13 May 2015

Ada orang.

Perkongsian ilmu. Semoga bermanfaat.
 
Ada orang bangga dengan suaminya, akhirnya suaminya itu curang padanya. 

Ada orang bangga dengan anaknya, akhirnya Allah ambil nyawa anaknya. Tinggal semua di dunia. 

Ada orang bangga dengan hartanya, akhirnya disamun, diragut, dirompak. 

Ada orang bangga dengan jawatannya, akhirnya dia diberhentikan kerja. Jadi penganggur. 

Ada orang bangga dengan kecantikkannya, akhirnya kena strok. Habis herot. Hilang kecantikkannya.

Ada orang bangga dengan ketampanannya, akhirnya dia mengalami kemalangan. Pecah mukanya. Putus kakinya. Cacat semua. 

Ada orang bangga dengan pimpinannya, akhirnya dia angkuh dan gila kuasa. Tak sedar berpecah-belah. 

Ada orang bangga dengan ilmunya, akhirnya dia menjadi jahil kerana tidak mengamalkan ilmunya itu.

Ada orang.

Sedangkan pengakhirannya kita tak tahu akan jadi apa. Manusia hari ini suka sangka-sangka: Ada sangka baik. Ada sangka buruk. 

Orang beribadah disangka riak. 
Orang rileks disangka malas. 
Orang berpakaian baru disangka menunjuk. 
Orang berpakaian buruk disangka hina. 
Orang makan banyak disangka pelahap. 
Orang makan sedikit disangka diet. 
Orang yang senyum disangka mengejek. 
Orang yang masam disangka merajuk. 
Orang yang berbincang disangka mengumpat. 
Orang yang diam disangka menyendiri. 
Orang yang menawan disangka menggoda. 
Orang yang ceria disangka mengada. 
Orang yang bertanya disangka menyibuk.

Hakikatnya;

-Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah. 
-Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa. 
-Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat. 
-Mana tahu yang diam itu kerana beribadah. 
-Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya. 
-Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya. 
-Mana tahu yang bertanya itu prihatin orangnya.

Justeru, sesuatu perkara yang kita lihat, jangan suka sangka-sangka. 

Ada orang.

Mari kita belajar ABC sampai Z:

A llah
B eri kita hidup
C uma seketika
D i dunia ini
E lok kita muhasabah
F ikir akan akhir hayat
G erbang akhirat pun
H ampir tiba
I nilah hakikat hidup
J anji Allah itu pasti
K alimah syahadah
L ailaha Illallah
MuhammadurRasulullah
N ak di ucap tak pasti
O rang muda atau tua
P asti merasai mati
Q ualiti Iman jaminan syurga
R asulullah s.a.w sabda :
S iapa ucap jaminannya syurga
T api..jika gagal...
U ntuk mereka adalah neraka
V isi kita adalah akhirat
W alaupun dunia dpn kita
Y ang pasti semua akan tinggal
Z alimnya kita jika tak ada Iman dan Amal...

Waallahualam.

Sumber dari Whatsapp Group.

No comments:

Post a Comment