Seorang wali Allah pernah berkata, jika aku ingin tahu sekiranya ada kesalahanku pada Allah, aku akan perhatikan 2 tanda ini - KENDERAAN dan ISTERIKU.
Kenderaan yang diguna sering rosak dan meragam. Banyak kerosakan yang datang darinya berbanding memudahkan urusan seharian. Isteri pula buruk akhlaknya, suka membantah malah perilakunya sangat menyakitkan hati.
Kata ulamak, kenderaan kita sepatutnya mendatangkan kebaikan dalam hidup. Tapi bila jarang diguna untuk pergi masjid, pergi berjemaah maka Allah sampaikan rasa tidak redhaNya melalui cara itu.
Kerenah isteri yang suka melawan pula adalah disebabkan kita sendiri berani lawan perintah Allah. Lebih teruk lagi, anak-anak juga turut bermasalah.
Kadang-kadang kita tak nampak semua petunjuk ini melainkan Allah sampaikan melalui para ulamak. Ulamak pesan, bila ada perkara sebegini berlaku dalam rumahtangga kita, cepat-cepat berwuduk dan bertaubatlah.
Kena cari balik kemaksiatan apakah yang sedang kita buat sehingga Allah sedang memberi peringatan kepada kita sedemikian rupa.
Perkongsian Tuan Guru Sheikh Zaini Ahmad.
0 comments: