Kesalahan.

Dah jadi lumrah manusia ada sesetengahnya susah sangat nak mengaku kesalahan. Kadang-kadang kesalahan dah jelas, tapi masih nak nafikan. Bak kata orang tua-tua, menegakkan benang basah. Bagi cikla, takde salahnya kita mengaku salah nak-nak memang dah salah kita. Mengaku salah bukan bererti kita kalah dan lemah. Tapi pada cikla ia menunjukkan kita berani. Berani sebab apa? Berani menghadapi kenyataan dan kemungkinan yang bakal berlaku biarpun pahit.

Kesalahan.
Kesalahan. Image from facebook.com.

Ada sesetengahnya pulak, dah la susah or taknak mengaku salah, lepas tu sibuk pulak nak cari salah orang. Salah satu sebab nak cover salah sendirilah tu. Orang macam ni memang bahaya. Depan lain, belakang lain.

Ermm, cikla bukan nak cakap cikla baik sangat, sebab bagi cikla sebagai manusia biasa kita memang tak terlepas dari buat silap. Takde salahnya kita merendah diri sikit dan mengakui kesalahan (itu pun kalau kita buat salahlah kan). 

Sikap saling memaafi dan tolak ansur akan mewujudkan suasana harmoni dalam perhubungan. Ingatan untuk diri cikla jugak. Marilah sama-sama kita perbaiki diri memasing supaya menjadi lebih baik. InsyaAllah. Aamiin.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (59) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews