Jangan...

Sebelum kita tidur, jom kita baca sedikit tazkirah yang indah. Semoga memberi sedikit getaran keinsafan dalam hati kita. Tak salah berkongsi sedikit ilmu sebab manfaatnya bukan sedikit.

Jangan...
Jangan... Kredit Google

• Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah kerana seseorang yang hampir membunuh Rasullullah SAW pun kini terbaring di sebelah makam baginda iaitu Saidina Umar Al Khattab.

• Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedangNya Allah (Saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.

• Jangan menilai orang dari rupanya kerana Rasulullah SAW melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat baginda Saidina Julaybib r.a dikejar-kejar oleh para bidadari syurga.

• Jangan memandang orang dari status dan hartanya kerana sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga.

Subhanallah, kalau cikla salah, sila betulkan. Tak salah tegur-menegur untuk kebaikan. Kan kan kan.

Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayahNya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah.

Sumber dari Whatsapp Group.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews