Dah pernah cuba buat pupur timun? Meh baca perkongsian ni.

By Cikla Shahril - January 14, 2021

DAH PERNAH CUBA PUPUR TIMUN? MEH BACA PERKONGSIAN NI. Rasanya semuanya tahu timun kan? Kalau korang nak, timun ni sayur keempat paling banyak orang tanam around the world.  Timun ni jugak banyak khasiat terutama untuk kesihatan dan kecantikan. apa yang bagus, timun yang sangat-sangat kurang disembur bahan kimia termasuklah yang ditanam secara organik is the best. 

Dah pernah cuba buat pupur timun? Meh baca perkongsian ni.
Dah pernah cuba buat pupur timun? Meh baca perkongsian ni. Gambar diubahsuai dari carian Google.

Apa kebaikan timun ni? Well, timun kaya dengan sumber mineral termasuklah vitamin B dan vitamin C. Dia ni jugak penuh dengan air dan menjadikan badan lebih fresh di samping membantu membuang toksin, merawat kulit rengsa dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Selain itu, timun jugak boleh membantu mengurangkan lingkaran hitam pada mata atau panda eyes, menghilangkan bau mulut yang achemm serta membantu menurunkan berat badan secara selamat. Wow, power kan timun ni?

Dan, apa yang best timun paling banyak digunakan sebagai pupur. Pupur ni pulak fungsi dia menyegarkan dan menegangkan kulit muka, sekaligus membuatkan kulit lebih mulus dan anjal. Toingg toingg gitu. 

So, korang mesti teruja nak tau kan macam mana nak buat pupur dengan mudah dan murah? Jom try ni. 


Pupur timun dan yogurt.

Pupur ini elok untuk kurangkan kesan selaran matahari pada kulit atau sunburn. Kalau korang nak tau, asid laktik yang ada dalam yogurt dikatakan boleh bantu licin dan lembap kulit, termasuklah ia merawat jerawat dan warna kulit tak sekata.

Cara nak buat, ambil setengah biji timun dan satu sudu besar yogurt. Then, jadikan isi timun tu macam puri sebelum korang campurkan dengan yogurt. Lepas tu, sapukan pada kulit dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air sejuk.

Pupur timun dengan madu.

Pupur ini bagus untuk bantu menganjalkan kulit selain singkirkan sel kulit mati sebab ia menggalakkan pertumbuhan tisu baru yang bantu kulit nampak lebih muda.

Cara, ambil setengah biji timun dan dua sudu besar madu. Pastu, jadikan isi timun ni sebagai puri sebelum dicampur dengan madu dan biarkan sekejap sebelum disapu pada muka.

Pupur timun bersama susu.

Pupur ini dikatakan dapat membantu singkirkan sel kulit mati dan segarkan wajah.

Campurkan setengah biji timun, 1/4 cawan susu, satu sudu besar madu dan satu sudu besar gula perang. Pastu lenyekkan isi timun bersama bahan-bahan tadi then sapukan semuanya pada kulit dan biarkan kira-kira 20 minit.


Dah pernah cuba buat pupur timun? Meh baca perkongsian ni.
Dah pernah cuba buat pupur timun? Meh baca perkongsian ni. Gambar kredit Google.

Pupur timun dan aloevera atau lidah buaya. 

Fungsi pupur ini adalah untuk melembap dan menegangkan kulit nak-nak pulak lepas korang  seharian memakai makeup. Timun dengan aloevera kan sejuk, so kedua duanya akan menjadikan kulit wajah lebih fresh, sekaligus hilangkan masalah seperti kemerahan dan sunburn.

Cara yang mudah adalah, ambil timun kemudian kupas dan potong kecil timun dan campurkan dengan aloevera. Pastu, blend dan sapu pada kulit. Biarkan selama 30 minit sebelum dicuci dengan air sejuk.

Pupur timun bersama pisang, madu dan lemon.

Korang yang mempunyai kulit jenis kering memang sesuai cuba pupur ni. Kehadiran pisang yang bersifat melembap bersama-sama madu dapat pastikan wajah tampak muda. Lemon pulak berfungsi sebagai penyingkir sel kulit mati sekaligus buat kulit jadi lebih fresh, penuh nutrisi dan kekal lembap.

Cara dia, panaskan satu sudu besar madu sampai jadi suam dengan cara memasukan madu tersebut dalam botol kecil yang direndam dalam air panas. Then, masukkan setengah biji ketulan pisang, empat sudu besar jus lemon dan setengah biji timun, sebelum ia dikisar bersama. Sapukan pada muka dan elak bahagian mata. Biarkan selama 30 minit sebelum dicuci dengan air suam.


Selamat mencuba. 

  • Share:

You Might Also Like

0 Orang yang komen.