'Santai Tapi Sampai'

8 April 2015

Macam mana nak pilih krim sunblock?

Sebelum tu cikla nak cerita kenapa sunblock penting sangat khasnya untuk wanita-wanita di luar sana. 

Sunblock sebenarnya penting untuk melindungi kulit dari sinaran matahari yang berbahaya untuk kulit kita. Ia juga turut membantu kulit kekal cerah dan elak berlakunya pigmentasi dan kulit berbelak. 

Tapi kan, rasaya ramai yang tak tau macam mana nak pilih sunblock yang betul-betul sesuai dengan kulit kita, termasuklah cikla ni. Hehehehe.

Untuk pengetahuan korang, semakin tinggi SPF, semakin baik kadar perlindungan kulit terhadap sinaran matahari. Pakar menyarankan kita perlu menggunakan krim SPF 30 yang mengandungi UVA dan UVB sebagai pelindung kulit. 

Tapi kan, pemilihan SPF ni mestilah bergantung pada jenis kulit kita juga. Kalau tak, masalah lain pulak timbul. Jadi, inilah yang cikla nak kongsikan. Tip tepat macam mana nak pilih sunblock ikut jenis kulit memasing.

Macam mana nak pilih krim sunblock?
Macam mana nak pilih krim sunblock? Sumber Google.

Untuk kulit berminyak, pilih sunblock bebas minyak (oil free). Sebaiknya pilih sunblock berasaskan air atau gel. Jangan guna sunblock yang ada wangian/pelembap sebab ia boleh menyebabkan kulit lebih berminyak dan kelihatan berkilat.

Untuk kulit kering pulak, pilih sunblock berasaskan krim pelembap sebab ia dapat membantu meningkatkan kadar kelembapan kulit supaya tak kering dan mengelupas. Pilih sunblock yang ringan pada kulit dan tak melekit.

Manakala, untuk kulit jenis kombinasi, biasanya kulit jenis kombinasi ni masalahnya adalah berminyak pada zon T (kawasan dahi, hidung dan dagu). Jadi, pilih sunblock yang mengandungi benzoyl peroxide sebab ia dapat mengimbangi minyak pada wajah.

Selain itu, kalau korang melakukan aktiviti luar yang mana korang terdedah secara terus pada sinaran matahari, seelok-eloknya korang guna sunblock dengan nilai SPF 35/50. 

Kalau korang mempunyai kulit yang lebih cerah elok guna sunblock dengan nilai SPF yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang berkulit gelap. Kalau korang nak kulit korang dilindungi lebih lama dan sempurna, elok guna sunblock yang ada UVA/UVB dan kalis air.

Jangan lupa, korang boleh oleskan juga sunblock pada hidung, telinga, leher dan lain-lain bahagian badan korang untuk pelindungan lebih. 

Sebaiknya oles sunblock 20 minit sebelum korang menjalankan aktiviti luar dan kalau cuaca terik sangat korang boleh oles sunblock setiap dua jam untuk pelindungan terbaik.

Jadi, kulit korang jenis yang macam mana? Walauapapun, cikla harap perkongsian ni dapat bagi kita sedikit info dan tips. Nak-nak pulak sekarang ni kan musim panas tak ingat punya. 

Lagipun orang tua-tua ada berpesan, mencegah lebih baik dari mengubati, betul tak?

Sumber info Ruangan tips cantik majalah wanita edisi April 2015.

3 comments:

  1. This kind of stuff that we should have to be taken care of as for a woman right. :)

    ReplyDelete
  2. ngày nay căn bệnh da liễu xuất hiện càng ngày càng cơ bản ở mọi lứa tuổi, đặc biệt là trong điều kiện khí hậu có phần oi bức tại TPHCM phòng khám da liễu ở Quận Bình Tân lại là một trong một vài yếu tố vô cùng dễ khiến cho chúng ta dễ bị một vài vấn đề về da.Chính do đó khi phát hiện ra những triệu chứng bất thường thì người bị mắc bệnh nên đến ngay một số dịch vụ y tế chuyên khoa da liễu để được một vài bác sĩ nấm móng khám ở đâu chẩn đoán và dẫn ra cách chữa trị bệnh da liễu phù hợp để bảo vệ thể trạng cho làn da của mình.

    ReplyDelete