Musim-musim wabak pandemik sedang berleluasa ni, kita perlulah sentiasa alert dengan kebersihan rumah kita termasuklah memastikan lantai rumah bersih.
Namun, cikla akui dalam banyak-banyak kerja rumah bab mengemop adalah hal yang paling 'melemahkan' kan? Betul tak?
Bukan pe, aktiviti ni dianggap renyah dan paling lama untuk disiapkan lebih lebih lagi kalau rumah korang tu jenis bertingkat. Perghhh, lemah kelapa lutut. Hihi.
Tapi, korang jangan risau. Cikla ada beberapa cara dan tip jangan korang boleh praktikkan untuk menyelesaikan masalah korang tu. Nak tau? Meh baca sampai habis.
1. Guna cuka dengan sabun pencuci lantai.
Kalau korang nak tau, cuka bukan je digunakan untuk menyeimbangkan rasa masakan kita namun dia ni jugak power membersihkan lantai rumah korang.
Korang just campurkan sedikit cuka makan dalam sebaldi air berisi air sabun pencuci lantai dan mop lantai macam biasa.
2. Guna softener atau pelembut pakaian.
Mungkin ada yang tak tau, pelembut pakaian ni boleh mengilatkan lantai rumah dengan cara mencampurkannya dengan air suam.
Selain lantai berkilat memancar memacar, ia juga boleh menjadikan rumah korang berbau wangi semerbak.
3. Guna serbuk penaik dan cuka.
Benda dua ni teror hilangkan karat pada jubin seramik dekat bilik mandi korang tu. Just tuangkan campuran tu pada tempat yang kotor dan biarkan sekejap.
Lepas tu just bilas dengan air dan lap dengan menggunakan kain kering. Hasilnya? Silalah cuba kalau nak tau kan. Hihi.
4. Guna soda penaik dan lemon.
Campuran ni pun bagus nak kilatkan dinding jubin dan pintu bilik mandi korang. Celupkan berus gigi terpakai yang dah tak digunakan lagi dalam serbuk penaik dan gosok pada kotoran di tempat yang berkenaan. Lepas tu, basuh dengan air.
Tip lain, seminggu sekali cuci permukaan jubin dengan menggunakan lemon dan biarkan seketika sebelum dicuci dengan air bersih.
5. Guna lemon dengan garam.
Campuran kedua bahan ni boleh menggantikan bahan peluntur tau. Caranya, campurkam setengah cawan jus lemon dengan setengah cawan air. Lepas tu, campurkan suku cawan garam.
Then, siram campuran tersebut pada dinding dan jubin. Biarkan lebih kurang 10 minit atau sehingga keluar semua kerak kerak dan daki daki hitam pada kawasan tersebut. Bilas dan ulang langkah tadi sehingga korang mendapat hasil yang memuaskan hati.
Selamat mencuba.
Kredit info : Ruangan Dekotaman, Harian Metro.
0 comments: