Azanis Scar Serum.

Masih dalam mood raya ke? Mestilah kan. Rayakan sebulan. Hehe. Sebelum tu cikla nak wish, Selamat hari raya maaf zahir batin. Raya ni memang agak busy, sampai tak sempat nk jenguk blog and blogwalking blog korang. Tapi, cikla bukan nak cerita pasal raya. Cerita raya nanti kita story ok. Ni cikla nak share satu produk mabeles, superb, best giler, AZANIS SCAR SERUM.

Azanis Scar Serum.
 Azanis Scar Serum.

Jujur, sebelum ni cikla memang tak pernah guna serum-serum bagai ni. Bukan tak minat, tak macam malas nak guna. Haha, boleh pulak macam tu kan. Nak dijadikan cerita, ada rakan Fb cikla, promote produk ni kat page dia. Telek punya telek, kaji punya kaji, macam nak try je. Serum ni memang magic. Hasilnya, parut-parut dah semakin malap. Kalau ada jerawat yang baru nak 'membiakkan' dirinya tu, cepat-cepat sapu serum ni. InsyaAllah, jerawat cepat 'masak' dan kecut. Lepas tu parut takde. Harganya pun berpatutan. Cuma RM49 (tak termasuk postage).

Azanis Scar Serum.
 Azanis Scar Serum.

Yang specialnya serum ni, ia bukan saja untuk parut jerawat, tapi boleh jugak untuk parut-parut lain. Tapi, parut luka di hati tak bolehlah la. Haha. Parut luka dihati takde ubatnya kot. Haha. Lagi satu, lelaki perempuan sesuai pakai serum ni. Kalau korang nak try, korang boleh klik SINI banyak info kat situ. Nah, cikla belanja gambar selfie cikla dengan my daugther.

Azanis Scar Serum.

Oklah, nanti kita sambung lagi. Periuk belanga kat dapur dah memanggil-manggil tu. Nak masak jap. Cuba jangan tak cuba.

2 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (453) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews