"Luahan Rasa Tanpa Suara"

19 May 2015

Tazkirah Asar : Belajar.

Kisah untuk renungan kita semua. Begini kisahnya.

Tazkirah Asar : Belajar.

Hassan Al-Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan.  Beliau ada 2 orang anak lelaki. 

Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua-dua anak lelakinya, lalu berpesan, "Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah  meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan; Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari."

Lalu, Hassan Al-Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala, perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si ibu (balu Hassan Al-Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya, si ibu: "Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?" 

Jawab si adik: "Saya ikut pesan ayah. 

Si ibu: "Apa ayahmu pesan?" 

Jawab si adik: "Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran. Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau ke mana-mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah."

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya. 

Si ibu: "Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan?" 

Jawab si abang: "Saya ikut pesan ayah." 

Si ibu: "Apa ayahmu pesan?" 

Jawab si abang: "Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai. Kedua, ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat Subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari."

Moral of the story:

Perbezaan mentafsir sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanyalah ditikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhannya.

Tazkirah Asar : Belajar.

Mudah-mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita dimuliakan oleh Allah SWT di dunia dan di akhirat. Nabi Muhammad SAW, pernah bersabda;

"Siapa yang Allah SWT mahukan kebaikan bagi dirinya, akan difahamkan pada agamanya dengan sebenar-benar kefahaman."

Sumber: Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin Pesona D'Zahrah IKIM.fm.

No comments:

Post a Comment