Nak tau petua mudah dan berguna ketika di dapur? Meh baca ni.

Kita ni, golongan mak-mak kalau kat dapur kalau boleh nak pratikkanlah petua yang katanya boleh bantu mudahkan kerja atau settle kan masalah kan. 

Contoh, buka buka je balang gula, fuhh penuh semut. Buka tong beras pulak, penuh kutu beras. Masalah salur singki stuck, tu belum masalah bau ruang dapur yang kurang enak walaupun kita dah bersihkan berkali kali, still ada baunya lagi. 

Jom baca perkongsian ni mungkin boleh bantu korang atasi masalah yang cikla sebutkan kat atas tu. Apa yang penting, kita guna bahan paling mudah, senang nak dapat dan semestinya murahlahh kan. 

Nak tau petua mudah dan berguna ketika di dapur? Meh baca ni.
Nak tau petua mudah dan berguna ketika di dapur? Meh baca ni. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Ada kalanya, kita dah guna pun bekas kedap udara untuk simpan beras kita, namun makhluk yang satu ni berjaya jugak masuk kat dalam tu kan. So, nak atasi masalah ni, guna cili dan daun pandan untuk halang si kutu beras. 

Petua ni cikla pernah dengar, dan mungkin korang tau gak. Korang letak je beberapa batang cili kering, sebab cili ni yang bersifat panas akan membantu menghalau kutu-kutu ni semua. Sama jugak kekdahnya kalau korang nak gunakan daun pandan. 

Biskut lemau? 

Dont worry, apa kata korang try petua ni just guna kertas serap minyak. Korang susun biskut dan kertas tu selang seli dalam bekas yang sesuai. Kalau korang nak tau, kertas tu berfungsi menyerap minyak sekaligus pastikan kepingan biskut kekal dalam tempoh yang lama. 

Dapur bau kurang best

Bau masam, hanyir dan kepam lalu lalang kat hidung ni bila kita masuk dapur kan? Nak duduk kat dapur lama lama pun tak selera dibuatnya. So, guna kulit kayu manis sebab aromanya yang wangi mampu atasi masalah bau bau ni semua. Rebus kulit kayu, bersama cengkih dan cuka. 

Kemudian, ambil air rebusam tersebut dan sembur pada lantai, kabinet dan persekitaran dapur. 

Selamat mencuba. 


4 comments:

  1. biskut lemau tu yg kaella kena try sebab asyiik2 makan biskut masuk angin hehe ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  2. wah bagusnya petua ni. yg beras tu tak tahu pula boleh guna daun pandan. boleh cuba nanti. Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    ReplyDelete
  3. banyak petua berguna ni. nice sharing sis :)

    ReplyDelete
  4. patut la dekat sarawak ada jual kayu manis dalam pasu, untuk buang bau tak sedap dekat ruang tu rupanya hehe

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews