Advertisement

Petua merawat rabun mata? Jom amalkan 10 makanan yang baik untuk mata.

PETUA RAWAT RABUN MATA? JOM AMALKAN 10 MAKANAN YANG BAIK UNTUK MATA​. Ada orang suka cuba macam-macam petua kan. Bagi cikla ok je, kalau serasi boleh terus amalkan. Betul tak? So, siapa ada masalah rabun mata yang ringan la. Maksud ringan, power cermin mata korang tu rendah, maybe boleh try petua ni. 

Petua merawat rabun mata? Jom amalkan 10 makanan yang baik untuk mata.
Petua merawat rabun mata? Jom amalkan 10 makanan yang baik untuk mata. Gambar diubahsuai dari carian Google. 


1. Bila korang masak nasi, halakan mata korang ke arah wap nasi yang keluar dari periuk nasi. Buatlah setiap kali masak nasi. InshaAllah akan nampak hasilnya.

2. Ambil secekak sawi dan rebus dengan 2 gelas air sampai mendidih. Lepaa tu, tutup api. Then, minum air rebusan tersebut selepaa disejukkan pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.

3. Lobak merah memang femes untuk dapatkan mata yang sihat. Korang boleh makan mentah mentah ataupun dibuat jus. Amalkan selalu. Kalau korang nak tau, lobak merah kaya dengan betacaotene iaitu sumber kepada vitamin A, yang mana ia adalah nutrien yang diperlukan untuk penglihatan, lycopene iaitu nutrien perlindungan sinaran UV pada mata dan lutein iaitu nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata. So, makanlah lebih banyak lobak merah untuk dapatkan mata yang sihat ya. 

4. Teh dikatakan boleh membantu mencegah katarak mata sebab ia membantu kawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Ada pakar menjelaskan kalau terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia boleh menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.

5. Bawang putih dan merah sangat penting untuk pengeluaran glutation, iaitu sejenis sulfur yang bertindak sebagai antioksidan untuk kanta mata korang. 

6. Kacang walnut mengandungi sumber omega- 3, vitamin E dan antioksidan yang tinggi. So, nutrien ini semua amat penting dalam merawat radang mata. 

7. Dalam buah tomato ada dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato jugak dikatakan berkesan mencegah kanser mata.

8. Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini boleh melindungi mata daripada sindrom mata kering.

9. Sebatian sulfur, protein dan cysteine yang ada di dalam telur membantu melindungi mata korang dari pertumbuhan katarak. So, makan telur sehari sekali pun dah memadai untuk  penjagaan mata yang sihat.

10. Brokoli mengaktifkan enzim antiradang kat dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.

Moga bermanfaat. 

Kredit @pesanbondaofficial

Post a Comment

3 Comments