Advertisement

Tolong..... Ammar dah mula menggigit!

TOLONG... AMMAR DAH MULA MENGGIGIT! Begitu pantasnya masa berlalu, Ammar dah pun 9 bulan usianya. Walaupun dia membesar di depan mata, tapi memang tak sedar makin hari makin keletah dan semestinya lasak. Biasalah anak jantan, lasaknya lain macam. Dan lagi satu, kalau dah umurnya 9 bulan dah tentu giginya dah keluar. Aduhhh, ni lah cerita sadis yang cikla nak ceritakan. Gigitan pertama Ammar. Haha tajuk, kemain lagi.

Tolong..... Ammar dah mula menggigit!
Tolong..... Ammar dah mula menggigit!

Tengok tu, gigi dua batang dia. Comel je kan. Sepupu dia yang sebaya dengan dia pun belum menjenguk giginya la. Kali ni cepatlah pulak giginya menjelmakan dirinya. Wah, inilah saat tragik ibu-ibu kan. Sebab apa tragik cikla cakap, sebab kalaulah dua gigi comel ni mengigit, nak-nak pulak dia menggigit time menyusu. Adoiiii, mau terangkat bumbung rumah dengar jeritan si ibu. Mesti semua ibu merasai pengalaman macam ni. Betul tak?

Tolong..... Ammar dah mula menggigit!

Nak dijadikan cerita, semalam masa cikla bagi Ammar nyusu, dia dah pandai mengigit pulak. Macam Ammar, gigi atas pun baru nak tumbuh, ditambah pulak gigi bawah yang kecil tapi tajam. Memang sakit oooo. Rasa macam nak terkeluar gak ayak mata masa dia gigit tu. Apa lagi, cikla tak sengaja terdebik mulutnya sikit. Sorry anak, ibu tak sengaja. Apa lagi, nangisnye yee je. Husband cikla cakap kalau dia mengigit lagi, debik sikit je mulutnya bagi dia serik. Tapi janganlah kuat sangat. Kang lain pulak jadinya.

Lepas cikla buat macam tu, alhamdullilah ammar yang tak menggigit lagi. Lagipun, sebelum menyusu cikla dah siap "warning". Adik jangan gigit tau. Hehe. Paham ke idak, tak tahulah. Tapi dia pandang dengan pandangan bermakna.

Post a Comment

1 Comments

  1. seronok kan cik la lihat perkembangan anak depan mata, semoga ammar akan terus membesar sebagai putera yang cerdik, amin.

    ReplyDelete