca pendapatan dia. Kecualilah, kalau dia sendiri yang offer nak bagi. Itu lain kisahnya. 

Jangan merayu-rayu minta itu ini dan seumpamanya. Nak-nak pulak, kalau berniaga itu PUNCA UTAMA dia dalam perjalanan dia mencari rezeki di muka bumi Allah yang luas ini.

Makanya, jangan fikir tentang kita. Dia tak akan cerita apa yang ada di belakang tabir. 

Kita tak tahu tanggungjawab dan amanahnya pada keluarga. Bila berniaga dia akan tunjuk yang baik-baik je, tunjuk yang manis je, sebab itu adalah TARIKAN MAGNET REZEKI. 

Bukan sebab dia nak tunjuk atas dasar riak atau bermegah-megah.

Kawan-kawan, dalam berniaga, bukan setakat patuh syariah je. Tapi, lebih dari tu. 

Antaranya, wajib patuh janji. Kalau dia kata offer dah habis, jangan merayu-rayu minta. Hormat cara dia berniaga. Bukan sebab dia sombong, tapi setiap yang dia buat ada sebabnya. 

Nak berkawan lama, hormat adab berniaga kawan-kawan atau ahli keluarga kita.

Di luar waktu zon niaga, nak lepak sembang sampai Subuh ke, gelak pecah perut ke, menangis sampai buta ke, haaa bab tu tak kisah. Sebab itu di luar zon niaga. Kesimpulannya, nak jaga hubungan yang baik, ini je PETUANYA. 

*c&p

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (447) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (61) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews